7 Tahap Perkembangan Anak Usia 2 Tahun, Adakah Anak Anda Lengkap Semuanya?
Apabila anak mencapai usia dua tahun, anda akan dapat melihat pelbagai perkembangannya yang sungguh memberangsangkan sekaligus membuatkan anda bangga memiliki anak yang pintar dan cerdas.
Apabila anak mencecah umur dua tahun, ada cabaran yang menanti ibu bapa. Nak tackle mood anak juga ada caranya. Terutama bila anak anda itu dalam fasa perkembangan anak umur dua tahun ini.
Sebab itu untuk artikel kali ini, kami ingin menceritakan lebih mendalam berkaitan perkembangan anak umur dua tahun.
Sebagai ibu bapa, anda harus tahu tahap perkembangan anak umur dua tahun adalah berbeza-beza. Jadi jangan bandingkan anak orang dan anak sendiri. Ia tak akan sama!
Akan tetapi, 7 tahap perkembangan ini akan dilalui oleh anak anda yang berusia dua tahun. Jom tengok apakah ia.
7 tahap perkembangan anak umur dua tahun
#1 Kemahiran harian
Perkembangan anak dua tahun sedikit unik kerana dalam umur ini, mereka sudah bijak mengajuk cakap ibu dan ayah.
Jadi jangan terkejut bila anak sudah pandai berpura-pura sibuk di dapur atau pandai menjawab panggilan telefon. Ia juga sebahagian proses tumbesaran dan pembelajaran buat mereka.
Tips penting untuk ibu bapa:
- Didik anak mengemas rumah, kemas barang mainan selepas bermain, lap lantai jika tumpahkan air dan basuh pinggan selepas makan.
- Didik anak mengamalkan makanan yang berkhasiat seperti makanan yang dipanggang dan banyak makan sayur dan buah-buahan.
- Ajar anak memakai pakaian sendiri selepas mandi. Biarkan mereka tentukan pilihan pakaian yang ingin dipakai.
- Jangan sebut perkataan yang kurang sopan. Jika tidak anak akan dengar dan ajuk semula percakapan anda itu.
#2 Kemahiran sosial
Anak umur dua tahun juga akan suka bermain dan berkawan. Malah mereka akan tunjuk sikap nakal tapi ini merupakan proses pembelajaran supaya mereka pandai berdikari.
Tip penting untuk ibu bapa:
- Biarkan anak bermain dengan cara mereka sendiri walau ada kawan-kawan yang lain
- Perkembangan anak umur dua tahun juga mudah menerima setiap tunjuk ajar ibu bapa. Kemudian ajar mereka cara selesaikan konflik dan bagaimana nak selesaikan masalah.
#3 Kemahiran emosi
Perkembangan anak umur dua tahun ini juga dapat dilihat dari sudut kemahiran emosi mereka, di mana mereka cenderung beremosi jika tak dapatkan sesuatu daripada mummy dan daddy.
Mereka akan menangis, berpeluk tubuh atau merajuk jika tak dapat sesuatu yang diimpikan.
Tip untuk ibu bapa:
- Beri pujian jika mereka dapat kawal emosi dengan baik
- Jangan memukul anak jika mereka meluahkan emosi secara berlebihan seperti tantrum
- Bercakap lemah lembut sambil menasihati
- Jangan marah jika mereka keluarkan perkataan yang tak senonoh tapi tegur dengan berhemah
#4 Kemahiran motor kasar
Pernah tak anda perasan anak sudah pandai tangkap dan baling bola dengan baik?
Ini merupakan salah satu contoh kemahiran motor kasar anak yang dapat dilihat. Ia juga perkembangan anak umur dua tahun yang baik dan jelas.
Tip penting untuk ibu bapa:
- Pastikan rumah selamat untuk anak bermain dan mengembangkan kemahiran motor kasarnya.
- Bawa anak bermain di taman permainan dan biar dia bebas bermain bola, berlari dan memanjat. Tapi anda harus sentiasa perhatikannya.
- Kemudian, anda boleh bermain bola bersama anak seperti dia baling dan anda tangkap atau anda baling dan dia tangkap secara tak langsung perkembangan motor kasar anak dapat berkembang dengan baik.
#5 Kemahiran motor halus
Kanak-kanak berumur 2 tahun sudah mula menunjukkan mereka boleh membina menara kiub, membentuk kiub ke dalam kereta api mainan dan salin semula garis-garis yang ditarik secara mendatar.
Oleh sebab itu, anda boleh melakukan 3 tips ini:
- Duduk dengan anak dan buatlah aktiviti seni dengan si kecil anda.
- Selain itu, baca buku kepadanya dan minta dia membuka halaman seterusnya.
- Bermain puzzles dengan anak bagi melihat kemahiran motor halusnya
#6 Kemahiran bahasa
Ketika ini anak anda sudah pandai menyebut beberapa patah perkataan. Mereka sudah pandai menerima arahan mudah dan boleh mencantumkan objek dengan gambar jika anda namakannya.
Kemudian mereka tahu anggota badan. Anda sebut saja mata dia akan tunjuk mata. Kalau anda sebut mulut dia akan muncung bibir. Itu tandanya dia sudah mulai faham.
Tips
- Bacakan buku. Kemudian minta dia ulang semula sebutan yang anda sebut.
- Tunjukkan gambar tubuh badan manusia dan praktiskan dia untuk ingat.
- Guna flash card untuk mantapkan penggunaan bahasa anak
#7 Kemahiran kognitif
Perkembangan anak umur dua tahun dari sudut kemahiran kognitif adalah mereka akan ingat di mana mereka letakkan mainan, visualisekan objek yang ada dalam fikiran dan selesaikan permasalahan.
Tips:
- Anak anda mungkin sukakan seni seperti mewarna jadi berikan si kecil warna crayon dan biarkan dia bebas melukis dan mewarna sendiri.
- Sorokkan mainan dan biarkan si kecil mencari
- Ketika membaca buku, terangkan maksud sesetengah perkataan baru. Ulangi setiap hari.
- Buat kuiz mudah setaip hari seperti isi tempat kosong atau cantumkan perkataan.
- Jangan push anak untuk ingat semua benda. Mereka masih kecil biarkan si dia belajar dengan gembira dan senang hati
Anak anda cenderung ke arah kemahiran yang mana?
Semoga tips yang kami kongsikan ini bermanfaat buat anda 🙂
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar: Bruna Saito/Pexels