X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Perkembangan Kanak-kanak 3 Tahun - Jom Kenali Si Kecil Anda Yang Penuh dengan Karakter Sendiri!

4 min bacaan
Perkembangan Kanak-kanak 3 Tahun - Jom Kenali Si Kecil Anda Yang Penuh dengan Karakter Sendiri!

Ibu bapa mana tidak pentingkan atau mengambil berat akan perkembangan anak mereka apatah lagi perkembangan kanak-kanak 3 tahun, kerana ini adalah usia yang mana mereka mula tunjuk diri mereka yang sebenar!

Anda pasti selalu tercari-cari apakah minat anak anda? Bagaimana perwatakan mereka apabila besar nanti? Sebenarnya, kanak-kanak berusia 3 tahun ini sudah mula menunjukkan minat dan perwatakan mereka yang tersendiri. Memahami perkembangan kanak-kanak 3 tahun ini akan membantu anda untuk memahami mereka dengan lebih baik.

Memahami perilaku anak dan belajar mengawal refleks mereka akan membantu anda membentuk perkembangan mereka. Malah, cara didikan anda juga akan membentuk siapa diri anak ini nanti serta mengeratkan hubungan antara anda dan anak anda.

perkembangan kanak-kanak 3 tahun

Kredit: Shutterstock

Menurut kajian, apa yang ditunjukkan oleh kanak-kanak usia 3 tahun ini mungkin adalah bayangan bagaimana dirinya nanti di usia 26 tahun.

Dan perilaku malah perwatakan ini makin dipengaruhi oleh ibu bapa mereka. Hanya segelintir saja akan dipengaruhi oleh kawan-kawan.

Baca juga: 7 Mainan Minda Untuk Kanak-Kanak 2 Hingga 5 Tahun Bagi Menggalakkan Perkembangan Otak!

9 Perkembangan Kanak-Kanak 3 Tahun Yang Ibu Perlu Tahu!

Ini merupakan 9 karakter pada kanak-kanak menurut kajian yang dikemudi oleh Profesor Stella Chess dan Alexander Thomas dari New York University School of Medicine:

1) Tahap aktiviti mereka meningkat

Ini melibatkan tahap tenaga, semangat dan aktiviti motor am mereka. Sebab itu mereka akan lebih aktif dan gemar bermain. 

2) Mula mendekati atau menjauhi sesuatu

Perangai ini melibatkan perilaku anak anda terhadap sesuatu yang baru atau tidak dikenali oleh mereka.

3) Pusingan perkembangan yang lebih tetap

Ini lebih kepada perkembangan fizikal mereka. Kitaran makan, tidur, membuang air dan fungsi badan yang lain akan berubah dan menjadi semakin tetap. 

4) Mula memahami tentang penyesuaian

Ini tentang bagaimana anak anda menyesuaikan diri dengan perubahan. Jika dulu mereka akan menangis apabila terpaksa berhadapan dengan sebarang perubahan, sekarang mereka lebih bijak menyesuaikan diri. 

5) Fokus mereka semakin bertambah 

perkembangan kanak-kanak 3 tahun

Kredit: Shutterstock

Bagaimana mereka boleh fokus atau semudah mana mereka boleh hilang fokus.

6) Respon anak berubah

Ini melibatkan tahap sensori anak anda. Sebanyak mana rangsangan yang mereka perlu untuk mendapat respon mereka? Setiap kanak-kanak berbeza, ada yang cepat memberi respon, ada yang sedikit lambat.

Jika anda cuba menarik perhatian mereka, cuba guna benda yang mereka suka. Dengan cara ini, respon mereka boleh dirangsang.

7)Reaksi anak lebih mendalam

Bagaimana anak anda mengekspresikan emosi mereka terhadap situasi yang berbeza boleh dilihat ketika ini.

Reaksi ini bersifat lebih “mendalam” dan kadang-kadang mampu buat anda terharu, ketawa dan marah!

8) Kualiti mood

Selalunya dia bagaimana? Ceria, serius atau lurus? Jika ada perubahan mood, anda perlu berbicara dengan anak-anak ini dengan lebih baik. Kita harus didik mereka agar mendengar kata, namun elak menengking mereka. 

9) Ketahanan mental anak berubah

Bagaimana anak anda menghadapi halangan atau cabaran sekarang?

Kesemua 9 karakter ini akan ada pada anak anda. Yang membezakan ialah tahap setiap karakter ini.

Didik Anak Mengikut Personaliti

Perkembangan Kanak-kanak 3 Tahun - Jom Kenali Si Kecil Anda Yang Penuh dengan Karakter Sendiri!

Kredit: Shutterstock

Walaupun berdasarkan biologi, perilaku boleh berubah mengikut masa. Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi perubahan ini. Antaranya seperti – rumah, sekolah, dan cara didikan ibu bapa.

Peringatan: ini hanyalah panduan am

Peribadi anak berubah-ubah tetapi secara amnya ia dibahagikan kepada 3 kategori:

#1 Anak yang ‘mudah’

Tidak banyak buat perangai. Waktu tidur dan makan tetap. Mudah menyesuaikan diri dan sentiasa dalam keadaan baik.

Tip keibubapaan: Mereka selesa dengan rutin yang tetap. Mereka tidak suka akan perubahan dan mungkin akan terganggu dengan perubahan.

Bimbing mereka dengan jadual yang tetap dan pupuk tingkah laku yang positif.

Stories Rakan Kongsi
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda

#2 Anak yang ‘susah’

Perkembangan Kanak-kanak 3 Tahun - Jom Kenali Si Kecil Anda Yang Penuh dengan Karakter Sendiri!

Kredit: Shutterstock

Jadual makan, tidur dan membuang air mereka tidak teratur. Mereka tidak mahu perubahan. Dan mereka juga mudah kecewa, marah dan membuat perangai (tantrum).

Tip keibubapaan: Jangan memaksa mereka terlibat dengan situasi sosial. Tenangkan mereka ketika menerima pengalaman baru.

Sangat bersabar bila mereka membuat perangai, mereka memerlukan lebih pemahaman.

#3 Anak yang ‘sukar menyesuaikan diri’

Apabila terdedah kepada sesuatu benda yang baru, anak ini akan berdiam diri. Mereka tidak mahukan perubahan. Tapi jadual tidur, makan dan membuang air mereka adalah tetap.

Tip keibubapaan: Kerap mendedahkan mereka kepada situasi sosial yang baru akan membantu mereka lebih terbuka. Jika anak anda di dalam kategori ini, mereka akan keluar dari perilaku ini nanti.

Apa yang penting sebenarnya ialah, kesabaran dan penuh kasih sayang di setiap peringkat tumbesaran anak anda.

Sumber: theAsianparent Singapore, Psychpage.com, WebMD, University of Colorado Psychology department, Child Development Media

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: 14 punca kenapa perkembangan anak anda perlahan dan agak LAMBAT

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan kids
  • /
  • Perkembangan Kanak-kanak 3 Tahun - Jom Kenali Si Kecil Anda Yang Penuh dengan Karakter Sendiri!
Kongsikan:
  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham