8 Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan Untuk Ibu Hamil Yang Gemar Bersolek!

8 Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan Untuk Ibu Hamil Yang Gemar Bersolek!

Alat solek yang tidak bersesuaian dan tidak selamat boleh menyebabkan komplikasi kepada janin, ibu sudah semak kandungan alat solek di rumah?

Apabila wanita mulai mengandung, ada satu perkara yang sering dibincangkan kerana sering terjadi di kalangan wanita hamil iaitu tiba-tiba anda merasa gemar menggunakan produk kosmetik atau sebaliknya, betul tak? Perlukah ibu memakai produk kosmetik yang selamat digunakan?

Jika ibu gemar bersolek terutamanya semasa hamil, harus diingat yang tidak semua produk kosmetik adalah selamat dan boleh dipakai. Ini kerana kebanyakan barangan kecantikan mengandungi bahan kimia yang mungkin merbahaya untuk ibu dan janin. 

Memilih Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan Untuk Ibu Hamil

8 Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan Untuk Ibu Hamil Yang Gemar Bersolek!

Sesetengah wanita mungkin akan mengalami masalah kulit sensitif sepanjang tempoh kehamilan, menyebabkan beberapa produk yang digunakan sebelum ini tidak sesuai diletakkan di wajah. Bagi keselamatan bayi pula, beberapa bahan boleh memberikan risiko bahaya kepada bayi yang belum lahir.

Tahap bahan kimia yang tinggi boleh mempengaruhi kesihatan bayi dan anak yang belum lahir.

Bahan kimia yang berlebihan, walaupun pada porduk kecantikan ibu boleh menyebabkan kelahiran pramatang, berat lahir rendah, atau bahkan keguguran atau kelahiran mati.

Setelah hamil, ibu mungkin perlu menukar kebanyakan produk yang digunakan selama ini. Ini mungkin merenyahkan namun hakikatnya ia penting untuk memastikan keselamatan ibu dan khususnya bayi yang sedang membesar.

Anggap saja ini satu permulaan untuk gaya hidup yang lebih baik dan semulajadi!

Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memilh produk kosmetik terbaik semasa mengandung, khususnya kandungan produk jadi elakkan bahan seperti:

  • Parabens
  • Phthalates
  • Wangian / parfum
  • Triclosan
  • Retinoid
  • Bisphenol A (BPA)
  • Diethyl phthalate (DEP)
  • Lead
  • Merkuri
  • Arsenik
  • PCB
  • Klorin
  • Metil Etil Keton
  • Kadmium
  • Racun Makhluk Perosak

8 Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan Untuk Ibu Hamil

Berikut merupakan beberapa jenama produk kecantikan Malaysia terbaik pilihan kami yang selamat untuk kehamilan. Jika berminat, ibu boleh terus klik untuk pembelian ya.

8 Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan Ibu Hamil
NARS Radiant Creamy Concealer
Terbaik Jenis Concealer
more info icon Beli di Shopee
BareMinerals Original Loose Powder Foundation
Terbaik Jenis Bedak
more info icon Beli di Shopee
Tarte Amazonian Clay 12-Hour Blush
Terbaik Jenis Blusher
more info icon Beli di Shopee
INNISFREE Intensive Long-lasting Sunscreen
Terbaik Untuk Perlindungan Sinar Matahari
more info icon Beli di Shopee
Burt's Bees Natural Moisturizing Lip Balm
Terbaik Jenis Lip Balm
more info icon Beli di Shopee
Clarins Fix' Make Up
Terbaik Untuk Solekan Tahan Lama
more info icon Beli di Shopee
Clinique Almost Lipstick in Shade Pink Honey
Terbaik Jenis Gincu
more info icon Beli di Shopee
IN2IT Natural Brow Waterproof Eyebrow Mascara
Terbaik Jenis Gel Kening
more info icon Beli di Shopee

NARS Radiant Creamy Concealer

Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan Terbaik Jenis Concealer

8 Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan Untuk Ibu Hamil Yang Gemar Bersolek!

