X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Apa Skincare Yang Selamat Untuk Ibu Mengandung? Apa Pula Yang Patut Dielak?

3 min bacaan
Apa Skincare Yang Selamat Untuk Ibu Mengandung? Apa Pula Yang Patut Dielak?

Ketika mengandung, anda harus berhati-hati terhadap apa yang anda guna kerana produk kecantikan boleh menyerap ke dalam badan dan membahayakan bayi anda. Dr. Raissa, seorang pakar dermatologi, ada berkongsi tip kecantikan untuk ibu hamil!

Jangan ambil mudah tentang isu skincare yang selamat untuk ibu mengandung

Ya, setiap wanita ingin menampilkan wajah yang cantik, dan menggunakan produk kosmetik adalah cara yang paling cepat dan senang untuk kelihatan jelita dan cantik. Tapi, ibu tahu tak skincare yang selamat untuk ibu mengandung?

Dr. Raissa Pasion, Pakar dermatologi, ada berkata:

"Wanita hamil harus menjadi selektif dalam pemilihan produk makan dan topikal (sapuan) yang mereka gunakan untuk mengelakkan daripada mendedahkan bayi mereka kepada risiko yang tidak diingini."

Kami telah berbual dengan Dr. Raissa untuk mengetahui lanjut tentang hubungan antara produk kosmetik dan risiko kepada bayi di bawah.

1. Apakah perubahan yang akan berlaku pada kulit muka kita semasa mengandung?

Kulit sering berubah semasa kehamilan. Sesetengah wanita akan menceritakan yang kulit mereka lebih baik dan mempunyai 'cahaya berseri' yang lebih ketara ketika mengandung.

Ini disebabkan oleh peningkatan, pengeluaran dan peredaran darah apabila sedang hamil. Beberapa wanita lain pula mendapati kulit mereka lebih berminyak dan lebih banyak jerawat.

Ada juga yang mengalami kekeringan kulit. Peningkatan pigmentasi kulit di kawasan seperti ketiak, pangkal paha, leher dan puting juga boleh berlaku.

skincare yang selamat untuk ibu mengandung

2. Apakah skincare yang selamat untuk ibu mengandung dan ramuan kecantikan yang harus dielak?

Anda patut mengelak daripada mengambil produk yang mengandungi retinoid. Isotretinoin, sejenis retinoid oral (diambil secara pemakanan), boleh menyebabkan kecacatan kelahiran jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan semasa hamil.

Walaupun retinoid topikal (secara sapuan) tidak menunjukkan kesan kecacatan ketika kelahiran, adalah lebih baik untuk mengelakkannya semasa mengandung.

Retinoid juga boleh dikenali sebagai tretinoin, retinol, asid retinoik, retinaldehyde, adapalene, tazarotene dan isotretinoin.

"Ibu mengandung juga harus elakkan produk pemutihan dan produk pelunturan seperti hydroquinone.

Memakai produk kosmetik pada umumnya selamat digunakan. Walau bagaimanapun, jika kulit anda amat sensitif, anda bolehlah cuba produk kosmetik mineral kerana produk ini berada di atas kulit dan tidak akan diserap!

Sekiranya seorang wanita mengandung mempunyai keraguan tentang produk yang di gunakan, ia adalah yang lebih baik untuk membincangkannya dengan dermatologi atau doktornya.

3. Bagaimanakah ibu hamil boleh mengubati masalah jerawat akibat ketidakseimbangan hormon?

Sesetengah wanita, walaupun mereka sebelum ini mempunyai kulit yang baik, boleh mengalami jerawat semasa hamil kerana peningkatan hormon.

Ia penting untuk berada di bawah penjagaan dan bimbingan ahli dermatologi jika kulit anda bermasalah pada masa ini.

skincare untuk ibu mengandung

Apa pilihan skincare yang selamat untuk ibu mengandung?

Produk yang mengandungi asid alpha hydroxy seperti asid glikolat atau asid laktik adalah selamat digunakan untuk wanita hamil yang mengalami masalah jerawat.

Clindamycin topikal, erythromycin topikal, dan krim asid Azelaic jatuh di bawah Pentadbiran Makanan dan Dadah Pentadbiran Amerika Syarikat kategori B.

Kategori ini bermaksud bahawa terbukti tiada risiko pada manusia dan juga boleh digunakan.

5. Selepas bersalin dan menyusu, adakah selamat untuk kembali ke rejimen kecantikan?

Sekiranya seorang wanita menyusukan bayinya, maka ubat-ubatan preskripsi mesti dinilai berdasarkan Kategori Risiko Laktasi FDA untuk memastikan ia selamat untuk bayi.

Apabila terdapat keraguan, sebaiknya anda patut bertanya kepada pakar kulit atau pakar pediatrik bayi.

Produk kosmetik di kaunter farmasi seperti pembersih, pelembap, atau alat solek boleh dianggap selamat untuk digunakan semasa menyusu.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

pencuci muka sesuai untuk ibu mengandung

6. Apakah rutin kecantikan yang anda akan sarankan untuk wanita yang sedang hamil? 

Gunakan pembersih lembut untuk membasuh muka anda kerana kehamilan boleh menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif.

Gunakan pelindung matahari sepanjang hari dengan SPF sekurang-kurangnya 30 untuk melindungi kulit daripada perubahan pigmen yang boleh berlaku semasa hamil.

Gunakan pelindung matahari yang mengandungi bahan aktif seperti zink oksida atau titanium dioksida kerana ini mengurangkan kekeringan kulit.

Rawatan muka dan kulit berlian (microdermabrasion) dianggap selamat dan boleh diteruskan semasa mengandung untuk meningkatkan "cahaya berseri" ibu.

Rencana diterjemah daripada Smart Parenting.

Baca juga:

my.theasianparent.com/berhati-hati-menggunakan-produk-kecantikan-kulit/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Apa Skincare Yang Selamat Untuk Ibu Mengandung? Apa Pula Yang Patut Dielak?
Kongsikan:
  • 5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

    5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

  • 5 Perkara Yang Hanya Boleh Difahami Ibu Hamil Trimester Tiga

    5 Perkara Yang Hanya Boleh Difahami Ibu Hamil Trimester Tiga

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • 5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

    5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

  • 5 Perkara Yang Hanya Boleh Difahami Ibu Hamil Trimester Tiga

    5 Perkara Yang Hanya Boleh Difahami Ibu Hamil Trimester Tiga

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.