Amboi Perkembangan Anak Umur 5 Tahun Ini, Ada Saja 'Akal' Mereka Untuk Hiburkan Orang!

undefined

Bila sudah masuk 5 tahun, ada saja akal mereka untuk menghiburkan hati ibu, ayah dan seluruh keluarga!

Dalam sekelip mata sahaja, si manja sekarang sudah lima tahun! Malah ada banyak benda yang ibu ayah kena lebih alert terutama dari segi perkembangan sosial dan emosi anak. Sebab, tidak lama lagi mereka akan masuk pra-persekolahan dan perlu  bergaul dengan ramai orang yang terdiri dari guru dan rakan-rakan. Ayuh kita cungkil lagi tentang perkembangan anak umur 5 tahun ini. 

Perkembangan Anak umur 5 Tahun: Fizikal

perkembangan anak umur 5 tahun

  • Penglihatan anak sekarang 20/20.
  • Mempunyai koordinasi yang lebih baik
  • Mempunyai keseimbangan yang baik apabila melompat
  • Mengayuh basikal roda tiga
  • Berdiri atas satu kaki dengan mata tertutup
  • Gigi kekal mula tumbuh
  • Menggunakan kutleri dengan baik
  • Memegang pensil dengan betul dan boleh melukis semula bentuk segi tiga
  • Menggunakan pisau untuk menyapu mentega ke atas roti

Tips Untuk Ibu Bapa

  • Beri anak anda lebih masa untuk bermain di luar.
  • Galakkan anak anda untuk menyarung pakaian tanpa sebarang bantuan
  • Ajar anak anda cara yang betul untuk memberus gigi dan mencuba bawah pengawasan anda.
  • Hadkan masa menonton skrin ke sejam atau kurang dan galakkan lebih banyak aktiviti fizikal.
  • Bawa anak anda mencuba peralatan baru di taman permainan.
  • Guna permainan untuk membantu perkembangan kemahiran fizikal anak anda. 
  • Masukkan anak anda ke dalam kelas berenang, kalau belum.
  • Pastikan anak anda mendapat tidur yang cukup, 8-10 jam setiap malam.

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor

Jika anak anda:

  • Gagal berdiri atas satu kaki lebih daripada 10 saat
  • Mempunyai masalah penglihatan atau pendengaran
  • Kerap jatuh apabila berlari
  • Tak boleh memegang pensil atau alat lain
  • Tak berminat untuk menjadi aktif

Perkembangan Anak 5 Tahun: Kognitif 

perkembangan anak 5 tahun

  • Mempunyai rasa ingin tahu tentang bagaimana sesuatu objek berfungsi
  • Menyusun objek mengikut bentuk, warna dan saiz masing-masing
  • Faham konsep masa
  • Fokus kepada sesuatu benda sekurang-kurangnya untuk 10 minit
  • Menamakan sekurang-kurangnya empat warna
  • Mengira sampai 10 dan ke atas
  • Menamakan haiwan seperti “kucing”, “anjing” dan “ikan”
  • Menulis nama sendiri, sesetengah huruf dan nombor

Tips Untuk Ibu Bapa

  • Jangan memaksa anak anda membaca dan menulis jika mereka belum bersedia.
  • Puji anak anda untuk sebarang usaha membaca atau menulis
  • Membaca kepada anak anda dan bersama anak anda. Anda sekarang boleh membuat sesi pembacaan menjadi interaktif dan bertanya lebih banyak soalan kepada anak anda.
  • Bawa anak anda ke muzium, taman dan pelbagai tempat menarik sebanyak mungkin.
  • Beri anak anda lebih banyak permainan uji minda.

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor 

Jika anak anda:

  • Gagal mengira ke 10
  • Tak boleh menyatakan nama mereka sendiri
  • Tak boleh menamakan sebarang warna
  • Mengalami kesukaran untuk fokus, walaupun beberapa minit

Perkembangan Sosial dan Emosi

perkembangan anak umur 5 keatas

 

  • Mungkin mempunyai rakan baik 
  • Mencari cara untuk menggembirakan anda
  • Menggantikan tantrum dengan kata-kata dan menghentakkan kaki
  • Mengarah rakan sebaya apabila bermain
  • Berkongsi mainan
  • Bohong sunat
  • Masih suka bermain sendiri
  • Kuat berbual, terutamanya dengan sesiapa yang ingin mendengar
  • Suka keluar berjalan-jalan, walaupun ke pasar
  • Bermain dengan imaginasi dan mungkin akan bercakap kepada diri sendiri

Tips Untuk Ibu Bapa

  • Atur temujanji untuk anak anda dan rakan anak anda untuk bermain dan bersosial.
  • Tunjukkan kepentingan adab yang baik dan tidak menyampuk apabila orang lain bercakap.
  • Dalam aktiviti berkumpulan, galakkan permainan yang memberi peluang kepada setiap kanak-kanak untuk menjadi “ketua”. 
  • Sentiasa beri anak anda perhatian sepenuhnya apabila mereka bercakap dengan anda.

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor

Jika anak anda:

  • Benci bermain dengan kanak-kanak lain
  • Agresif (secara lisan atau fizikal) semasa bermain
  • Masih tantrum 
  • Tak suka keluar daripada rumah

Perkembangan Bahasa dan Komunikasi

perkembangan anak umur 60 bulan

  • Mengenali lebih kurang 2,000 perkataan
  • Berbual dengan orang lain tentang topik yang spesifik
  • Bercerita dengan jelas
  • Membaca perkataan yang terdiri daripada dua atau tiga huruf
  • Boleh difahami oleh orang asing
  • Menggunakan kata ganti dengan betul
  • Faham dan mengikut arahan yang terdiri daripada tiga peringkat. Contoh: “Minta kakak turun, basuh tangan dan makan malam.”
  • Kenal pasti susunan cerita apabila bercerita

Tips Untuk Ibu Bapa

  • Tanya anak anda tentang hari mereka, dan bertanya soalan susulan
  • Ajak anak anda bermain permainan perkataan seperti “I Spy”.
  • Bila membaca dengan anak anda, tunjuk beberapa perkataan yang mudah sambil membaca.
  • Minta anak anda ceritakan semula selepas anda habis membaca
  • Ajar pantun dan lagu-lagu baru kepada anak anda

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor

Jika anak anda:

  • Tak boleh difahami
  • Kurang bercakap dengan orang lain
  • Susah fahami arahan atau soalan
  • Lupa sesetengah perkara yang dipelajari

Perkembangan Nutrisi 

tumbesaran anak 5 tahun

  • Anak anda sekarang perlukan lebih kurang 1,000 – 2,000 kcal setiap hari.

Jumlah sajian yang dicadangkan: 

  • 0.5 cawan protein
  • 1 – 1.5 cawan buah-buahan
  • 1.5 – 2.5 cawan sayur-sayuran
  • 0.75 cawan bijirin
  • 2.5 cawan susu

Vaksin dan Penyakit

Pada usia ini, anak anda telah lengkap mendapat perlindungan vaksin sepenuhnya. 

Penyakit yang kerap berlaku di usia begini adalah seperti selsema dan juga jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut.

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor

Jika anak anda:

  • Terlalu kurus atau terlalu pendek
  • Demam panas dengan suhu lebih daripada 39 celcius
  • Terdapat kesan lebam atau gatal-gatal di tubuh badan

Semoga bermanfaat! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperkembangan-anak-umur-4-tahun-2-bulan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!