Bayi Akan Kenal Lagu-Lagu Yang Anda Nyanyikan Pada Usia 34 Minggu

Antara perkembangan janin 34 minggu adalah mereka boleh mendengar setiap perbualan anda, Malah mereka akan kenal lagu yang anda nyanyi bila lahir nanti!

Berhati-hati apabila bercakap kerana bayi anda dah boleh mendengar suara dan perbualan anda di usia 34 minggu ini! Malah dalam perkembangan janin 34 minggu juga, anak anda mungkin akan suka jika anda nyanyikan satu dua lagu untuk mereka.

Beberapa pakar mengatakan yang selepas lahir, bayi boleh kenal dengan lagu yang ibu nyanyikan semasa mereka dalam kandungan, membuatkan mereka akan mudah tenang dengan lagu-lagu tersebut.

Perkembangan janin 34 minggu: Bayi anda besar mana?

Berat bayi anda sekarang sudah mencecah 2.1 kg dan ketinggian mereka adalah 45 cm. Saiz mereka sekarang adalah sebesar cantaloupe iaitu buah yang seakan-akan tembikai susu.

perkembangan anak, perkembangan bayi, perkembangan bayi dalam kandungan, tumbesaran janin, simptom kehamilan, cara penjagaan kehamilan, cara menjaga janin, perkembangan janin 34 minggu, perkembangan janin minggu ke 34, perkembangan janin minggu 34, perkembangan bayi minggu 34, tumbesaran janin minggu 34, tumbesaran janin minggu ke 34

Perkembangan janin 34 minggu: Perkembangan bayi anda

  • Bayi anda sedang membentuk lapisan lemak yang banyak untuk memanaskan badannya.
  • Sistem saraf mereka sedang terbentuk dengan cepat sekarang.
  • Kuku jari dan kaki mereka sudah tumbuh.
  • Jika bayi anda lelaki, minggu ini testikalnya turun dari abdomen ke skrotum.

Perkembangan janin 34 minggu: Simptom kehamilan

perkembangan janin 34 minggu Kredit: Freepik

  • Anda akan merasa sangat letih dari biasa kerana ketegangan yang anda alami.
  • Keputihan juga akan semakin banyak kerana hormon yang tak menentu.
  • Tekanan darah rendah boleh buatkan anda rasa pening.
  • Anda mungkin akan mengalami penglihatan yang kabur dan ini hanyalah sementara saja.
  • Anda masih akan sering berulang-alik ke tandas.
  • Kerana perut anda yang semakin besar, paru-paru tak dapat berkembang dengan penuh dan membuatkan anda cepat tak cukup nafas.
  • Kaki kejang adalah biasa sekarang kerana berat kandungan, bengkak dan keletihan sedang memuncak.

Penjagaan kandungan

Bayi Akan Kenal Lagu-Lagu Yang Anda Nyanyikan Pada Usia 34 Minggu Kredit: Freepik

  • Cuba untuk mendapatkan rehat sebanyak yang mungkin dan buat aktiviti yang boleh buat anda gembira dan sibuk.
  • Lakukan senaman yang ringan saja pada minggu ini.
  • Banyakkan minum air pada waktu siang untuk mengelakkan anda rasa haus pada waktu malam.
  • Jika anda mengalami bintik-bintik merah disekitar peha, punggung atau perut, anda mungkin mengalami pruritic urticarial papules and plaques of pregnancy (PUPPP). Lebih dari 1% wanita mengandung menghidapi PUPPP,tapi keadaan ini tak merbahaya tapi anda boleh dapatkan nasihat doktor jika anda tak selesa atau sekiranya anda memerlukan rawatan yang lanjut.

Checklist

  • Pastikan beg hospital anda sudah lengkap.

Sumber: Penulis asal Jasmine Yeo. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Minggu sebelumnyaMinggu ke - 33

Minggu seterusnyaMinggu ke - 35

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Elak Tak Cukup Nafas Ketika Bersalin, Ini 4 Teknik Pernafasan Yang Betul Semasa 8 Bulan Hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!