Menggamit Kenangan! Rupanya Permainan Zaman Dulu Menjadikan Anak PINTAR & Sihat!

Permainan zaman dahulu bukan setakat beri keseronokan, tetapi juga membuatkan fizikal menjadi cergas dan meningkatkan perkembangan otak. Jom imbau kembali!

Dahulu kala, kanak-kanak riang dan aktif bermain di luar rumah dengan pelbagai permainan zaman dahulu yang cukup menyeronokkan.

Pastinya di dalam sebuah kampung akan memiliki suasana riuh rendah dengan gelak ketawa kanak-kanak yang sibuk bermain sehingga pulang ke rumah hampir waktu senja.

Tidak dinafikan bahawa permainan zaman dahulu memberikan banyak manfaat kepada perkembangan otak kanak-kanak kerana melibatkan kemampuan fizikal dan mental mereka.

Antara permainan yang tidak dapat dilupakan ialah:

#1. Tarik upih

permainan kanak-kanak zaman dahulu

foto: wikipedia

Permainan tarik upah kelapa mampu mengaja anak-anak akan sikap toleransi iaitu sanggup bertolak ansur, sabar dan menggunakan sepenuhnya kekuatan untuk menarik upih bagi menuju ke garisan penamat.

Biarpun permainan ini dikatakan lebih sesuai untuk anak lelaki yang lasak dan kuat, namun ia tidak bermakna anak perempuan tidak boleh bermain.

Pada permulaan permainan ini, kanak-kanak akan berbincang terlebih dahulu sesama mereka bagi menentukan siapa yang menarik dan siapa yang akan duduk di dalam upih.

Pastinya ia mengajar anak-anak untuk bijak membuat keputusan dan menjadi seorang yang bertolak ansur dengan keadaan sekiranya mereka yang perlu menarik upih tersebut.

#2. Bermain guli

permainan tradisional

credit to sources

Ketika anak melibatkan diri dengan permainan ini, hal yang paling utama adalah mereka perlu menentukan lokasi untuk bermain.

Ia memerlukan kawasan lapang yang rata, berpasir kering dan bebas dari sebarang halangan.

Kebiasaannya, anak perlu mengatur strategi untuk menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap guli yang telah diletakkan dalam garisan kotak.

#3. Permainan teng-teng

kepentingan permainan tradisional

credit to sources

Teng-teng atau juga dikenali sebagai Ketinting merupakan sejenis permainan tradisi yang lebih disukai oleh kanak-kanak perempuan berbanding lelaki kerana kerana permainan ini dianggap kurang mencabar.

Ia melibatkan sepenuhnya keupayaan kaki anak-anak untuk melakukan lompatan pada setiap petak. Mereka juga perlu memberikan perhatian agar tidak terpijak garisan yang telah dibina.

#4. Congkak

kelebihan permainan zaman dahulu

credit to sources

Permainan congkak mampu mengembangkan otak anak-anak untuk berfikir rancangan strategi bagi mengalahkan pihak lawan.

Bukan itu sahaja, dengan bermain congkak turut membolehkan anak-anak mengira dengan baik bagi memenuhkan setiap lubang pada papan congkak.

Ia turut dikatakan memberi manfaat kepada para pemain kerana melatih kesabaran dan kejujuran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

#5. Galah panjang

aktiviti kanak-kanak zaman dahulu

credit: tonton

Galah panjang memerlukam kerjasama antara ahli kumpulan untuk memenangi setiap perlawanan. Hal ini secara tidak langsung dapat mendidik anak-anak untuk bekerja dalam kumpulan dan melepaskan tekanan yang dihadapi.

Semasa bermain galah panjang, mereka akan berteriak, tertawa dan bergerak aktif yang sekaligus menjadi terapi untuk mereka menghargai sebuah keseronokan.

#6. Zero point

permainan tradisional melayu

credit to sources

Permainan ini memerlukan getah yang dianyam menjadi panjang dan mudah ditarik. Ia seperti bermain tali skipping, namun zero point ini memerlukan pemain sekurang-kurang 3 orang.

Perkembangan fizikal melalui permainan ini membolehkan anak menguasai kemahiran motor halus yang sekaligus membantu aktiviti dalam pembelajaran.

Kanak-kanak dapat membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk cara hidup yang sihat dan selamat.

#7. Baling selipar

manfaat permainan tradisional

credit to sources

Permainan zaman dahulu ini dapat mengasah pemikiran lebih kritis. Pemain perlu mengamati rentak permainan sambil menunggu peluang yang sesuai dan masa yang tepat untuk memulakan langkah.

Anak-anak juga dapat merangsang pemikiran kreatif dengan merancang pelan yang bagus, teknik-teknik menyusun selipar dengan lebih cepat dan stabil.

Dari segi fizikal, anak dapat meningkatkan kemahiran mengelak, mengacah, berlari dan melompat.

Seterusnya, aktiviti tersebut membantu perkembangan tubuh badan melalui penggunaan tenaga yang optimum serta meningkatkan stamina dan keupayaan kardiovaskular.

#8. Bermain layang-layang

permainan kampung

credit to sources

Permainan layang-layang sangat baik untuk kesihatan mata anak-anak. Hal ini kerana mereka perlu memandang jauh ke atas langit yang cerah. Ia sekaligus melatih kekuatan otot dan saraf mata bagi mencegah terjadinya masalah rabun jauh.

#9. Lompat tikus

permainan populor zaman kanak-kanak

credit to sources

Permainan tradisional ini memerlukan anak untuk berlari, melompat dan merangkak dalam usaha bagi melepasi tangan dan kaki dua orang pemain dari kumpulan lawan.

Semakin lama, pemain akan menghadapi halangan yang menjadi semakin tinggi dan susah untuk dilepasi. Hal ini mengajarkan mereka untuk berani berhadapan dengan sebarang risiko di dalam kehidupan.

Bukan itu sahaja, fizikal dan mental anak juga akan menjadi kuat kerana permainan ini memerlukan kekuatan diri untuk melompat setiap halangan.

Sumber: Penulis asal Liza P. Arjanto. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Menggamit Kenangan! Rupanya Permainan Zaman Dulu Menjadikan Anak PINTAR & Sihat!

Baca juga:

7 Idea Permainan DIY Yang Mudah dan Menarik Untuk Anak Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!