Penyamar noda (concealer) ini memberikan liputan penuh dan ringan, dengan serbuk mikrosfera inovatif yang mengaburkan lingkaran gelap bawah mata dan mencerahkan kulit sehingga 16 jam.

Dengan formula kalis air, pemakaiannya pada kulit amat mudah, nampak semula jadi dan mampu bertahan lama. Ia dirumuskan tanpa bahan berbahaya seperti paraben, sulfat, pewarna sintetik, wangian dan partikel nanopartikel!

Apa yang kami suka?

  • Kalis air, jangan risau jika berpeluh.
  • Tahan lama sehingga 16 jam, tak perlu dipakai berulang kali.
  • Liputan penuh, solekan menjadi menawan.
  • Bebas paraben, sulfat, pewarna sintetik, wangian dan nanopartikel
  • Mesra vegan dan tidak diuji pada haiwan

BareMinerals Original Loose Powder Foundation

Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan Terbaik Jenis Bedak

produk kosmetik yang selamat digunakan foundation

BareMinerals Original SPF 15 Foundation ini memberikan liputan penuh pembetulan warna, penjagaan kulit anti-penuaan dan pelindung matahari fizikal spektrum luas SPF 15.

Yang menariknya, ia nampal seperti bedak tetapi terasa seperti krim dengan kemasan pusam (matte) yang tahan lama!

Tanpa bahan pengawet, pewangi, minyak, serbuk, dan pewarna, ia tidak menyebabkan iritasi pada kulit dan tidak akan menyebabkan jerawat.

Apa yang kami suka?

  • Asas matte, solekan menjadi sempurna.
  • Pelindung matahari fizikal SPF 15
  • Tanpa bahan pengawet, pewangi, minyak dan pewarna
  • Primer kemasan tanpa pori
  • Selamat untuk ibu hamil 
  • Tidak menyumbat liang pori

Tarte Amazonian Clay 12-Hour Blush

Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan Terbaik Jenis Blusher 

8 Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan Untuk Ibu Hamil Yang Gemar Bersolek!

Pemerah pipi (blusher) pelbagai guna ini terdapat dalam palet bersaiz poket mudah alih.  Diinspirasikan oleh kesan pipi dan bibir Tarte yang paling laris, warnanya berkisar daripada berkrim kepada cerah untuk disesuaikan dengan pelbagai warna kulit.

Untuk jenis kulit berminyak, tanah liat Amazon meminimumkan minyak di dalam dan sekitar liang untuk mengimbangi kulit dan mengekalkan produk kekal dan tahan lama.

Apa yang kami suka?

  • 100% vegan dan bebas kekejaman.
  • Bebas paraben
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Tiada wangian sintetik
  • Bebas dari ramuan yang berasal dari haiwan

INNISFREE Intensive Long-lasting Sunscreen

Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan Terbaik Untuk Perlindungan Sinar Matahari

8 Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan Untuk Ibu Hamil Yang Gemar Bersolek!

Pelindung cahaya matahari dari Innisfree ini dihasilkan dengan minyak bunga matahari dan esktrak teh hijau yang melindungi kulit dari sinaran UV.

Selain itu, teksturnya berasaskan air dapat meningkatkan penyerapan pada kulit agar sentiasa rasa lembap dan segar.

Produk i1ni sesuai digunakan oleh ibu hamil kerana bebas dari minyak mineral, minyak wangi, warna tar dan bedak.

Apa yang kami suka?

