X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tanda Suami Tidak Sayang Isteri, Dia Mula Berubah Hati & Mengelak Bila Adanya Konflik

5 min bacaan
Tanda Suami Tidak Sayang Isteri, Dia Mula Berubah Hati & Mengelak Bila Adanya Konflik

Tanda suami tidak sayang isteri boleh dilihat dengan jelas melalui perbuatan dan tingkah laku hariannya yang semakin berbeza berbanding dulu

Wanita semua, jangan salah faham antara sifat suami yang tidak pandai tunjukkan rasa cinta berbanding sikap suami yang memang betul-betul tidak sayang pada kita. Kalau anda masih lagi keliru, tanda suami tidak sayang isteri berikut akan buat anda buka mata.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • 8 tanda suami tidak sayang isteri, perhatikan setiap perubahannya
  • Rasa cinta dan sayang pada pasangan, perasaan itu Allah yang bagi

Berapa ramai para isteri yang berkata begini namun sebenarnya hanya mahu menyedapkan hati?

Seorang lelaki pasti akan menunjukkan rasa sayang melalui perbuatan. Ya, ada sesetengah suami memang tidak pandai atau malu tunjuk melalui ucapan romantis.

8 tanda suami tidak sayang isteri, perhatikan setiap perubahannya

Tapi sekurang-kurangnya, kita masih boleh merasai cinta itu melalui tingkah laku. Dan, ada juga suami yang memang betul-betul tidak lagi sayang pada isteri dan itu juga terlihat jelas melalui sikap negatifnya.

Tapi sekurang-kurangnya, kita masih boleh merasai cinta itu melalui tingkah laku. Dan, ada juga suami yang memang betul-betul tidak lagi sayang pada isteri dan itu juga terlihat jelas melalui sikap negatifnya.

Ada beberapa tanda suami tidak sayang isteri. Jom kita semak, ada tak sikap ini pada suami kita di rumah.

1. Suami tidak lagi berkomunikasi dengan kita

tanda suami tak sayang isteri

Kami bukan bercakap tentang suami yang sememangnya pendiam, tetapi kami merujuk kepada suami yang dulunya bukan main peramah dan bermulut manis, tapi kini senyap seribu bahasa bila di rumah.

Tambahan lagi, jika dia tidak lagi bersembang dengan anda dan hanya asyik memandang handphone sahaja!

2. Suami mudah naik marah atas perkara remeh-temeh

Antara tanda suami tidak sayang isteri lagi adalah dia kini berubah menjadi seorang yang cepat marah.

Kita tertukar rancangan TV dia marah. Kita lalu sebelah pun dia marah! Mesti ada sesuatu yang tidak kena dan anda kena cepat-cepat bertanya:

“Abang dah tak sayang saya lagi?”

3. Suami mengelak untuk berbaik semula

Bila sudah tiada rasa sayang, kita memang mudah untuk bergaduh. Ketika baru bercinta, kita mudah beralah. Tapi setelah cinta semakin pudar, kita tidak lagi ambil peduli. 

Jika sikap itu ada suami, ketahuilah yang dia mungkin sudah tidak berasa sayang terhadap anda sebagai isterinya.

4. Suami tidak lagi hormat dan hargai isteri

Anda tahu tak apa antara tanda yang seorang lelaki itu menyayangi seorang wanita? Dia akan menghormati diri dan menghargai pengorbanan isterinya.

Tapi, jika sejak kebelakangan ini dia asyik cakap, “Ahhh, awak apa tahu?!” atau “Awak diam! Dengar saja cakap saya!” dengan kasar ala-ala macam dalam drama cerekarama TV3, maka anda perlu buat sesuatu kerana dia mungkin sudah tawar hati.

5. Tanda-tanda suami sudah tidak sayang- Hubungan intim tidak lagi…intim!

tanda suami tidak sayang isteri, tanda suami tidak sayangkan isteri, tanda suami tidak sayang lagi

Bila suami kita tidak lagi berhubungan intim dengan kita sekerap dulu, ia mungkin disebabkan dia letih atau stress dengan kerja.

Tapi, kalau dia asyik mengelak selama berbulan-bulan dan tidak langsung mahu menyentuh kita, maka itu boleh menjadi tanda suami tidak sayang isteri!

6. Suami enggan balik kampung isteri

Anda tahu tak? Perasaan cinta yang sejati akan membuatkan seorang lelaki itu cuba untuk menggembirakan hati orang yang disayangi.

