Remedi Untuk Ibu Hamil Yang Susah Tidur

Adakah ibu hamil menghadapi kesukaran untuk tidur? Cuba baca remedi-remedi ini dan semoga ia memberi manfaat dan membantu anda kekal lena di waktu malam.

Adakah anda hamil dan susah tidur? Badan rasa letih dan lembab kerana sudah beberapa hari kekurangan tidur? 

Susah tidur, tidur yang mudah terganggu, dan sukar untuk mendapat posisi tidur yang baik semasa hamil, semuanya itu perkara biasa adalah perkara biasa untuk ibu mengandung. 

Punca Masalah Tidur
Remedi Untuk Ibu Hamil Yang Susah Tidur

Foto kredit: A Perfect Mum

Antara sebab-sebab mengapa ibu hamil susah tidur termasuk:

  • kejang kaki
  • bayi yang aktif
  • sakit tulang belakang
  • pedih ulu hati(heartburn) dan kesesakan
  • perut semakin besar
  • ibu hamil yang kerap bangun untuk pergi ke bilik mandi

Perubahan hormon mungkin juga boleh memainkan peranan, memandangkan ia adalah punca berlakunya masalah kehamilan seperti jerawat semasa hamil, sembelit, dan banyak lagi. 

Bahagian bawah tulang belakang saya selalu sakit dan saya sukar mencari posisi yang selesa untuk tidur.

Tambahan pula, saya juga kerap bangun untuk ke bilik air dan setiap kali itulah saya akan menghadapi masalah untuk tidur semula!

Jika anda susah tidur semasa hamil, cuba baca remedi-remedi ini:

Bersenam

Mungkin anda sedang fikir,“Saya dah cukup letih, nak suruh saya bersenam lagi!?”

Pasti ramai yang rasa ini tidak masuk akal langsung, tetapi sebenarnya, apabila tubuh kita letih secara fizikal dan mental, kita boleh tidur dengan cepat dan lebih mendalam.

Di samping itu, apabila anda melakukan senaman ringan sepanjang kehamilan anda, ini akan meningkatkan peredaran darah dan boleh melancarkan persalinan.

Remedi Untuk Ibu Hamil Yang Susah Tidur

Foto kredit: WebMd

Hanya dengan melakukan senaman untuk sekurang-kurangnya satu jam, ia sudah memadai untuk menolong anda tidur dengan lebih baik.

Senaman tekanan rendah seperti berjalan, berenang dan yoga, semuanya itu senaman yang sesuai semasa mengandung, lebih-lebih lagi jika anda gabungkan ia dengan udara segar!

Pastikan anda tidak melakukan senaman kalau sudah larut malam, kerana ini mungkin boleh menyebabkan anda lebih terjaga, badan terlalu aktif.

Sebaliknya, cuba lakukan sedikit stretching sebelum tidur. Ini boleh mengendurkan otot-otot yang tegang, mengurangkan bengkak dan membantu anda rasa lebih selesa.

Patutkah saya tidur petang?

Jika anda rasa lebih segar selepas tidur petang, teruslah berbuat demikian.

Tetapi jika anda rasa inilah sebabnya anda tidak dapat tidur pada waktu malam, mungkin anda perlu berhenti tidur petang.

Cuba hadkan durasi tidur petang kepada 20 minit sahaja, agar tidak menjejaskan irama tidur anda.

Alternatifnya, rehat sahaja dan jangan tidur petang, kemudian tidur lebih awal pada waktu malam.

Jangan terlampau banyak makan dan minum sebelum tidurRemedi Untuk Ibu Hamil Yang Susah Tidur

Apabila anda makan dengan terlalu banyak pada waktu malam, ini boleh menyebabkan rasa tak hadam (indigestion), pedih ulu hati (heartburn), dan seterusnya menyebabkan anda tidak dapat tidur.

Sebaliknya, cuba makan dengan lebih kerap, tetapi dalam saiz hidangan yang lebih kecil supaya rasa kenyang sepanjang malam.

Jangan minum minuman berkafein sebelum tidur seperti teh, kopi, dan minuman bergas.

Cuba minum air dengan lebih banyak pada waktu siang dan elakkan minum lebih dari satu cawan air sejam sebelum tidur.

Sekiranya anda masih terpaksa ke bilik air, jangan berlengah dan cuba balik tidur semula secepat mungkin (kalau boleh jangan buka lampu!).

Tabiat waktu malam

Elakkan cahaya biru atau lampu yang terlalu terang, satu atau dua jam sebelum tidur.

Fungsi cahaya biru seperti cahaya dari matahari adalah untuk memberi isyarat kepada badan apabila tiba masanya untuk bangun.

Jadi elakkan menggunakan komputer, menonton TV terlalu lama, terutamanya ibu-ibu yang suka main telefon bimbit sebelum tidur.

Yang paling baik? Jangan bawa telefon bimbit masuk bilik tidur supaya anda tidak tergoda nak membuka FB, IG, Twitter and sebagainya.

Pendedahan kepada cahaya biru yang terlalu banyak akan mengganggu pengeluaran melatonin, hormon yang “memberitahu” badan kita tiba masanya untuk tidur.

Kalau boleh, malapkan lampu yang terlalu terang atau jangan pasang terlalu banyak lampu supaya bilik tidak terlalu terang sebelum anda tidur.

7 Tabiat Yang Boleh Membinasakan Hubungan Dengan Pasangan Anda Sebelum Tidur

Sumber: Mama Natural

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!