  • SPF50PA ++
  • Krim pelindung UV berasaskan air pelembap
  • Dengan formulasi bunga matahari khas
  • Minyak bunga matahari dan ekstrak teh hijau Jeju
  • Lindungi kulit anda dari sinaran UV
  • Meningkatkan penyerapan kulit agar kulit anda lembap dan segar.
  • Bebas dari kekejaman haiwan bahan haiwan, minyak mineral, minyak wangi, warna tar dan talc

Burt’s Bees Natural Moisturizing Lip Balm

Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan Terbaik Jenis Lip Balm

produk kosmetik yang selamat digunakan

Jika anda mempunyai masalah bibir kering yang boleh mengganggu solekan bibir anda, apa kata cuba dahulu Burt’s Bees Moisturizing Lip Balm yang mempunyai kandungan beeswax yang dapat merawat bibir kering di samping kandungan vitamin E yang mengurangkan cela pada bibir ibu.

Penggunaan yang konsisten dapat melembapkan dan melembutkan bibir dengan mengekalkan penampilan bibir yang lebih menarik menerusi kemasan matte dan tekstur balm yang mesra pada bibir.

Apa yang kami suka?

  • Produk kecantikan semula jadi ini 100% bebas daripada paraben, phthalates, petrolatum dan SLS. Tidak mempunyai bahan terlarang dalam skincare.
  • Saiznya yang kecil mudah dibawa ke mana-mana, jadi ibu dapat mengekalkan penjagaan bibir.
  • Boleh dijadikan sebagai base sebelum memakai gincu
  • Rasa lip balm yang manis adalah daripada kandungan 100% bahan semula jadi

Clarins Fix’ Make Up

Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan Terbaik Untuk Solekan Tahan Lama

8 Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan Untuk Ibu Hamil Yang Gemar Bersolek!

Dilengkapi dengan bahan yang tidak akan membahayakan ibu dan kandungan, Clarins yang sentiasa menitikberatkan keperluan kecantikan ibu hamil menampilkan produk setting spray untuk membantu solekan ibu bertahan lebih lama.

Ibu yang sentiasa keletihan tidak perlu bersolek berulang kali dengan pemakaian Clarins Fix’ Make Up yang bertekstur ringan dan menyegarkan untuk menetapkan solekan dan memberikan pegangan yang tahan lebih lama.

Diperkaya dengan aloe vera dan allantoin, ia serta-merta melembapkan dan menenangkan kulit. Ekstrak limau gedang yang menyegarkan dan bau air mawar organik memberikan rasa kesejahteraan yang berterusan, ia adalah semburan ringkas untuk mekap tahan lebih lama.

Apa yang kami suka?

  • Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • Menggunakan bahan-bahan semula jadi sahaja, selamat untuk ibu mengandung. Tidak mempunyai bahan terlarang dalam skincare.
  • Mesra untuk ibu mengandung.
  • Baunya yang wangi, solekan tahan seharian!
  • Dalam bentuk spray, sangat mudah digunakan dan tidak perlu dipakai berulang kali.

Clinique Almost Lipstick in Shade Pink Honey

Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan Terbaik Jenis Gincu

8 Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan Untuk Ibu Hamil Yang Gemar Bersolek!

Buntu mencari gincu yang sesuai kerana ibu mempunyai masalah bibir kering dan merekah jika tersilap memilih gincu? Ibu boleh memilih gincu daripada jenama Clinique ini yang menawarkan gincu jenis cecair.

Teksturnya yang sangat ringan, Clinique Almost Lipstick in Pink Honey menampilkan gincu dengan warna cerah yang sangat menawan seolah-olah anda terasa seperti tidak memakai apa-apa.

Formula gincu yang diperkaya dengan campuran Jojoba, betik dan minyak kelapa yang membantu melembap dan menenangkan untuk memastikan bibir selesa dan lembut untuk mengelakkan bibir daripada berasa kering atau ketat.

Apa yang kami suka?

  • Pigmen yang baik, hanya sekali olesan sahaja bibir terus menawan.
  • Pemakaiannya yang tahan lama.
  • Bebas paraben dan bebas gluten.
  • Pilihan warna-warna yang cantik sesuai untuk kulit orang Asia

IN2IT Natural Brow Waterproof Eyebrow Mascara

Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan Terbaik Jenis Gel Kening

8 Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan Untuk Ibu Hamil Yang Gemar Bersolek!