Sudah pasti, antara perkara paling menggembirakan para isteri adalah apabila encik suami ajak balik kampung ketika hujung minggu. Dia mahu berjumpa mak ayah kita.

Tapi, kalau suami anda sering mencari alasan untuk tidak balik kampung atau hanya berkeras mahu balik kampungnya sahaja, percayalah, dia tidak lagi menghormati dan menyayangi anda sejujurnya.

Stories Rakan Kongsi
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Take our quiz and test your knowledge of what to look out for in your child’s poop!
Take our quiz and test your knowledge of what to look out for in your child’s poop!
SuperPark Malaysia: Your kids’ new dream destination for play in Kuala Lumpur
SuperPark Malaysia: Your kids’ new dream destination for play in Kuala Lumpur
The Day My Child Cried Because Of Hard Bowel Movements And How It Changed Me
The Day My Child Cried Because Of Hard Bowel Movements And How It Changed Me

7. Suami tidak lagi mahu memujuk

tanda suami tidak sayang isteri, tanda suami tidak sayangkan isteri, tanda suami tidak sayang lagi

Dulu, sewaktu bercinta, bukan main lagi suami membelikan bunga, chocolate, handbag dan segala hadiah untuk memujuk si cinta hati. Selalunya, selepas berkahwin, aktiviti romantis ini akan berkurangan. Ya, itu lumrah.

Tapi kalau dia sehingga langsung tidak mahu memujuk kita apabila kita merajuk dan hanya buat ‘dek’ saja, itu boleh menjadi petunjuk yang rasa sayang dia pada isteri tidak lagi seperti dulu.

8. Suami asyik mahu keluar rumah saja

Cuba anda kira berapa jam sehari suami anda ada di rumah? Kalau dia hanya setakat balik untuk tidur dan selebihnya keluar melepak berjumpa kawan, anda perlu tahu yang ia adalah tanda suami tidak sayang isteri.

Kenapa? Seseorang yang benar-benar mencintai isteri tidak akan mahu berjauhan lama dengan suri hatinya dan ingin selalu buat aktiviti bersama-sama.

Rasa cinta dan sayang pada pasangan, perasaan itu Allah yang bagi

Jika anda berasa sedih kerana berasa yang suami tidak lagi menyayangi anda seperti dahulu, ketahuilah yang anda masih boleh membuat sesuatu.

  • Pertama sekali, banyakkan berdoa semoga Allah bukakan hati suami. Kuasa doa itu sungguh luar biasa tau!
  • Seterusnya, sentiasa buat perkara yang menggembirakan hatinya. Lambat-laun, dia pasti cair dan sedar tentang nilai anda sebagai isteri.
  • Seiringkan doa dan usaha yang berterusan dengan bersabar. Mula-mula memang terasa sukar untuk melakukannya, tapi percayalah, dia pasti berubah.

Hack spirit

Ibu, jom kongsikan artikel ini dengan kenalan yang anda rasakan sedang menghadapi masalah rumah tangga. Semoga segala kekusutan akan terlerai jua!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 penipuan dalam perkahwinan yang boleh merosakkan rumah tangga anda!

Baca juga: Pasangan Yang Bahagia Selalu Buat 9 Rutin Harian Ini Sebelum Mereka Tidur

Baca juga: Rahsia Kebahagiaan 35 Tahun Shah Rukh Khan Dan Gauri Bersama

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Tanda Suami Tidak Sayang Isteri, Dia Mula Berubah Hati & Mengelak Bila Adanya Konflik
Kongsikan:
  • 9 tanda anda telah menjadi isteri yang terbaik untuk suami

    9 tanda anda telah menjadi isteri yang terbaik untuk suami

  • Surat Ikhlas Seorang Suami Yang Amat Merindui Isterinya Lepas Mereka Jadi Ibu Bapa

    Surat Ikhlas Seorang Suami Yang Amat Merindui Isterinya Lepas Mereka Jadi Ibu Bapa

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • 9 tanda anda telah menjadi isteri yang terbaik untuk suami

    9 tanda anda telah menjadi isteri yang terbaik untuk suami

  • Surat Ikhlas Seorang Suami Yang Amat Merindui Isterinya Lepas Mereka Jadi Ibu Bapa

    Surat Ikhlas Seorang Suami Yang Amat Merindui Isterinya Lepas Mereka Jadi Ibu Bapa

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.