1 Dalam 50 Juta, Wanita Dengan Dua Rahim Berjaya Hamil Kembar Dalam Rahim Berbeza
Perempuan ini dilahirkan dengan dua rahim, ia adalah kes yang sangat jarang berlaku apabila masing-masingnya berjaya menghasilkan bayi dalam setiap rahim!
Rahim perempuan merupakan bahagian yang paling penting dalam proses persenyawaan. Namun, tidak semua wanita dilahirkan dengan keadaan rahim normal, ada yang tidak dapat merasa hamil zuriat sepanjang umur dan ada juga wanita memiliki dua rahim.
Ia adalah kisah yang sangat rare dan sangat jarang berlaku. Wanita dengan dua rahim mungkin kedengaran pelik bagi anda, tetapi keadaan ini sebenarnya boleh berlaku pada segelintir wanita. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya tidak berbahaya.
Rahim perempuan ada dua, adakah selamat untuk hamil?
Satu daripada 50 juta, seorang wanita Inggeris dengan dua rahim mendapati dia berjaya mengandung anak kembar kerana setiap rahimnya memiliki seorang bayi. Ia adalah kejadian perubatan yang sangat jarang berlaku dan dikenali sebagai uterus didelphys.
Sebelum ini, pernah mencatatkan seorang wanita terpaksa bersalin dua kali kerana dua rahim memiliki usia janin yang berlainan.
Menurut Healthline, ini berlaku apabila sperma disenyawakan di dalam rahim ibu, bermula dengan dua tiub Mullerian yang dalam kebanyakan kes bergabung menjadi satu rahim.
Tetapi seperti kes wanita ini, ia tetap terpisah dan membesar dalam dua rahim yang berbeza. Hanya satu daripada 3 000 wanita berdepan keadaan ini.
The Sun melaporkan bahawa Kelly Fairhurst berusia 28 tahun, sudah mempunyai dua orang anak perempuan sebelum ini mendapati pemeriksaan kandungan selama 12 minggu amat mengejutkan. Dia bukan sahaja mengandung anak kembar, tetapi janin membesar dalam rahim yang terpisah.
Dalam hal ini, dia mungkin perlu melahirkan dua kali. Namun doktor berharap agar dapat melakukan pembedahan caesar untuk keselamatan ibu dan janin. Bayi juga mungkin perlu dilahirkan sebelum waktunya, memberikan risiko tinggi bagi wanita yang mempunyai dua rahim.
Walaupun kemungkinan kehamilan kembar ini berlaku adalah satu dari 50 juta, ia memang pernah berlaku sebelumnya. Tahun lalu, seorang wanita Bangladesh dengan rahim didelphys melahirkan anak pertamanya dan melahirkan seorang lagi setelah 26 hari kemudian, lapor CNN.
Cara mendiagnosis wanita dengan dua rahim
Bagi mengesan keadaan dua rahim perempuan, doktor akan melakukan ujian seperti hysterosalpingogram, sonohysterogram, imbasan ultrabunyi ataupun MRI.
Diagnosis adalah untuk mengesahkan keadaan ini melalu hysteroscopy atau laparoscopy bagi membezakan sama ada anda mengalami dua rahim atau bicornuate uterus dalam sesetengah kes.
Manakala, keupayaan golongan yang ada dua rahim untuk hamil dan melahirkan anak adalah pelbagai. Mungkin terpaksa mengalami masalah. Ada juga tidak mengalami sebarang kesulitan sepanjang kehamilan sehinggalah melahirkan anak.
Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa ada sesetengah mengalami keguguran berulang. Adalah lebih baik anda mengesan awal keadaan diri dan mendapatkan nasihat doktor jika bercadang untuk hamil.
Sekiranya ibu mengetahui keadaan semasa sudah hamil, jangan malu untuk bertanyakan soalan kepada doktor bertugas tentang penjagaan yang perlu anda lakukan bagi mengelakkan sebarang gejala komplikasi sepanjang tempoh mengandung.
Risiko yang bakal dihadapi
Sekiranya wanita mempunyai dua rahim, keadaan ini boleh meningkatkan risiko keguguran, tetapi ia adalah sangat luar biasa. Wanita dengan didelphys uterus boleh mengalami keguguran secara berulang, kelahiran bayi pramatang dan risiko keguguran pada trimester kedua.
Manakala bagi wanita yang mempunyai dua uterus dan dua faraj, golongan ini bagaimanapun berisiko tinggi mengalami pendarahan haid yang banyak dan perlu mendapatkan nasihat doktor untuk menanganinya.
Bukan itu sahaja, anda juga berpotensi mengalami masalah kesuburan, penyakit buah pinggang dan kelahiran bayi pramatang.
Walau bagaimanapun, banyak keadaan di mana wanita yang memiliki dua rahim tidak mengalami sebarang masalah sepanjang tempoh kehamilan.
Kebanyakan wanita dengan didelphys uterus tidak memerlukan rawatan khas. Namun, sekiranya anda mengalami keadaan ini disarankan untuk segera berjumpa doktor.
Hal ini kerana untuk mendapatkan pemeriksaan rapi terutamanya semasa tempoh kehamilan anda. Lazimnya, ibu akan diperiksa oleh pakar yang khusus dalam kehamilan berisiko tinggi.
Sekiranya anda merupakan salah seorang yang perlu berdepan dengan masalah ini, usahlah takut dan letakkan sepenuhnya kepercayaan terhadap sang pencipta serta kakitangan perubatan yang terlibat supaya urusan melahirkan bayi berjalan lancar.
Sumber: Health24, Hello Doktor
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: