6 Perkara Boleh Buat Kalau Nak Berjaya Pujuk Pasangan Yang Sedang Merajuk
Pasangan anda sedang merajuk, buntu tak tahu nak pujuk? Cuba 6 tips yang kami kongsikan ini untuk memujuk mereka.
Lumrah perhubungan dan perkahwinan pasti ada pasang surutnya. Pasti ada adegan merajuk dan pujuk memujuk yang akan berlaku jika berlaku pertelingkahan dan sebagainya.
Namun, tidak dinafikan masih ramai yang tidak tahu cara untuk memujuk pasangan masing-masing jika dia merajuk. Ada yang hingga bergaduh besar sedangkan sebab tidak dipujuk saja.
Kadangkala bukan ego, tetapi memang tidak tahu cara nak pujuk membuatkan kita terus membiarkan insan tersayang memujuk hati sendiri dan akhirnya menjadikan perkara yang kecil menjadi besar.
Pujuk pasangan merajuk dengan cara ini, pasti berjaya!
Pernahkah anda terlalu buntu bagaimana untuk pujuk pasangan yang sedang merajuk atau yang mungkin sedang tidak berpuas hati dengan anda walaupun sebab perkara remeh.
Mungkin nampak remeh di mata anda, tetapi di mata si dia tidak begitu. Namun, boleh cuba berusaha untuk pujuk mereka, tetapi jangan buat beberapa perkara ini jika nak berjaya dan berkesan.
#1. Jangan tanya perasaannya
Elak bertanya perasaan pasangan anda ini kerana anda tahu yang dia sedang marah dan merajuk. Jadi tak perlu tambah bara di hatinya dan buat dia lebih marah dengan sikap sambil lewa anda.
Jika anda berterusan mendesak untuk si dia melayan pertanyaan anda, mungkin boleh buat dia lebih marah. Jika anda berterusan mendesak untuk si dia melayan pertanyaan akan membuatkan dia muak dan semakin marah dengan perangai anda.
Jangan biarkan si dia keluar dari rumah untuk mencari ketenangan, cuba elakkan keluar dari rumah jika berlaku pertengkaran kerana ada yang akan lebih memudaratkan.
#2. Beri masa bersendiri
Apabila pasangan merajuk, tidak kiralah lelaki atau perempuan, cuba beri mereka masa untuk bersendiri. Jangan sangka perselisihan faham antara kamu berdua hanya beri kesan kepada anda sahaja.
Kebiasaannya mereka lebiih banyak mendiamkan diri. Jangan diganggu dan beri mereka peluang untuk berehat dan bersendiri.
Bersendiri kadangkala sangat membantu mengimbas kembali detik manis kalian berdua dan membuatkan dia berfikir ada betulnya tindakan anda itu.
#3. Beri kejutan istimewa
Beri pasangan kejutan istimewa. Hadiahkannya makan malam romantik di tempat yang kalian jarang sekali pergi. Atau bawa dia nikmati makanan kegemarannya.
#4. Sentiasa beri sokongan
Sentiasalah beri sokongan dan jangan menidakkan apa yang mereka rasakan. Ada sebabnya pasangan anda merajuk. Bukanlah dia suka-suka menimbulkan masalah. Duduk dan temannya menonton televisyen, tetapi diam saja.
Walaupun nampak dingin, tetapi kekallah di situ sebagai tanda anda memang sentiasa ada bersamanya.
#5. Ketepikan ego
Ketepikan ego masing-masing. Jika anda buat salah, mengakulah. Bukan lelaki saja yang mempunyai ego, wanita juga ada egonya yang tersendiri. Namun, tidak salah sekali sekala anda buang rasa itu demi si dia yang tersayang.
Jika terlalu lama dia merajuk, carilah jalan dan pujuk. Ucaplah kata maaf dan kucup mesra tangannya.
Bertolak ansur itu kunci kejayaan sesebuah hubungan. Jangan terlalu ego walaupun ada kalanya anda terpaksa beralah. Tidak semestinya anda kalah bila anda beralah.
#6. Ketahui masa yang tepat dan sempurna
Sebaik saja berjaya dipujuk atau si dia sudah tersenyum kembali, duduklah berbincang dalam keadaan yang tenang mengenai perselisihan faham itu.
Jangan biarkan persoalan dibiarkan tergantung begitu saja, Cuba selesaikan dengan cara berbincang dan selesaikan masalah anda bersama-sama.
Jangan biar masalah anda tergantung kerana ia akhirnya akan berulang lagi dan lagi yang akhirnya akan membuatkan perkara kecil jadi lebih besar.
Berterus teranglah dan cuba cari jalan yang terbaik kepada apa yang menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara kalian.
Pesona Pengantin
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jadual Berpantang Lengkap Untuk Ibu Lepas Bersalin Penting Supaya Semuanya Teratur
Baca juga: 13 Tanda Anak Rasa Janggal Dengan Kita & Buat Hubungan Jadi Renggang, Jangan Biarkan!
Baca juga: Naikkan Berat Badan Bayi 7-12 Bulan Dengan Menu Ini, Ramai Ibu Dah Cuba, Ia Dengan Berkesan!