Peti Kecemasan WAJIB Ada di Rumah Lagi-Lagi Jika Ada Anak Kecil - Sangat Berguna Ketika Kecemasan!

undefined

Ada anak kecil di rumah? Nah, ibu ayah anda kena persiapkan dengan peti kecemasan ini dan masukkan ubat-ubat penting di dalamnya.

Nak tanya sikit pada ibu ayah, adakah ada telah menyediakan peti kecemasan di rumah? Kalau tak ada, di mana anda simpan semua ubat-ubat tersebut?

Mengapa penulis tanya? sebabnya peti kecemasan ini merupakan keperluan yang sangat penting sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini sama ada di luar atau dalam rumah.

Sebab itu, satu rumah digalakkan membeli sebuah peti kecemasan untuk meletakkan segala ubat, minyak dan apa saja keperluan perubatan terutama bagi anda yang mempunyai anak kecil.

Peti kecemasan untuk kecederaan di rumah

peti kecemasan

Kredit: Shutterstock

Lantas dengan itu, seorang ibu bernama Hani Mynis berkongsi tentang peti kecemasan yang ibu ayah boleh sediakan untuk anak-anak.

Dalam masa yang sama medical kit itu boleh mengandungi barang-barang penting untuk anak sebagai langkah awal bagi menangani sebarang masalah yang timbul.

Menurut Hani, perkongsian produk tersebut mendapat saranan daripada rakan-rakannya juga yang ada pengalaman menggunakan produk itu.

Peranan medical kit di rumah

peti kecemasan

Kredit: instructable.com

“Sebelum ini, saya pernah berkongsi ‘must have items’ dalam medical kit anak. Tapi kali ini saya ingin kongsikan pula sekali lagi tentang penerangan yang lebih terperinci dan kegunaan setiap satu item dalam kit anak saya.

“Bagi pendapat saya, ibu bapa yang ada anak kecil WAJIB miliki satu peti kecemasan ini terutama kalau anda suka keluar berjalan, melancong atau pulang ke kampung halaman.

“Pendek kata, medical kit ini kena usung ke sana dan ke sini dan barang- barang pula perlulah selengkapnya kerana kita tidak dapat jangka bila ia diperlukan.

“Tambahan pula anak kecil ini mudah terkena demam, selesema atau tiba-tiba terjatuh semasa bermain hingga lutut berdarah dan sebagainya.

“Sebab itu kalau boleh sediakan satu bekas khas untuk anak yang ibu boleh bawa ke mana sahaja semasa travel jauh-jauh.

“Macam saya guna bekas plastik lutsinar supaya senang nak simpan dan lebih kemas. Kemudian buat label pada bekas tersebut.

Peti kecemasan anak, ini barang yang boleh anda letak

Pertamanya, ibu ayah boleh masukkan semua barang keperluan itu dalam satu bekas.

Pilihan saiz bekas terpulang pada citarasa masing-masing, sama ada yang besar atau bersaiz sederhana asalkan segala benda boleh muat dalam tu.

#1. Termometer

peti kecemasan

Kredit: Freepik

Termometer ini paling penting bagi anda yang ada anak kecil sebabnya ibu akan rasa resah bila benda ini tidak dimasukkan sekali terutama anak yang sedang demam panas.

Selepas itu pilih termometer pun ada caranya, kalau boleh jangan beli yang kena ukur suhu badan melalui ketiak atau lidah.

Ini kerana ambil masa kalau nak sukat suhu di bahagian tersebut sebab anak kecil kan suka berlari-lari jadi sebaiknya pilih yang jenis infrared. Iaitu tembak ke dahi dan terus dapat bacaan suhu badan mereka.

Kemudian, boleh juga beli termometer yang lampu picit kecil yang boleh digunakan di waktu malam sekiranya sukar nak lihat nombor suhu yang dipaparkan dalam termometer.

Selain beli yang boleh menghasilkan bunyi amaran sekiranya suhu badan anak tinggi melebihi 37 darjah celcius.

Baca juga: Ibu Ayah Ingin Periksa Suhu Badan Anak? Ini Senarai Termometer Terbaik Di Pasaran!

#2. Nasal spray

peti kecemasan

Kalau nak tahu penulis pun ada guna nasal spray ini dan ia sangat disyorkan oleh doktor kanak-kanak.

