The Duchess Kate Middleton hamil lagi!
Semalam, Istana Kensington telah mengumumkan bahawa Kate Middleton hamil dengan anak ketiga!
Pengumuman ini dibuat empat hari selepas keraian ulangtahun ke-20 kemangkatan ibunda Prince William, iaitu Princess Diana.
Dalam kenyataan yang sama, pihak Istana juga turut menyatakan yang Queen dan seluruh ahli keluarga dari kedua-dua pihak Kate dan William sangat gembira dengan berita kehamilan ini.
Sumber: Twitter Kensington Palace
Bayi ini bakal menduduki kedudukan takhta yang kelima
Bayi yang sedang dikandungi oleh Katherine, 34 tahun, adalah anak ketiga selepas Prince George, kini berusia 4 tahun, dan Princess Charlotte, 2 tahun.
Menurut The New York Times, satu undang-undang terbaru telah digubal pada 2011 oleh kerajaan Britain di mana keluarga diRaja British tidak lagi mengutamakan waris lelaki berbanding perempuan.
Ini bermakna, tidak kira sama ada jantina bayi ini lelaki atau perempuan, dia masih akan menduduki barisan takhta yang kelima.
Menurut aturan giliran memegang takhta Raja atau Ratu England sekarang, ia didahului oleh Prince Charles, Prince William, Prince George, Princess Charlotte, dan seterusnya bayi ini.
Kalau anda tertanya-tanya di mana kedudukan putera kacak, Prince Harry, dia kini berada di tangga ke-6, selepas bayi ketiga yang bakal lahir ini!
Kate Middleton hamil dan mengalami simptom morning sickness yang serius
Sama seperti kehamilan sebelum ini, the Duchess kini mengalami simptom morning sickness serius yang dikenali sebagai Hyperemesis Gravidarum.
Sumber: Mirror.com
Adakah anda tahu apakah itu morning sickness yang serius? Mari baca untuk mengetahui lebih lanjut ya!
Apakah itu Hyperemesis Gravidarum?
Ia adalah satu keadaan di mana ibu hamil mengalami muntah-muntah yang sangat teruk.
Hyperemesis bermaksud “sangat banyak muntah” dan gravidarum membawa maksud “kehamilan”.
Keadaan morning sickness yang serius ini terjadi kepada satu daripada 100 orang ibu hamil.
Mereka yang mengalami simptom ini selalunya akan berasa sangat tidak sihat dan tidak mampu untuk menelan apa-apa makanan sekali pun.
Kadangkala, ia boleh menjadi agak teruk sehingga ibu hamil tersebut tidak mampu untuk bangun dan menjalankan aktiviti seharian; hanya mampu berbaring di katil sahaja!
Ya, muntah-muntah semasa hamil itu adalah perkara biasa, tetapi hyperemesis gravidarum adalah lebih ekstrim lagi!
Selalunya morning sickness terjadi pada waktu pagi, tetapi untuk simptom ini, loya dan muntah-muntah boleh terjadi seharian dan ibu hamil itu boleh muntah sehingga 50 kali sehari!
Selalunya, morning sickness biasa boleh hilang dengan sendiri pada minggu ke-14 tetapi untuk simptom ini, ia biasanya terjadi antara minggu ke-4 ke minggu ke-7, dan berlarutan sehingga minggu ke-20!
Untuk kes yang lebih serius lagi, ia boleh terjadi sepanjang 9 bulan kehamilan.
Bolehkah anda bayangkan kesengsaraan yang dialami oleh ibu hamil yang mengalami simptom morning sickness yang serius ini?
Sumber: Citizensreport.org
Adakah ia berbahaya buat si ibu dan bayi?
Walaupun ia kedengaran seperti sangat serius, tapi ia tidaklah mengancam nyawa.
Hanya untuk beberapa kes yang jarang berlaku sahaja ia mampu membawa bahaya kepada ibu dan bayi.
Selain daripada itu, simptom ini hanya akan menyebabkan si ibu berasa lemah badan dan letih.
Bagaimana saya hendak tahu sama ada ia morning sickness biasa atau yang sangat serius?
Untuk morning sickness yang biasa, rasa loya tidak selalunya diikuti oleh muntah yang teruk. Ia akan hilang apabila kehamilan mula masuk usia 12 ke 14 minggu.
Morning sickness yang serius pula adalah satu keadaan di mana rasa loya itu selalu diikuti oleh muntah-muntah, dan ia boleh berterusan sepanjang kehamilan.
Dalam kes ini, anda akan selalu mengalami dehidrasi dan tidak mampu untuk menelan makanan langsung.
Akibat daripada muntah yang berterusan, anda akan berasa sangat penat dan tidak bertenaga.
