5 posisi senggama untuk cepat hamil, no #3 dibuktikan paling berkesan!
Betul ke ada posisi cepat hamil? Kali ini, pakar tampilkan 5 posisi cepat mengandung yang suami isteri wajib cuba. Ia tingkatkan peluang kehamilan anda!
Betul ke ada posisi cepat hamil?
Benarkah ada pakar yang mengatakan terdapat posisi cepat hamil? Posisi senggama tertentu mampu memastikan kejayaan untuk anda cuba hamil?
Tidak dinafikan, memang ada pakar yang menyarankan posisi cepat hamil tertentu. Akan tetapi, belum ada kajian klinikal spesifik yang mampu membuktikan hal ini.
Walaupun begitu, pakar telah mendedahkan 5 posisi cepat hamil yang dikatakan berkesan. 5 posisi ini dikatakan berkesan kerana kedudukan pelvik wanita ketika bersenggama.
Kedudukan ini memberi peluang untuk sperma “mengembara” lebih jauh ke dalam rahim. Secara tidak langsung, ia meningkatkan peratusan untuk anda hamil.
Jadi, tak salah pun jika anda mencuba 5 posisi cepat hamil ini, kan? Jom kita tengok apakah ia…
5 posisi cepat hamil yang anda wajib cuba
Posisi cepat hamil #1 Missionary
Posisi klasik dari kuno ini memang menjadi antara posisi cepat hamil yang paling popular. Dalam senggama gaya ini, isteri disarankan agar tidak bergerak selama 20 minit.
Letak sebiji bantal di bawah punggung supaya kedudukan pelvik lebih ke tepi dan akan mengurangkan air mani dari terkeluar.
Posisi cepat hamil #2 Missionary yang diubah suai sedikit
Posisi ini seakan sama seperti missionary, cuma kali ini, suami boleh meletakkan tangan di bawah punggung isteri seakan-akan mengangkat berat.
Ia membenarkan sperma berenang dan kekal lebih lama dalam proses melakukan pensenyawaan dengan telur.
Posisi cepat hamil #3 Tusukan dengan kaki yang terangkat
Dalam posisi cepat hamil ini, isteri boleh berbaring atau duduk. Tapi yang penting ialah isteri mengangkat kedua-dua kakinya dan letakkan ia di bahu suami.
Suami pula boleh merangkul pinggang isteri supaya faraj berkedudukan selari dengan zakar. Jangan lupa untuk letak bantal juga!
Posisi cepat hamil #4 Doggy style
Posisi doggy style antara posisi cepat hamil yang boleh anda cuba.
Posisi doggy style amat disarankan untuk wanita yang memiliki rahim terbalik. Rahim terbalik ialah satu keadaan di mana rahim wanita tersebut cenderung ke bahagian belakang.
Tapi jangan risau, keadaan ini tidak akan mengurangkan peluang anda untuk hamil. Biasanya, rahim terbalik akan kembali pada posisinya ketika minggu ke-10 hingga ke-12 kehamilan.
Posisi cepat hamil #5 Baring meniarap
Dalam posisi ini, isteri haruslah baring meniarap sambil melunjurkan kaki. Pasangan pula melakukan penetrasi dari arah belakang.
Untuk lebih selesa, letak sebiji bantal di bawah perut untuk keselesaan.
Tahukah anda yang posisi cepat hamil tertentu juga boleh menentukan sama ada anda mendapat anak lelaki atau perempuan? Kalau anda mahu cuba, bolehlah lihat ia di sini.
Selain mengamalkan 5 posisi cepat hamil ini, pasangan suami isteri juga disyorkan bersenggama seawal 5 hari sebelum ovulasi dan tidak menunggu tarikh itu saja untuk bersenggama.
Ini sebab sperma boleh hidup dalam badan manusia selama 5 hari sekurang-kurangnya. Kalau anda cuba awal, anda akan menambah peluang sperma untuk bersenyawa dengan telur.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda! Kami di theAsianparent mendoakan agar anda cepat-cepat mendukung cahaya mata. Amin.
Kredit gambar: The Health Site
Baca juga:
Mahu mengandung anak kembar? 3 posisi seks ini dapat bantu anda dapat anak kembar!