TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

5 penipuan dalam perkahwinan yang boleh merosakkan rumah tangga anda!

4 min bacaan
5 penipuan dalam perkahwinan yang boleh merosakkan rumah tangga anda!

Setiap pasangan suami isteri perlu menjauhi penipuan dalam perkahwinan ini. Ia tidak membantu dan jika dilayan, boleh meruntuhkan mahligai rumah tangga!

Penipuan dalam perkahwinan? Tapi saya tidak menipu pasangan. Jadi, saya tak melakukan penipuan, kan? Salah! kami bukan bercakap tentang penipuan yang dilakukan oleh anda pada pasangan atau apa pasangan buat di belakang anda. 

Kami bercakap tentang penipuan yang anda beritahu diri sendiri. Ya, ia penipuan dalam perkahwinan yang boleh meruntuhkan rumah tangga anda jika anda percaya kata-kata tipu yang anda bisikkan dalam diri itu! 

5 penipuan dalam perkahwinan yang perlu anda elak

Penipuan #1: Saya telah berkahwin dengan orang yang salah

penipuan dalam perkahwinan, curang dalam perkahwinan, masalah rumah tangga

Kredit: Huffington Post

Ya Tuhan…ini adalah antara penipuan dalam perkahwinan yang paling besar dan kerap dilakukan oleh kita!

Waktu ini, syaitan sedang berbisik dalam telinga kita dan membuatkan kita semakin benci dengan pasangan atau tidak mahu lagi berusaha untuk mempertahankan rumah tangga.

Tip rumah tangga

Tidak, ia bukanlah perkara yang benar. Suami atau isteri yang telah kita kahwini itulah jodoh terbaik yang telah ditulis oleh Tuhan untuk kita.

Jangan terus terpedaya dan tertipu dengan bisikan yang mengatakan kita sudah silap terpilih jodoh. Mari terus perbaiki diri sendiri supaya menjadi pasangan yang terbaik untuk suami atau isteri kita.

Penipuan #2: Saya sudah tiada rasa sayang pada pasangan

Perasaan sebegini sememangnya akan datang dan pergi. Bila sedang gembira, memang rasa jatuh cinta sangat-sangat. Bila sedang bergaduh, tengok muka pasangan pun tidak mahu. Mulalah berlaku penipuan dalam perkahwinan.

Kita beritahu diri sendiri yang kita sudah tidak cinta pada suami atau isteri kita yang satu itu. Mulalah terfikir mahu mencari pasangan yang lebih baik yang kononnya sedang menunggu kita di luar sana.

Tip rumah tangga

Orang dulu, perkahwinan mereka kekal lama. Mereka berusaha untuk memperbaiki hubungan. Mungkin kita boleh ikut perkara yang sama.

Banyakkan luang masa bersama, kurangkan masa dengan smartphone atau kawan-kawan di luar. Berusahalah untuk menyemarakkan asmara dalam rumah tangga.

Penipuan #3: Perkahwinan saya sudah tidak dapat diselamatkan

penipuan dalam perkahwinan, curang dalam perkahwinan, masalah rumah tangga

Kredit: NYPost.com

Bila sudah bertikam lidah, kita mudah untuk beritahu diri sendiri yang perkahwinan kita tidak dapat diselamatkan lagi. Kita fikir pasangan kita sudah tidak boleh diubah. Maka, kita mencari jalan pintas dengan perceraian.

Tip rumah tangga

Jikalau kita rasa sudah terlalu sukar untuk menyelesaikan masalah dengan pasangan, mintalah bantuan daripada orang yang kita percayai dan boleh membantu memperbaiki keadaan.

Berjumpalah dengan penasihat agama tempatan atau kaunselor perkahwinan. Kami pasti ada jalan penyelesaiannya!

Penipuan #4: Itu semua salah pasangan!

Mudahkan untuk kita menuding jari pada pasangan dan bukan pada diri sendiri? Kita menipu diri sendiri apabila kita asyik menyalahkan pasangan dalam setiap yang berlaku pada diri.

Kalau anda nak tahu, pakar menggelarkan perangai sebegini sebagai “pembuli emosi!”

Tip rumah tangga

Untuk setiap pertikaian, cubalah untuk berkomunikasi dan berbincang masalah dengan baik. Bersikap matang dan bersedialah untuk menerima kelemahan diri. Tidak rugi jika kita jadi orang pertama memohon maaf, walaupun kadangkala bukan kita yang salah.

Penipuan #5: Pasangan saya tidak menggembirakan hati saya

penipuan dalam perkahwinan, curang dalam perkahwinan, masalah rumah tangga

Kredit: Nkj.ru

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Is It Important To Teach Balance Between Saving And Spending?
Is It Important To Teach Balance Between Saving And Spending?
Spread Christmas Cheers, Joy and Happiness with Sunway Putra Mall’s Christmas Guardian!
Spread Christmas Cheers, Joy and Happiness with Sunway Putra Mall’s Christmas Guardian!
Fahami Impak Cacar Air Daripada Diari Doktor Pakar
Fahami Impak Cacar Air Daripada Diari Doktor Pakar

Pertama sekali, ia adalah satu penipuan dalam perkahwinan apabila kita sering mengharapkan orang lain untuk menggembirakan diri kita.

Perasaan tenang atau gembira datang dari dalam diri, maka mana mungkin orang lain boleh bertanggungjawab atas perasaan kita?

Tip rumah tangga

Ia bukanlah bermakna yang anda perlu sentiasa memendam perasaan. Jika anda rasa ada sikap pasangan yang membuatkan anda sedih, beritahulah padanya dengan cara baik.

Tunjukkan juga yang anda sedia untuk berubah dan membantu mengekalkan suasana bahagia dan harmoni dalam rumah tangga.

Lihatlah sudut positif atas setiap masalah. Bersyukurlah dengan nikmat jodoh dan perkahwinan yang sudah dikurniakan oleh Tuhan. Ia pasti akan membantu anda untuk selalu berlapang dada dengan pasangan dan tidak lagi menipu diri sendiri!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

40 Ayat Romantik Untuk Suami di Hari Yang Istimewa, Suami Pasti Rasa Dihargai

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • 5 penipuan dalam perkahwinan yang boleh merosakkan rumah tangga anda!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham