20 Cara Pikat Hati Suami Agar Suami Semakin Sayang Dan Hubungan Kekal Bahagia

undefined

Cara pikat hati suami tidaklah payah jika anda tahu bagaimana caranya. Ikuti beberapa kaedah ini agar si dia tidak curang dengan wanita lain

Apabila suami mula berubah hati apa yang perlu dilakukan? Pertama sekali nilai diri sendiri terlebih dahulu sebelum menilai pasangan. Dan jika anda sudah tahu puncanya, anda boleh cuba cara pikat hati suami kembali.

Orang kata usia perkahwinan pada 5 tahun pertama adalah paling mencabar. Dalam 5 tahun inilah kita banyak mengenal pasangan kita, dan waktu inilah kita perlu membiasakan diri kita dengan orang yang kita cintai.

Cara Pikat Hati Suami Agar Semakin Sayang

#1. Jaga Penampilan Diri Dan Suami

Selain menjaga penampilan diri sendiri, untuk sentiasa tampil wangi dan sedap mata suami memandang. Penampilan suami juga menjadi tanggungjawab isteri tau! 

Anda digalakkan untuk trim misai suami, cabut ubannya, pakaikan produk penjagaan kulit padanya, potong kukunya.. Ya! Potong kuku.

Janganlah pula anda berpendapat ini perbuatan hamba, kerana memang ramai isteri berpendapat begitu. Jangan terkejut kerana ini telah dinyatakan di dalam hadith.

Ya Fatimah, barangsiapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya, Allah akan memberinya minum air dari sungai-sungai di Syurga, diringankan baginya sakaratul maut, akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman Syurga, Allah mencatatkan baginya bebas dari api Neraka, dan selamat dari Titian Sirat.”

2. Jangan Bandingkan Suami dengan Orang Lain

Elakkan membandingkan suami anda dengan suami orang lain. Setiap individu unik, dan perbandingan hanya akan menimbulkan rasa rendah diri atau ketidakpuasan.

3. Minta Maaf Dengan Ikhlas

 Jika anda merasa ada kesalahan, minta maaf dengan penuh keikhlasan. Jangan ego untuk mengaku salah, kerana ini menunjukkan kesediaan untuk memperbaiki diri dan menjaga keharmonian rumah tangga.

4. Muliakan Suami

Hargai usaha dan pengorbanan suami dalam keluarga. Berikan pujian apabila dia melakukan sesuatu yang baik. Ini bukan sahaja membuatnya merasa dihargai, tetapi juga menguatkan ikatan kasih sayang antara anda berdua.

5. Mulakan Langkah Pertama

Dalam hubungan, kadang-kadang suami mungkin merasa tertekan atau sibuk. Jangan takut untuk memulakan komunikasi atau hubungan intim. Tunjukkan bahawa anda peduli dan ingin meluangkan masa bersama.

6. Ucapan “I Love You” dan “Thank You”

Ungkapan kasih sayang dan penghargaan tidak pernah ketinggalan zaman. Mengucapkan “I love you” atau “terima kasih” walaupun untuk perkara kecil boleh membuat suami merasa dihargai dan disayangi.

7. Ubah Nada Percakapan

Nada suara yang lembut dan tenang dapat mengelakkan konflik dan menenangkan suasana. Elakkan nada yang tinggi atau kasar, terutamanya ketika berbincang tentang perkara yang penting.

8. Jadi Pendengar Yang Memahami

Ketika suami berbicara tentang masalah atau berkongsi pemikirannya, dengar dengan teliti dan tunjukkan empati. Jangan cepat menghakimi atau memberikan pendapat kecuali dia meminta.

9. Pakai Pakaian Yang Dipilih Suami

Sesekali, minta suami memilih pakaian untuk anda. Ini bukan sahaja menggembirakan suami, tetapi juga menunjukkan bahawa anda menghargai pendapat dan seleranya.

10. Tunjukkan Kasih Sayang Secara Fizikal

Pelukan, ciuman, atau sentuhan lembut boleh mempererat hubungan suami isteri. Sentuhan fizikal adalah salah satu cara untuk menyampaikan rasa sayang tanpa perlu berkata-kata.

11. Kejutan Kecil

Buat kejutan kecil seperti hadiah, nota cinta, atau rancangan keluar bersama. Kejutan-kejutan kecil ini boleh menambah bumbu dalam hubungan anda.

12. Tingkatkan Keyakinan Diri

Suami cenderung tertarik kepada isteri yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Keyakinan diri membuat anda lebih menarik, baik dari segi fizikal mahupun emosi. Ambil masa untuk menjaga penampilan diri dan kesihatan mental anda.

13. Luangkan Masa Berkualiti

Luangkan masa untuk aktiviti bersama seperti menonton filem, makan malam, atau berjalan-jalan. Masa berkualiti ini membantu mengeratkan hubungan.

14. Doakan Suami

Jangan lupa untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan suami. Doa adalah cara yang kuat untuk menunjukkan bahawa anda sentiasa menyokongnya dalam setiap langkah hidup.

13. Menyahut apabila dipanggil

Selalu tak bila suami kita panggil waktu kita sedang memasak ke, melayan anak ke mesti kita malas nak menyahut atau kadang-kadang pura-pura tak dengar.

Ini sebenarnya cara memikat suami yang paling senang! Kita kadang kala kena fikirkan perasan si dia juga, tak boleh sentiasa ikut kehendak hati. 

14. Hadiahkah Sesuatu Yang Menjadi Hobinya

Ini kalau mampu belilah hadiah yang menjadi hobi suami. Jika dia suka main games, berikan permainan video Playstation sebagai hadiah hari jadi. Seronoknya dia bukan main lagi.

Bukan apa, eloklah suami tu ada di rumah ralit melayan permainan video dari membuat hobi yang bukan-bukan.

Kalau suami anda jenis yang suka aktiviti sport, hadiahkanlah kasut bola ke, kasut basketball ke, apa-apalah confirm si dia semakin sayang! Lagi-lagi bila tahu isterinya cukup supportive.

15. Makan Bersama Suami

Bila dah ada anak susah nak dapat time untuk makan bersama bukan? Kita mesti berusaha sebenarnya untuk curi time makan berdua seperti zaman-zaman dating dulu. 

Apabila anda siap masak, panggil suami untuk makan bersama. Anak-anak boleh diberi makan terlebih dahulu. Jadi anda punyai lebih masa untuk menemaninya. 

16. Tingkatkan Pengetahuan

Cari topik apa yang disukai suami, kemudian anda boleh buat sedikit kajian dan tahu dengan lebih mendalam mengenai topik itu. Lelaki suka dan berasa ia seksi apabila pasangannya tahu mengenai apa yang diminatinya. 

Haaa.. tak susah pun tips pikat hati suami sebenarnya. Yang penting, kena tunjuk sedikit effort.

17. Lakukan Aktiviti Bersama

Untuk mengikat pertalian kasih bersama suami, kita perlu sentiasa ada aktiviti baru untuk dilakukan. Seperti cari satu projek, contohnya melukis atau ubah suai rumah bersama.

Tetapkan satu hujung minggu dan bincang bersama suami apa yang mahu dilakukan. Pikat suami dengan pelbagaikan aktiviti berbeza setiap minggu. Mungkin anda boleh mencuba kelas memasak bersama-sama, ataupun cuba aktiviti luar seperti hiking atau perkhemahan.

18. Jangan Merendahkan Suami

Jangan sesekali merendahkan suami anda jika dia tidak tahu mengenai apa yang anda katakan. Lelaki memang mempunyai ego yang tinggi, jadi apabila mereka dipandang remeh, akan mulalah mereka menjauhi. Kalau suami romantik, anda pun boleh romantik juga.

Sekali lagi kami tekankan, jika anda mahu memikat hati suami, perlulah layan dia sama seperti anda mahu dia layan anda. Jika buruk layanannya, memanglah dia akan makan hati!

19. Ajak Berasmara

Walau sesibuk manapun anda dengan tugasan kerja dan anak-anak, jangan lupa waktu untuk berasmara. Ini kunci utama dalam mencari cara bermanja dengan suami dan menambat hati suami. 

Anda tak perlu membina jadual untuk betul-betul “memilih” bila nak berhubungan intim. Cukuplah sekadar mengatur masa seminggu sekali keluar berdua dengan pasangan, makan di restoran dan balik berasmara.

20. Pandai Menjaga Perut Suami

Cara pikat hati suami yang seterusnya ialah dengan menjaga perutnya. Ini adalah cara yang paling mudah untuk anda lakukan.

Jangan guna alasan tidak pandai memasak, sebaliknya berusahalah untuk belajar memasak di dapur. Kemudahan teknologi masa kini memudahkan para isteri belajar melalui YouTube, TikTok ataupun Facebook.

Tanyakan pada suami makanan kegemarannya. Apabila anda memasak makanan kegemarannya, tentu suami berasa cukup terharu kerana anda sanggup meluangkan masa untuk menyediakannya.

Seorang suami yang baik akan menghargai setiap usaha isteri dalam menguruskan rumah tangga. Ketika menyediakan hidangan buat suami, pastikan kuantitinya mencukupi dan tidak berlebihan agar tidak berlakunya pembaziran.

Jadi boleh cubalah projek memikat suami ni? Ingat lakukan setiap perkara ini kerana Allah swt, inshaAllah akan dipermudahkan. Kadang-kadang tawar hati dalam rumah tangga ini biasa.

Kalau tak suami, isteri yang berasa begitu. Namun itu semua terserah kepada pasangan bagaimana nak tackle masalah seperti ini. Rumah tangga memang tak lekang dengan dugaan, jadi ikhtiar adalah jalan terbaik!

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Walau Tak Kaya Dengan Harta, Tubuh Sihat & Perkahwinan Bahagia Juga Rezeki Yang Besar

Baca juga: ”Bila Keluar Kemain Lawa, Duk Kat Rumah Berhias Malas,”- Suami Diminta Hentikan Pemikiran Kolot!

Baca juga: Para Suami Wajib Tahu, Nafkah Untuk Isteri TIDAK SAMA Dengan Duit Belanja Bulanan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!