9 benda TAK PATUT DIBUAT bayi - ada yang lucu tapi ada seram juga!
Mari berhibur dengan 9 eksperimen gila yang dibuat oleh ibu bapa di luar sana untuk menguji perkembangan bayi mereka ini. Ada yang lucu tapi tak kurang juga menyeramkan....
Perkembangan bayi berbeza-beza
Betullah orang cakap – “perkembangan bayi ini berbeza-beza”. Anda tak boleh membandingkan bayi anda dengan bayi orang lain.
Malah, cara kita sebagai ibu bapa yang mendidik dan menyayangi mereka juga berbeza-beza. Ada anak yang ditatang bagai minyak yang penuh. Ada yang diajar tentang disiplin sejak dari awal.
Walaubagaimanapun cara anda mendidik dan menjaga anak-anak, hanya anda yang tahu apa yang terbaik buat perkembangan bayi anda itu. Selain bijak merangsang kemahiran bayi, pasti ibu bapa suka bermain dan bereksperimen dengan bayi kan?
Jom, kami bawakan kepada anda 9 eksperimen yang dilakukan ibu bapa terhadap bayi mereka ini. Sepatutnya 9 benda ini tak patut dibuat oleh bayi!
Mungkin ada yang nampak lucu, tapi ada juga yang menyeramkan. Wuuu… Jadi ibu bapa, mari berhibur dengan koleksi 9 benda yang tak patut dibuat oleh bayi ini:
Amaran: Jangan cuba benda-benda ini di rumah ya!
#1 Nampaknya ibu bapa ini lupa yang mereka tak patut mencampak anak
Kalau anak jatuh nanti macam mana? Kalau anda tak sempat sambut mereka macam mana? Ha… kalau anda mahu buat begini, apa kata ganti bayi itu dengan bola ragbi?
Selamat sikit!
#2 Bayi terlalu muda nak baca ABC, apatah lagi majalah Playboy!
Tengok ha sampai terbeliak mata bayi itu. Pasti terkejut sungguh melihat majalah lucah tersebut. Apa ini, papa???!!!
#3 Pastikan anak selamat itu bagus. Tapi bukan simpan anak begini!
Amaran: Jangan cuba benda ini di rumah, ya!
#4 Bayi materialistik?
Tak terlalu muda ke nak mendedahkan anak dengan duit sebanyak itu? Nampaknya ada ibu bapa yang fikir kita boleh ajar anak jadi materialistik sejak kecil!
#5 Baulah ketiak abah ini, ulalala!
Aduh… mau sesak nafas juga budak itu nanti! Ketiak abah bukan saja masam, malah berpeluh dan penuh bulu-bulu yang panjang.
Ibu, tolong!!!
#6 Ular bukan gula-gula, ya!
Siapa yang membenarkan anak bermain dengan ular ini? Siap boleh gigit-gigit pula! Aduh anak ibu!
#7 Bayi boleh buat tarian tiang, tak?
Aduh, sudah semestinya tak boleh! Malah bukannya seksi, tapi terseksa ibu ibu tengok ini ha…
#8 Bayi di kelab malam bagaimana pula?
Siapa yang menurunkan peraturan umur di dalam kelab malam? Kenapa ada bayi dalam kelab malam ini??!!!
#9 Senapang sebagai teethers?
Senapang atau pistol tak pernah sesuai menjadi teetcher ya ibu-ibu? Letak balik pistol itu di tempat yang sepatutnya!
Bagaimana? Terhibur tak dengan eksperimen-eksperimen yang dilakukan si ibu bapa ini untuk menguji perkembangan anak mereka? Mungkin ada yang lucu tapi ada yang tidak kurang berbahaya juga.
Janganlah sesekali kita membiarkan anak-anak kita membuat perkara ini ya!
Sumber rujukan: Mom Junction
Baca juga: