7 Rahsia Awet Muda & Kekal Berseri Meskipun Usia Sudah Meningkat, #5 Wajib Cuba!

Lambakan produk penjagaan wajah dalam pasaran membuatkan anda keliru untuk memilih. Apa kata semak rahsia awet muda menggunakan bahan semula jadi ini!

Setiap wanita pastinya mengimpikan kulit wajah yang berseri dan sentiasa kelihatan cantik biarpun usia semakin bertambah. Mana tidaknya, ia amat berkait dengan keyakinan seseorang mengharungi perjalanan dunia pada setiap hari. Apa kata anda semak beberapa rahsia awet muda mengikut petua orang dulu-dulu ini!

Biarpun kini terdapat pelbagai produk penjagaan wajah dan alat solekan dalam pasaran, namun kecantikan semula jadi yang dimiliki tentunya sukar untuk dibandingkan.

Baca juga: Selain Bawang Putih & Asam Jawa, 11 Bahan Ini BERKESAN Menghilangkan Sakit Gigi

Rahsia awet muda dan kelihatan berseri seiring peningkatan usia

petua awet muda

foto: che mira kimora

Solekan yang tebal boleh mempercepatkan proses penuaan dan membuatkan anda kelihatan lebih matang. Bukan itu sahaja, kandungan bahan kimia di dalamnya juga akan menghilangkan keserian wajah yang semula jadi.

Menurut petua orang dulu-dulu, antara rahsia awet muda menggunakan bahan dari dalam rumah iaitu:

#1. Bancuhan serbuk kunyit bersama madu

Caranya anda perlu mencampurkan 1 sudu kecil serbuk kunyit dan satu sudu besar madu asli. Ia akan berfungsi sebagai masker wajah. Amalkannya sekali seminggu untuk menghilangkan kesan parut jerawat dan membuatkan wajah bersih berseri.

#2. Skrub beras pulut

2 kali seminggu, pastikan anda melakukan skrub pada wajah. Bahannya menggunakan beras pulut, gula dan garam. Kisarkan sehingga halus, kemudian sental wajah dengan rata. Bilas dengan air bersih dan hasilnya kulit akan lebih lembut dan licin.

#3. Air mawar

tips wajah awet muda

credit to sources

Sebenarnya ada banyak khasiat air mawar untuk muka. Ia mampu bertindak sebagai antiseptic bagi menangani masalah bakteria yang sangat aktif pada bahagian jerawat dan membersihkan pori tersumbat.

Ia juga kaya dengan vitamin C dan salah satu sumber antioksidan yang baik untuk menganjalkan kulit dan mencegah penuaan.

#4. Sapuan yogurt

Tidak hanya baik untuk proses pencernaan, nutrisi yang terkandung dalam yogurt turut berkesan dalam masalah kulit. Kebiasaannya, yogurt asli digunakan sebagai masker wajah bagi mengekalkan kelembapan dan meremajakan wajah.

Manakala penelitian pada tahun 2011 menunjukkan sapuan yogurt ini mampu mencerahkan kulit. Kandungan asid laktik yang terkandung di dalamnya menghalang pembentukan tirosinase, iaitu enzim yang menghasilkan melanin.

Melanin inilah yang akan membuatkan warna kulit seseorang menjadi gelap.

#5. Basuh muka menggunakan air kelapa

Manfaat air kelapa muda bagi tujuan kecantikan mampu membuatkan kulit wajah anda kelihatan lebih mulus. Hal ini kerana ia mengandungi sitokinin iaitu salah satu hormon pertumbuhan yang mengawal perkembangan sel kulit wajah.

cara kekal cantik dan awet muda

credit to sources

Caranya adalah seminggu sekali, anda cuci muka dengan air kelapa. Biarkan ia kering buat seketika dan bilas menggunakan air bersih. Amalan ini sangat bagus untuk menaikkan seri serta menegangkan wajah tanpa sebarang suntikan.

#6. Air basuhan beras

Air lebihan basuh beras jangan dibuang begitu sahaja. Ia amat berguna untuk mengekalkan kesihatan kulit wajah secara semula jadi. Petua awet muda ini sudah diamalkan secara berzaman.

Air basuhan beras yang ketiga dapat menghilangkan segala kekotoran dan sebum berlebihan pada kulit wajah. Caranya adalah dengan merendamkan kapas ke dalam air cucian beras, kemudian lapkan pada kulit. 

Sekiranya dijadikan sebagai rutin harian, hasilnya wajah anda lebih segar dan sihat.

#7. Menggunakan ais batu

Ais batu tidak mampu menyejukkan minuman, tetapi ia juga boleh menjadi petua awet muda. Kebanyakan wanita yang sudah berusia mengakui akan keberkesanan ais dalam mengekalkan seri wajah.

Caranya anda hanya perlu ambil beberapa ketul ais dan letakkannya dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas tersebut untuk menyejukkan bahagian muka. Kesannya, ia dapat meningkatkan pengaliran darah dan sekaligus menghilangkan wajah yang kusam.

Walau bagaimanapun, elakkan menekap ais secara terus pada bahagian wajah kerana tindakan sebegini boleh merosakkan pembuluh darah.

Selain itu, ais batu juga merupakan rawatan yang paling berkesan dalam mengecilkan pori-pori. Anda boleh menggunakan tuala kecil yang bersih, letakkan beberapa ketul ais di dalamnya, kemudian tekap pada wajah. Jika melakukan cara ini sebelum mengenakan solekan, ia mampu membuatkan solekan lebih tahan lama dan kelihatan berseri.

Sumber: Keluarga

Kredit foto: che mira kimora

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!