Walaupun keletihan semasa berbadan dua, tidak bermakna bakal ibu harus mengabaikan penampilan diri. Miliki Tarte Busy Gal Brow Gel yang vegan kalis air serta mempunyai fungsi 3 dalam 1 yang memberikan bentuk, ketahanan dan warna kening yang halus untuk diwarnakan dalam masa yang singkat sahaja.

Berus kecil yang tersedia tidak mencomotkan kening, formulanya bertahan sepanjang hari dan pilihan warna yang ditampilkan adalah warna yang sempurna untuk kulit wajah orang Asia.

Apa yang kami suka?

  • Solekan kening tahan lama dan penggunaannya juga tahan lama kerana dipakai sedikit sahaja.
  • Kalis air, tidak comot jika ibu berpeluh.
  • Selamat digunakan ibu hamil, bebas paraben dan bahan lain yang berbahaya.

Perbandingan Harga Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan Semasa Mengandung

Jenama Jenis Produk Kosmetik Harga (RM)

NARS Radiant Creamy Concealer

Concealer RM129.90

BareMinerals Original Loose Powder Foundation

Foundation RM171.77

Tarte Amazonian Clay 12-Hour Blush

Blusher RM143.00

NNISFREE Intensive Long-lasting Sunscreen

Sunscreen RM75.00

Burt’s Bees Natural Moisturizing Lip Balm

Lip balm RM16.00

Clarins Fix’ Make Up

Setting spray RM140.69

Clinique Almost Lipstick in Shade Pink Honey

Gincu RM115.00

IN2IT Natural Brow Waterproof Eyebrow Mascara

Gel kening RM17.91

Tips Ibu Hamil Kekal Cantik Selain Solekan

1. Amalkan Pemakanan Seimbang

Makan makanan yang kaya dengan nutrien seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, protein tanpa lemak, dan lemak sihat.

Makanan yang berkhasiat membantu menjaga kulit, rambut, dan kuku agar tetap sihat dan berseri.

2. Minum Air Secukupnya

Kekal terhidrasi dengan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Air membantu menjaga kulit tetap lembap dan membantu proses detoksifikasi badan.

3. Dapatkan Tidur yang Cukup

Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi setiap malam, sekurang-kurangnya 7-9 jam. Tidur yang cukup membantu tubuh memperbaiki dan meremajakan sel-sel kulit.

4. Bersenam Secara Berkala

Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki, berenang, atau yoga pranatal. Senaman membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan stres, dan meningkatkan tenaga serta penampilan fizikal.

5. Amalkan Penjagaan Kulit yang Lembut

Gunakan produk penjagaan kulit yang lembut dan bebas dari bahan kimia berbahaya. Lakukan rutin penjagaan kulit yang sederhana seperti mencuci muka, menggunakan toner, dan melembapkan kulit setiap hari.

6. Elakkan Tekanan dan Stres Berlebihan

Cari cara untuk menguruskan tekanan seperti meditasi, pernafasan dalam, atau aktiviti yang menenangkan. Stres boleh memberi kesan negatif pada kulit dan kesihatan keseluruhan.

7. Jaga Kebersihan Diri

Mandi secara teratur dan jaga kebersihan diri. Gunakan produk mandian yang lembut dan sesuai untuk kulit sensitif.

Dengan mengikuti tips-tips ini, ibu hamil dapat kekal cantik dan sihat sepanjang kehamilan tanpa bergantung sepenuhnya kepada solekan.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Inginkan Solekan Tahan Lama, Ini 8 Primer Terbaik Untuk Anda Cuba!

Baca juga: Cantik tanpa solekan

Baca juga: 11 Produk Kecantikan Yang Berbahaya Jika Digunakan Secara Berlebihan