Untuk anak kecil semestinya mereka tidak disarankan makan ubat kerana terlalu awal jadi nasal spray inilah yang dapat membantu.

Nasal spray ini kegunaannya adalah untuk membuang lendir dalam hidung sekiranya tersumbat. Sangat bagus tau!

#3. Paracetamol syrup

peti kecemasan

Kredit: Freepik

Ubat demam juga penting untuk disimpan dalam medical kit anak dan boleh restock kalau sudah habis digunakan.

Seperti perkongsian Hani, selepas beliau membuka botol baru, dia mesti akan membeli satu lagi botol yang baru sebagai back up untuk anak.

Malah kebiasannya ubat sirap yang dibeli dari farmasi sudah menyiapkan cawan dos jadi mudah untuk dimasukkan dalam kit ini.

Selain itu, ibu juga perlu pastikan dos paracetamol yang dibeli supaya tepat dengan umur dan berat badan anak.

#4. Syringe atau picagari

peti kecemasan

Kredit: Freepik

Selain itu, ubat dah ada jadi picagari juga perlu ada sekali dalam medical kit ini. Tiga-tiga volume kena ada iaitu 10ml, 5 ml dan 3ml.

#5. Nappy cream

peti kecemasan

Meskipun ada banyak jenama nappy cream dijual di luar sana tapi antara jenama terbaik yang disyorkan adalah Sudocream.

Ini kerana kalau punggung anak naik ruam atau kemerahan, pakai saja Sudocream esok lusa mesti hilang kemerahan itu.

#6. Antibacterial powder

peti kecemasan

Anak kecil juga mudah terdedah dengan kegatalan dan miang di bahagian kulit. Jadi bedak antibacterial powder ini perlu disediakan dalam peti kecemasan ini.

#7. Hand sanitizer

peti kecemasan

Kredit: Unsplash

Hand sanitizer ini juga wajib ada dalam medical kit anak terutama masa virus corona yang sedang melanda sekarang. Ia penting tau!

#8. Botol spray

Peti Kecemasan WAJIB Ada di Rumah Lagi-Lagi Jika Ada Anak Kecil - Sangat Berguna Ketika Kecemasan!

Kredit: Pexels

Botol spray kosong ini juga penting di mana anda boleh isi dengan air kosong untuk basahkan rambut anak semasa demam. Seterusnya ia membantu menurunkan suhu badan anak yang makin panas.

#9. Nasal aspirator

Peti Kecemasan WAJIB Ada di Rumah Lagi-Lagi Jika Ada Anak Kecil - Sangat Berguna Ketika Kecemasan!

Ini juga digunakan untuk bayi setahun ke bawah untuk menyedut hingus di bahagian hidung yang tersumbat. Kalau boleh elak sedut dengan mulut sebab kita tak tahu bakteria itu boleh tersebar kepada si comel nanti.

#10. Ubat selesema

Peti Kecemasan WAJIB Ada di Rumah Lagi-Lagi Jika Ada Anak Kecil - Sangat Berguna Ketika Kecemasan!

Kredit: healthline.com

Ubat selesama ini juga boleh didapati di klinik dan dapatkan preskripsi daripada doktor terlebih dahulu.

Kemudian tulis sekali tarikh bila pada ubat tersebut di bawah botol.

Lain-lain barang yang perlu ada

11) Aloe vera gel : Boleh sapu di bahagian ketiak, tapak kaki, pelipat paha dan lutut yang mana untuk turunkan suhu badan anak.

12) Paracetamol Suppositories : Penyelamat jika suhu anak lebih dari 38. 5 darjah celcius di mana ubat ini digunakan dalam punggung anak. Ia ada dos yang berbeza iaitu 120mg atau 250mg.

13) Hansaplast atau plaster luka

14) Pengetip kuku

15) Minyak angin, minyak gamat, minyak cap yu yi dan minyak telon untuk atasi perut kembung bayi. 

Inilah antara barang yang wajib ada dalam medical kit anak. Ada lagi tak yang anda nak letak? Jom kongsikan dengan kami!

Peti Kecemasan WAJIB Ada di Rumah Lagi-Lagi Jika Ada Anak Kecil - Sangat Berguna Ketika Kecemasan!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: The Reporter 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Ingatkan McDonald’s, Rupanya Balai Polis! 3 Cara Ajar Anak Buat Panggilan Kecemasan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!