Hati-Hati Memilih Produk Kecantikan Semasa Hamil, Ia Boleh Mempengaruhi Bayi Dalam Kandungan

undefined

Sebelum memilih sesuatu produk kecantikan semasa hamil, pastikan anda mengetahui bahan yang terkandung di dalamnya supaya menghindari kemudaratan di kemudian hari.

Rungsing nak memilih produk kecantikan terbaik sepanjang kehamilan anda, kan? terutama bila muncul masalah jerawat dan tompokan gelap di sekitar pipi. Namun sebelum nak membeli mana-mana produk kecantikan
tentu anda tertanya-tanya adakah ia selamat digunakan untuk bayi dalam kandungan.

Hal ini kerana, setiap ibu hamil tentunya mahu proses kehamilan berjalan dengan baik, jadi amatlah wajar untuk kita berhati-hati dengan apa yang kita pakai pada kulit.

Ia disebabkan ada segelintir ibu mengandung yang menggunakan losyen badan dan alat solek yang mengandungi bahan-bahan yang terbukti boleh memberi ancaman kepada janin dalam kandungan dan ia perlu dihindari
kerana boleh masuk ke dalam susu ibu.

Menurut Pakar Dermatologi, Allison Sutton, ibu hamil perlu memeriksa senarai ramuan yang terkandung dalam produk kecantikan mereka sebelum menggunakannya.

Berikut adalah produk kecantikan yang selamat dan tidak selamat. Jom kita lihat bersama.

#1. Aluminium klorida

Hati-Hati Memilih Produk Kecantikan Semasa Hamil, Ia Boleh Mempengaruhi Bayi Dalam Kandungan

Anda akan jumpa kandungan bahan ini dalam antiperspirants. Bahan ini yang menghalang dari berlakunya perpeluhan. Beberapa penyelidikan mendapati bahan ini boleh menyebabkan barah namun tidak berapa pasti
sama ada ia boleh masuk ke dalam susu ibu atau tidak.

#2. Alpha hydroxy acids (AHAs) dan beta hydroxy acids (BHAs)

Bahan pencerah dan pengelupasan kulit yang popular ini sedikit sebanyak menjadi tanda tanya kerana ia boleh menganggu kulit hingga berlakunya penembusan bahan lain.

Losyen yang mengandungi AHA dan BHA sebaiknya dielakan semasa mengandung.

#3. Azelaic Acid

Bahan antibakteria ini mudah didapati dalam rawatan rosacea dan beberapa produk jerawat yang lain. Ia berfungsi bagi mengurangkan kemerahan dan pigmentasi. Namun, tidak diketahui sama ada mempunyai kesan sampingan negatif pada ibu dan bayi.

#4. Bakuchiol

Ekstrak ini terkenal sebagai produk yang mengandungi warna ungu dan disebut-sebut sebagai alternatif semulajadi untuk retinol.

Walaupun pakar menyarankan agar tidak menggunakan retinol semasa hamil namun tidak ada bukti yang cukup untuk menentukan sama ada Bakuchiol ini adalah pilihan yng selamat tapi sebaiknya berjumpa doktor terlebih
dahulu.

#5. Benzoyl Peroksida

Ini adalah sejenis ubat jerawat yang kuat dan tidak sesuai untuk bayi dalam kandungan yang sedang berkembang. Kajian menunjukkan ia boleh menimbulkan risiko kepada janin dan tidak boleh digunakan selama kehamilan.

#6. Minyak CBD

Minyak CBD ini tidak terlalu memberi ancaman kepada bayi dan ibu. Namun, sesetengah ibu hamil masih berhati-hati untuk menggunakannya. Apapun berunding dengan doktor terlebih dahulu.

#7. Dihydroxyacetone (DHA)

Hati-Hati Memilih Produk Kecantikan Semasa Hamil, Ia Boleh Mempengaruhi Bayi Dalam Kandungan

DHA tidak digalakkan untuk digunakan semasa hamil kerana kemungkinan memberi kesan sampingan pada bayi yang sedang berkembang melalui penyerapan kulit. Jadi bahan kimia ini boleh mendatangkan bahaya.

#8. Minyak pati

Ramai ibu hamil menggunakan aromaterapi untuk urut bagi melegakan simpton sakit pagi dan sakit di belakang badan. Namun untuk hasil yang lebih baik, anda perlu bercakap dengan doktor atau bidan untuk mengetahui minyak mana yang terbaik untuk produk tropikal itu.

Secara umumnya, tangerine, chamomile dan peppermint dianggap selamat.

#9. Formaldehid

Bahan kimia ini mudah didapati dalam beberapa prosedur untuk mencantikkan rambut dan cat kuku di salon yang dikaitkan dengan masalah pernafasan dan barah.

#10. Hydroquinone

Krim pencerah kulit yang mengandungi hydroquinone mudah diserap ke dalam tubuh sebanyak 45 peratus menurut beberapa kajian dan boleh membahayakan bayi yang sedang berkembang.

#11. Oksibenzon

pada tahun 2019, FDA meminta lebih banyak penyelidikan mengenai oxybenzone dan 11 penapis pelindung matahari kimia yang lain kerana disyaki menyebabkan gangguan endokrin dan karsinogen.

#12. Parabens dan Phthalates

produk kecantikan

Produk kecantikan banyak menggunakan parebens bagi memilihara dan menstabilkan formulasi produk. Namun, ia penganggu endokrin yang boleh mempengaruhi sistem pembiakan.

#13. Vitamin C

Untuk menangani bintik-bintik gelap dan masalah warna kulit semasa kehamilan dan penyusuan, Vitamin C harus menjadi pilihan anda. Ia mempunyai kesan seperti retinoid dan meningkatkan pengeluaran kolagen.

Semoga ibu-ibu semua memilih produk kecantikan terbaik selama kehamilan anda. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Todaysparent 

Baca juga 

Apa Skincare Yang Selamat Untuk Ibu Mengandung? Apa Pula Yang Patut Dielak?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!