6 Cara Timbulkan PUTING PAYUDARA Tenggelam, Untuk Penyusuan Badan Sempurna!
Ramai ibu alami masalah penyusuan kerana memiliki puting payudara wanita tenggelam.Anda boleh cuba cara yang kami kongsikan ini untuk timbulkannya.
Puting payudara wanita tenggelam antara masalah yang selalu dihadapi oleh ibu terutama yang baru pertama kali menimang cahaya mata. Ada yang buntu jadinya kerana mahu menyusu anak, tetapi puting payudara tenggelam.
Puting payudara ibu tenggelam bukan sesuatu yang pelik kerana puting payudara wanita terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk. Ada yang puting payudara berbentuk penuh, mendatar, muncung, tenggelam (masuk ke dalam) dan asimetri (satu mancung, satu lagi masuk ke dalam atau tenggelam.
Selain itu, ada juga puting payudara yang berbintik disebabkan oleh lemak di sekeliling puting, puting berambut dan puting payudara tambahan.
Puting payudara wanita tenggelam, ibu boleh guna cara ini untuk timbulkannya
Jadi, ibu-ibu sekalian, anda tidak perlu buntu lagi. Cuba guna cara yang kami kongsikan ini untuk menimbulkan puting payudara wanita tenggelam yang anda alami:
#1. Breast shell
Teknik ini juga dikenali sebagai cawan susu, cawan payudara dan pembentuk puting. Alat ini perlu dipakai bersama bra anda seawal trimester untuk beberapa jam sehari.
Sekiranya selesa, boleh juga tingkatkan waktu penggunaan. Selepas bayi lahir, pakai alat ini 30 minit sebelum menyusukan bayi. Namun, jangan sesekali pakai alat ini pada malam.
Pada waktu malam ia mungkin akan menyebabkan anda rasa tidak selesa. Walau tidak mahu puting payudara tenggelam, guna alat ini pada waktu yang disyorkan sahaja supaya ia tidak memudaratkan payudara anda.
#2. Pam payudara
Selepas bersalin, gunakan pam payudara untuk mengeluarkan puting. Lakukan setiap kali sebelum mula menyusukan bayi. Cuba konsisten menimbulkan puting payudara tenggelam dengan cara ini.
Sedutan daripada pam payudara sebelum menyusu bayi membantu menimbulkan puting payudara tenggelam. Jadi ambil masa sebelum menyusukkan anak dengan menggunakan payudara untuk timbulkan puting payudara tenggelam.
#3. Niplette
Alat ini dapat membantu mengeluarkan puting dengan cara hisapan, sama seperti pam payudara. Alat ini boleh digunakan ketika hamil. Gunakan ketika hamil bagi merangsang puting payudara wanita tenggelam timbul.
Tetapi pastikan anda lakukannya ketika sudah masuk 37 minggu dan ke atas kerana rangsangan pada puting payudara akan merangsang pembukaan jalan keluar bayi. Sekiranya anda masih di awal trimester dikhuatiri akan menyebabkan kelahiran awal. Jangan tergesa-gesa merangsang puting payudara tenggelam untuk timbul dengan menggunakan cara yang berbahaya.
#4. Rangsang puting
Jika puting tidak timbul selepas bersalin, kita boleh tarik menggunakan ibu jari dan jari telunjuk selama seminit. Selepas itu, segera lap puting menggunakan kain sejuk. Tarik puting ketika menyusu.
Selain itu, boleh juga guna cara minta suami anda hisap puting untuk merangsang ia keluar. Tetapi teknik ini bahaya jika anda sedang berpantang kerana ia boleh membuatkan anda berdua terangsang.
Pastikan selepas suami anda hisap, anda bersihkan dengan sepatutnya kerana dikhuatiri ada bakteria dari mulut suami yang boleh terkena pada bayi yang akan menyusu selepas itu.
#5. Teknik Hoffman
Letakkan ibu jari atas puting. Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu payudara dan pada masa sama tarik ibu jari. Dengan itu, kita melakukan regangan pada puting dan melonggarkannya.
Jadi, puting mudah bergerak ke dalam dan luar. Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya 5 kali sehari.
Ini juga adalah teknik popular dan biasa digunakan ibu-ibu untu menimbulkan puting payudara wanita tenggelam. Ia cara paling asas yang diajar oleh jururawat berkaitan penyusuan badan.
#6. Nipple shield
Teknik ini ialah langkah terakhir yang boleh dilakukan jika cara lain tidak menjadi. Caranya, jadikan perisai puting atau nipple shield sebagai pengganti puting payudara tenggelam.
Untuk mengelakkan bayi ketagih menyusu menggunakan nipple shield, alihkan sebaik sahaja bayi melekap pada payu dara.
Jika anda sudah lakukan perkara lain yang dicadangkan, tetapi masih juga alami puting tenggelam, anda boleh gunakan cara ini untuk menimbulkannya.
Jadi, ibu-ibu sekalian bolehlah guna cara yang kami kongsikan ini untuk bantu anda yang memiliki puting payudara wanita tenggelam yang menyukarkan proses penyusuan.
Selamat berjaya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: bumbumcak
Baca juga: Kenali Bentuk & Jenis Puting Payudara Normal, Anda Punya Kategori Yang Mana?