Hari Pertama Si Comel Putera George Di Tadika - 3 Persediaan Yang Dilakukan

undefined

Comelnya Putera George ketika hadir hari pertama di tadika! Walaupun nampak "resah" tapi beliau steady. Apa persediaan yang perlu dilakukan semua ibu bapa untuk hari pertama anak di tadika?

Hari pertama Putera George di tadika

Hari pertama di tadika atau sekolah pasti mengundang tekanan dan ketakutan pada mana-mana budak. 

Iyelah, nak pergi ke sesuatu tempat yang mereka tak biasa. Tak ada ibu bapa lagi! Begitu juga dengan Putera George yang comel ini.

Walaupun telah biasa dengan tumpuan media sejak  lahir, Putera George masih kelihatan takut dan comel semasa sampai pada hari pertama di tadika. 

Putera George di tadika

Kredit gambar: Kensington Palace

Lihatlah video di bawah betapa comelnya si kecil diRaja ini.

https://www.instagram.com/p/BYu4tF6g703/?taken-by=kensingtonroyal

Kemunculan Putera George di tadika ditemani Putera William

Beliau memulakan hari pertama di sekolah Thomas’s Battersea sambil memegang erat tangan ayahnya, Putera William.

Walaubagaimanapun, the Duchess of Cambridge, Kate tidak kelihatan kerana masih kurang sihat gara-gara morning sickness hyperemesis gravidarum yang teruk.

Putera George yang ditemani Putera William hadir di depan pintu pagar tadika sebelum pukul 9 pagi. Mereka kemudiannya disambut oleh Pengetua Rendah sekolah terbabit iaitu Helen Haslem.

Prince George di sekolah

Kredit gambar: Kensington Palace

Putera George kelihatan comel memakai pakaian seragam tadikanya – dengan seluar pendek biru gelap, jumper biru kolar V, baju t-shirt Polo, stokin dan kasut.

Beliau kemudiannya menyalam Pengetua Rendah terbabit dan berjalan sambil berpimpingan tangan masuk ke dalam tadika.

Putera George kelihatan agak “resah” apabila asyik memandang ke bawah, umpama menahan takut. Aww comel!

Prince George di tadika

Kredit gambar: Kensington Palace

Istana Kensington mengesahkan Putera George akan dikenali sebagai George Cambridge oleh rakan-rakan sekelasnya.

Kedua ibu bapa putera ini telah melanggar tradisi dengan menghantar putera mereka ke sekolah campuran jantina.

Sebelum ini, Putera William dan Putera Harry masing-masing bersekolah di sekolah lelaki. Tak lama lagi Puteri Charlotte bolehlah join tadika abangnya!

Prince George di tadika

Princess Diana menemani Putera William dan Putera Harry ke sekolah

The Telegraph melaporkan kelas Putera George mempunya hampir 22 orang kanak-kanak, dan mereka masing-masing diberi meja sendiri

Persediaan untuk hari pertama di tadika

Tengok, anak diRaja pun nervous nak pergi tadika buat pertama kali. Apatah lagi anak kita, kan?

Ha… tapi sebenarnya ada beberapa persediaan yang boleh “melancarkan” hari pertama di tadika sama macam apa yang Putera George lalui.

Ibu bapa diwajibkan untuk buat persediaan sebelum tadika/sesi persekolahan bermula lagi!

Persediaan sebelum hari pertama

1 – Kenalkan anak anda dengan aktiviti di sekolah lebih awal. Cth aktiviti: melukis, bercerita

2 – Lawat kelas sehari sebelum anda nak hantar mereka ke sana. Biar mereka selesa dan kenal tempat yang akan mereka pergi

3 – Kenalkan cikgu pada anak

4 – Ibu bapa jangan tunjuk yang anda pun nervous. Nanti anak anda juga akan turut sama. 

5 – Ketahui struktur aktiviti harian di sekolah. Bolehlah anda tanya nanti apa anak-anak buat di sekolah.

Prince George di tadika

Kredit gambar: Kidadoo

9 Tip untuk cakap goodbye tanpa anak menangis

Nak cakap goodbye waktu hari pertama persekolahan memang paling susah.

Tapi, kalau anda ikut 9 tip di bawah ini, anda pasti akan berjaya cakap goodbye tanpa anak anda menangis.

Jom cuba!

  • Kenalkan sekali lagi cikgu pada anak – Ini untuk bina hubungan awal antara anak dengan cikgu
  • Bawa barang tertentu dari rumah – Mungkin nanti jika si manja anda buat perangai, barang dari rumah boleh menenangkannya. Bawa seperti bekalan makanan, anak patung dan sebagainya
  • Bila dah sampai masa, anda KENA cakap goodbye dekat anak – Jangan curi-curi tinggal anak. Tunjukkan yang anda kena pergi.
  • Tinggalkan tempat dengan segera – Kalau anda ambil masa yang terlalu lama, nanti anak-anak akan ingat sekolah satu tempat yang “tak best”.
  • Buat lawak – Waktu nak cakap bye bye tu, anda boleh buat muka lawak dan sebagainya.
  • Jangan tangguh – lagi lama anda ambil masa nak pergi, lagi anak anda akan cenderung untuk menangis. Cakap “jumpa nanti!” apabila anda nampak dia sudah mula selesa.
  • Buat ritual – Contohnya cium dan ucap goodbye dalam cara sama setiap hari.
  • Beri ganjaran – Anda boleh juga beri ganjaran pada anak-anak jika mereka tak meragam setiap kali nak ke sekolah
  • Kenal nama kawan-kawan sekolah yang lain – Nanti anda boleh sebut nama mereka untuk buat anak-anak “terbiasa” dan selesa dengan sekolah. Boleh cuba sebut “Tengok tu Aiman dah sampai sekolah.”

Ha… semoga perkongsian ini memberi manfaat pada anda!

Sumber rujukan: Mashable. Hello Magazine dan Parents

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compra-sekolah-terbaik-di-malaysia/

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!