Perut Kecil Semasa Mengandung Sampai Orang Tak Perasan, Tapi Lahir Bayi 3.96 KG Secara Normal!

undefined

Wanita ini langsung tidak menyangka walaupun memiliki perut kecil semasa mengandung beliau melahirkan bayi seberat 3.96 kilogram!

Tiada yang mustahil apabila Tuhan sudah tetapkan takdirnya. Seorang wanita yang memiliki perut kecil semasa mengandung tidak menyangka akan melahirkan bayi seberat 3.96 kilogram kerana keadaan saiz perutnya.

Beliau yang juga selamat bersalin secara normal mengakui mengalami kesedihan ketika dalam proses kehamilan kerana perutnya masih belum kelihatan walaupun sudah lima bulan mengandung.

Perut kecil semasa mengandung, tapi lahir bayi 3.96 kg!

Perut kecil semasa mengandung

Kredit: pusat perubatan intan

Wanita ini mengakui, bukan sedikit cabarannya apabila mengandung dan memiliki perut yang kecil berbanding wanita lain. 

Malah katanya, ketika menggunakan pengangkutan awam ketika usia kandungan sudah mencecah lima bulan, tiada siapa pun yang memberinya tempat duduk mungkin tidak perasan dia mengandung memandangkan perutnya yang kecil dan seolah-olah tidak kelihatan kandungannya.

Kebanyakan orang di bus pun bahkan tidak tahu kalau ia sedang hamil jika dilihat dari belakang. Namun saat usia kandungan sudah hampir tujuh bulan, baru kandungan ibu ini terlihat.

“Sedihnya tidak ada seorang pun yang memberiku tempat duduk sampai kandunganku berumur 5 bulan. Kebanyakan orang bahkan tidak tahu kalau aku sedang hamil jika dilihat dari belakang, sampai kehamilanku berusia lebih dari tujuh bulan.”

Bukan itu saja, ramai yang mempersoalkan sama ada dia benar-benar mengandung atau sebaliknya sedangkan setiap bulan dia melakukan rutin pemeriksaan ibu hamil di klinik. 

“Aku dan suamiku sama-sama bertubuh mungil, jadi wajar saja kalau aku terlihat tetap mungil selama hamil.”

Katanya, beliau memang memiliki tubuh kecil tetapi tidak menyangka akan memiliki perut kecil ketika mengandung. Selepas kandungan masuk usia tujuh bulan, barulah perutnya kelihatan.

Bersalin overdue secara normal 

Wanita ini juga berjaya bersalin secara normal menggunakan bantuan vacuum. Beliau bagaimanapun tidak menggunakan bantuan epidural atau ubat tahan sakit lain selain 

“Saya masuk ke rumah sakit sekitar jam 9 pagi dan begitu dokter kandungan saya, Dr. Kowa M Sing dari Mount Elizabeth Hospital memecahkan ketuban saya, kontraksi mulai terasa. Saya yang percaya bahwa wanita bisa menjalani persalinan normal.”

“Jiwa superwomanku membuat keputusan untuk tidak menggunakan suntikan epidural untuk membantu menghilangkan rasa sakit. Saya mencoba mengalihkan ‘kram’ perut dengan menonton film favorit saya Jacky Wu, tetapi tidak berhasil. Setelah itu saya mencoba bermain Suduko, dan tentu saja melakukan banyak kesalahan.”

Beliau menjelaskan, doktor terpaksa mengambil keputusan untuk vacuum kerana setelah beberapa kali meneran, bayinya masih gagal keluar. Rupa-rupanya perut yang disangka kecil dari luaran, sebenarnya mengandungkan bayi seberat 3.96 kilogram! Tahniah untuk ibu ini. Semoga ibu dan bayi sentiasa sihat!

“Saya hanya merasa seperti ada yang akan keluar sehingga terus mengejan. Sejam kemudian saya masih terus menejan, tetapi Dr. Kowa berpikir, saya tidak akan sanggup melakukannya dan karena itu ia memutuskan untuk menggunakan vacuum. Bayiku berbobot 3.96 gr membuat syok semua orang. Siapa yang mengira bayi sebesar itu tumbuh di perut kecilku?” 

Terpaksa diberikan bius untuk ditidurkan ketika dijahit

Disebabkan koyakan yang besar, wanita berkenaan perlu dijahit dengan jahitan yang banyak. Dia terpaksa diberikan bius dan ditidurkan supaya dapat dijahit dengan baik. 

“Setelah itu saya terlalu tegang untuk dijahit, sehingga mereka harus ‘menidurkan’ ku dulu sebelum dokter bedahnya datang. Benar-benar mesti susah payah karena tidak pakai epidural ya? Tapi saya tak menyesal.

Apa sebab perut kecil semasa mengandung? Adakah sebab bayi tak sihat?

Perut kecil semasa mengandung

Ada pelbagai faktor yang mempengaruhi saiz perut ibu hamil. Ia termasuklah:

#1.Ketinggian ibu hamil

Ketinggin ibu hamil memang boleh mempengaruhi saiz perutnya ketika mengandung. Ibu hamil yang mempunyai ketinggian sedikit rendah akan memiliki bentuk perut yang lebih besar dan dilihat ke dapan. 

Rahim akan terlihat lebih cepat ke depan daripada ke atas kerana ia sesuai dengan fizikal ibu hamil kerana tidak banyak ruang untuk rahim membesar pada usia kandungan bermula 4 bulan.

Bagi wanita hamil yang tinggi, rahim akan kelihatan tumbuh ke atas. Jadi janin akan memenuhi rahim dengan ruang yang lebih banyak. Ini akan menampakkan perut ibu mengandung itu tetap kecil walaupun sudah memasuki trimester kedua. 

#2. Kehamilan pertama

Perut kecil semasa mengandung

Kehamilan pertama sering dikaitkan dengan perut kecil, tetapi tidak semua ibu mengandung begitu. Ia dikatakan kerana perut masuk baru untuk meregang jadi ia akan kelihatan kecil. 

#3. Pergerakan bayi

Ketika usia kehamilan sudah memasuki trimester kedua minggu akhir, biasanya janin akan lebih banyak bergerak. Mereka juga sangat aktif dan kadang kala mencari posisi di bawah.

Jadi perut akan kelihatan lonjong ke bawah dan kelihatan kecil pada pandangan mata.

#4. Isipadu air ketuban

Jumlah air ketuban atau cecair amniotik yang melindungi bayi anda boleh turun naik. Walaupun cecair amniotik yang terlalu banyak atau tidak mencukupi boleh membawa masalah, adalah biasa bagi tahap perubahan berlaku pada setiap jam atau lebih.

Dalam 20 minggu pertama, sebahagian besar cecair amniotik dihasilkan dari cecair badan anda sendiri. Seterusnya, bayi anda menghasilkan sejumlah besar cecair amniotik, terutamanya dari rembesan paru-paru dan pengeluaran air kencing.

Jadi, bergantung pada kehamilan anda, jika anda atau bayi anda menghasilkan banyak cecair, perut anda mungkin berubah bentuk atau ukuran.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 7 Faktor Mempengaruhi Saiz & Bentuk Perut Ibu Hamil, Wajib Tahu Ini!

Baca juga: Anda Hamil? Ini Perubahan Perut Hamil 4 Minggu Hingga 40 Minggu, Terujanya!

Baca juga: Pemangsa ‘Baby Bump’: Berhati-hatilah dengan apa yang anda kongsikan di dalam talian bakal ibu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!