Tanda dan simptom yang biasa dialami ketika morning sickness yang serius adalah:
- Tidak tahan bau makanan
- Hilang sehingga 5% berat badan sebelum kehamilan
- Kurang membuang air kecil
- Dehidrasi
- Mudah pengsan
- Rasa penat yang teruk
- Tekanan darah yang rendah
- Denyutan jantung yang laju
Jika anda mengalami simptom ini selama 12 minggu berturut-turut dan diikuti dengan demam dan sakit-sakit badan, ia mungkin disebabkan oleh:
- Gastrik
- Jangkitan usus
- Tiroid
- Kencing manis
Sumber: Scarymommy.com
Penyebab dan faktor Hyperemesis Gravidarum
Antara penyebab utama berlakunya morning sickness yang sangat teruk masih lagi tidak diketahui.
Tetapi, ramai pakar perubatan dan pengkaji menyatakan yang ianya mungkin disebabkan oleh perubahan tahap hormon dalam badan.
Tiada cara untuk anda mengelakkan ianya daripada berlaku kepada anda. Apa yang anda boleh lakukan hanyalah mengawal simptom tersebut.
Antara faktor yang boleh mempengaruhi berlakunya simptom ini kepada anda adalah:
- Hamil anak pertama
- Hamil bayi perempuan
- Hamil anak kembar dua atau tiga
- Sejarah keluarga atau pengalaman kehamilan sebelum ini
- Sejarah rekod perubatan (rasa loya apabila menggunakan kontraseptif hormon berasaskan estrogen)
- Mudah mabuk kereta atau migrain
- Berlebihan berat badan
Adakah ia boleh membawa komplikasi kepada kehamilan anda?
Sangat jarang untuk Hyperemesis Gravidarum menyebabkan komplikasi kepada kehamilan.
Antara kebimbangan utama jika ia berlaku adalah si ibu boleh mengalami dehidrasi kerana ia akan mengurangkan cecair amniotik.
Maka, dalam keadaan ini, ia boleh menyebabkan bahaya kepada bayi kerana cecair amniotik amat penting untuk tumbesaran bayi dalam rahim.
Selain itu, apabila dehidrasi berlaku, ia akan menyebabkan gumpalan darah yang membentuk urat dalam badan (vein thrombosis).
Jika ini berlaku, anda digalakkan untuk memakai stoking bagi mengurangkan simptom ini.
Apabila anda muntah-muntah tanpa henti, berat badan juga mudah turun. Ini juga adalah satu keadaan yang tidak baik untuk tumbesaran bayi.
Si kecil anda juga berisiko untuk lahir dengan berat badan yang terlampau ringan.
Jika muntah terlalu teruk, ia juga boleh membawa bahaya fizikal seperti urat darah pecah pada mata dan mengoyakkan esofagus.
Pada ketika ini, anda perlu mendapatkan rawatan doktor dengan segera!
Rawatan untuk Hyperemesis Gravidarum
Rawatan awal sangat penting bagi anda yang mengalami simptom morning sickness yang keterlaluan.
Ia bagi mengelakkannya daripada menjadi semakin serius. Rawatan doktor dapat membantu mengurangkan simptom ini.
Anda mungkin akan diberikan ubat dan diminta untuk berehat.
Sumber: Smh.com.au
Ubat anti-loya juga mungkin diberikan dan ianya selamat untuk diambil oleh ibu yang mengandung ketika di awal trimester kehamilan.
Tetapi, dalam sesetengah keadaan, ubat ini tidak dapat membantu kerana anda akan muntah tanpa henti dan mengeluarkan pil itu semula!
Jika ini terjadi, tiada pilihan lain, anda mungkin perlu ditahan di wad untuk pemantauan rapi.
Anda akan diberikan rawatan IV drip untuk menggantikan cecair, mineral dan vitamin yang anda telah hilang, akibat daripada muntah yang berterusan.
Anda juga mungkin diberi makan melalui tiub seperti:
- Nasogastrik – menggantikan nutrien dalam badan dengan menyalurkan nutrien melalui tiub ke dalam hidung dan seterusnya ke perut.
- Percutaneous endoskopik gastronomi – menggantikan nutrien melalui tiub ke abdomen dan seterusnya ke perut
Jadi, jika selama ini anda sering tertanya-tanya simptom serius apakah yang sering melanda The Duchess Kate Middleton ketika hamil, maka semua persoalan itu kini telah terjawab.
Kami, di theAsianParent Malaysia, mendoakan semoga Kate terus sihat dan dapat mengharungi cabaran morning sickness yang serius ini dengan baik – juga buat para ibu hamil di luar sana yang turut mengalaminya!
Sumber: theAsianParent Philippines, theAsianParent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
5 sebab mengapa Kate Middleton jarang membeli pakaian untuk anak-anaknya
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!