Ketahui Prosedur Kemasukan Hospital Bersalin Sejurus Ibu Merasakan Sakit Kontraksi

undefined

Berhadapan tanda-tanda bersalin adalah detik mendebarkan. Justeru, ketahui perkara yang anda perlu lakukan dalam persediaan barang bayi yang selengkapnya.

Bagi ibu sedang mengandung buat kali pertama, pastinya anda telah memilih lokasi hospital dan membuat persediaan barang bayi dengan selengkap yang mungkin

Melalui pengalaman mengandungkan seorang zuriat buat suami tercinta merupakan pengalaman yang terindah bagi setiap ibu bagi membuktikan cinta terhadap pasangan.

Persediaan barang bayi untuk bersalin

persediaan barang anak

credit to sources

Persediaan barang bayi yang teratur dapat memastikan anda menjalani proses kelahiran dengan baik  ketika mendaftar masuk ke dalam wad bersalin.

Namun sekiranya sakit kontraksi menyerang pada waktu malam dan kaunter pendaftaran masuk sudah tutup, anda boleh sahaja terus pergi ke bahagian Kemalangan dan Kecemasan di hospital berkenaan.

Namun, hal yang perlu anda ketahui tentang prosedur bersalin di hospital kerajaan adalah kedatangan anda tidak semestinya terus berjumpa dengan doktor serta-merta.

Pemeriksaan yang boleh dijangkakan

Setelah proses pendaftaran selesai, anda akan dibawa ke bilik bersalin bagi membolehkan kumpulan jururawat perbidanan memantau tahap kontraksi dan meminta anda memaklumkan setiap yang berlaku.

Antara soalan yang mungkin akan ditanyakan ialah berkenaan dengan air ketuban, warna cecair yang keluar dari rembesan mucus, kekerapan sakit kontraksi atau komplikasi yang dihadapi semasa tempoh kehamilan.

Seterusnya, mereka akan melakukan pemeriksaan terhadap tekanan darah anda, suhu badan, denyutan nadi dan air kencing.

Bagi mengetahui kedudukan bayi, pihak perubatan akan menggosok perut anda dan melihat sama ada kepala bayi sudah turun ke dalam pelvis ataupun belum.

Bukan itu sahaja, jururawat yang bertugas juga akan memastikan bahawa bayi dalam kandungan berada dalam keadaan yang baik.

Mereka juga akan memberikan anda sehelai tuala wanita sekiranya anda mengalami pendarahan yang kecil atau air ketuban sudah pecah.

Pemeriksaan tanda-tanda pendarahan atau mekonium (najis bayi yang pertama) dalam cecair amnion serta mendengar degupan jantung bayi selepas kontraksi turut akan diteliti.  

Setelah selesai melakukan penilaian, pihak perubatan kemudiannya akan melakukan pemeriksaan dalaman pada faraj.

Pada ketika ini, ibu jangan risau kerana setiap perkara akan diterangkan kepada anda dan pasangan dan keperluan persediaan barang bayi selepas kelahiran.

Segala penilaian yang dibuat akan dicatat dalam partogram iaitu carta khas dengan simbol-simbol dan ruangan berlainan untuk merekodkan setiap perincian proses pelahiran.

Pemantauan ibu dan kandungan

persediaan menghadapi kelahiran

credit to sources

Anda mungkin akan diminta untuk berbaring terlebih dahulu agar keadaan kandungan anda boleh dipantau menggunakan sensor elektronik.

Ia akan dilekatkan pada perut anda kira-kira 20 minit yang dipanggil sebagai “admission CTG” atau “admission trace”.

Bukan itu sahaja, anda juga mungkin mengenalinya sebagai pemantauan fetus secara elektronik (electronic fetal monitoring – EFM).

Di UK, prosedur ini tidak disarankan kepada golongan wanita sihat dan mempunyai kehamilan yang berisiko rendah.

Tentu sekali, anda boleh memilih untuk terus dipantau secara elektronik jika ini membuat anda rasa selamat.

Namun anda mula rasa tidak selesa ketika menggunakannya untuk jangka waktu yang lama. EFM biasanya digunakan dalam keadaan ketika berlakunya kebimbangan terhadap kesihatan bayi.

Perkara yang berlaku seterusnya

tips persediaan bersalin

credit to sources

Sekiranya doktor, jururawat atau bidan yang merawat akan menyatakan bahawa ibu telah berada dalam peringkat awal kelahiran, anda boleh memilih untuk pulang ke rumah terlebih dahulu sehingga sakit kontraksi menjadi lebih kuat.

Pada ketika ini, anda dan suami perlu menilai keadaan sebelum mengambil keputusan untuk berada di hospital atau pulang ke rumah.

Antara aspek yang perlu anda ambil kira ialah jarak perjalanan rumah ke hospital, keadaan lalu lintas dan keselesaan anda.

Namun sekiranya anda memilih untuk tunggu di hospital atau disarankan oleh doktor, anda akan ditempatkan di dalam bilik bersalin sehinggalah anda selamat melahirkan bayi.

Justeru, proses bersalin memerlukan kerjasama yang baik antara anda dan pihak perubatan bagi mengelakkan sebarang risiko yang berlaku kepada ibu dan bayi.

Sumber: Baby Center

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Ketahui Prosedur Kemasukan Hospital Bersalin Sejurus Ibu Merasakan Sakit Kontraksi

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-cepatkan-bersalin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!