Pada Minggu 22 Kandungan, Janin Anda Sudah Ada Jadual Tidur Sendiri!

Antara perkembangan janin 22 minggu adalah mereka sudahpun mempunyai jadual tidur dan jaga mereka sendiri. Ketahui apa lagi yang mereka buat dalam perut.

Lagi seminggu kandungan anda akan mencecah lima bulan. Sekejapnya! Apa perkembangan janin 22 minggu ni?

Perkembangan janin 22 minggu: Bayi anda besar mana?

perkembangan anak, perkembangan bayi, perkembangan bayi dalam kandungan, tumbesaran janin, simptom kehamilan, cara penjagaan kehamilan, cara menjaga janin, perkembangan janin 22 minggu, perkembangan janin minggu ke 22, perkembangan janin minggu 22, perkembangan bayi minggu 22, tumbesaran janin minggu 22, tumbesaran janin minggu ke 22

Perkembangan janin 22 minggu: Perkembangan bayi

  • Bayi anda kini kelihatan seperti bayi baru lahir dengan bibir dan mata yang sudah terbentuk sepenuhnya.
  • Gusi sudah membentuk putik gigi kecil anak anda.
  • Organ terus membesar sementara pankreas sedang menghasilkan hormon penting.
  • Jika anak perempuan, faraj mereka sudah terbentuk sepenuhnya.
  • Anda mungkin tak percaya, tapi mereka sudah mempunyai kitaran tidur dan berjaga sekarang.

Perkembangan janin 22 minggu: Simptom mengandung

perkembangan janin 22 minggu

Kredit: Freepik

  • Bayi anda sedang memenuhkan ruang dalam badan dengan sangat cepat. Hasilnya? Dia akan menekan tulang rusuk anda dan membuatkan anda sukar untuk bernafas.
  • Anda sedang menarik perhatian orang lain untuk memang perut anda, tapi jika anda tak selesa, beritahu mereka.
  • Pusat anda akan terkeluar ini terjadi kerana perut anda yang membesar menolaknya keluar. Ia mungkin nampak pelik, tapi apabila anda melahirkan, pusat anda akan kembali normal.

Penjagaan kandungan

Pada Minggu 22 Kandungan, Janin Anda Sudah Ada Jadual Tidur Sendiri!

Kredit: Freepik

  • Jika anda membuat perjalanan jauh, pastikan anda ambil langkah berjaga-jaga lebih-lebih lagi jika anda naik pesawat.
  • Pastikan postur badan anda memegang dan sokong badan anda yang sakit menggunakan kusyen.
  • Jika bengkak di tangan dan kaki buatkan anda sakit untuk memakai barang kemas, jangan pakai untuk sementara waktu.
  • Pakai kasut yang mempunyai tapak yang kukuh untuk menampung kaki anda yang semakin membesar.

Checklist

  • Lawat doktor secara berkala untuk pantau perkembangan bayi anda.
  • Nikmati rambut anda yang lebat dan berkilat. Kebanyakan wanita, kehamilan membuatkan rambut mereka lebih lebat dan berkilat dari biasa
  • Jangan terlalu kuat bekerja kerana stress tak baik untuk anda mahupun bayi anda.

Artikel ini ditulis oleh Jasmine Yeo dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Minggu sebelumnyaMinggu ke – 21

Minggu seterusnyaMinggu ke – 23

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tak Minum Susu Langsung Sepanjang Kehamilan, Apa Makanan Pengganti Susu Ibu Hamil?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!