X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

7 Tabiat Yang Boleh Membinasakan Hubungan Dengan Pasangan Anda Sebelum Tidur

4 min bacaan
7 Tabiat Yang Boleh Membinasakan Hubungan Dengan Pasangan Anda Sebelum Tidur

Semak jika anda mempunyai tabiat-tabiat dan tingkah laku yang boleh membinasakan hubungan dengan pasangan anda. Elakkan dari melakukannya sebelum masuk tidur ya!

Setelah satu hari penat bekerja, pasangan yang bahagia akan menggunakan masa sebelum tidur untuk bermesra-mesra.

Semua tekanan yang dihadapi akan diketepikan dan pasangan itu akan menghabiskan masa yang romantik bersama-sama. 

Mengarutlah!

Ini keadaan yang tidak realistik langsung, lebih-lebih lagi kalau sudah mempunyai anak.

10 Tip Berasmara Diam-Diam Selepas Anak Anda Tidur, Syhhhh!

Menjalinkan hubungan memerlukan usaha dari kedua-dua pihak. Namun, ia adalah lebih senang untuk dipengaruhi oleh kebiasaan dan tabiat.

Di bawah adalah 8 tabiat dan tingkah laku yang boleh membinasakan hubungan dengan pasangan anda sebelum tidur.

1. Anda tidur pada masa yang berlainan.

Kadang-kadang anda lebih selesa tidur sendiri atas sofa atau tidur lewat untuk mendapatkan ‘Me-time‘.

Sekali sekala tu tidak salah, tetapi jangan sampai ia menjadi tabiat buruk dan digunakan sebagai cara untuk menghindari keintiman emosi dan fizikal.

Jika anda sedang mengalami ketegangan dalam perkahwinan anda, tabiat ini boleh menjadi alasan untuk mengekalkan jarak dan bukannya untuk menyelesaikan masalah.

Lambat laun, runtuhlah hubungan suami isteri: apabila dua orang terleka dengan kehidupan mereka masing-masing.

“Elakkan tabiat ini dengan memastikan anda tidur pada masa yang sama dan tidur di katil yang sama.”

Itu cadangan Kari Carroll, ahli terapi perkahwinan dan keluarga di Portland, Oregon.

Walaupun pasangan telah berkelahi, anda perlu mengatakan kepada pasangan anda (melalui perkataan atau tindakan) yang anda masih sayang mereka walaupun terdapat perselisihan.

Anda boleh melakukan ini dengan tidak menyuruhnya tidur di tempat lain.

“Jangan menolak dan mewujudkan jarak fizikal dan emosi antara anda berdua. “-Danielle Kepler, seorang ahli terapi di Chicago, Illinois

7 Tabiat Yang Boleh Membinasakan Hubungan Dengan Pasangan Anda Sebelum Tidur

foto kredit: Meetville

2. Hubungan seks yang dipaksa.

“Walaupun bilik tidur dan hubungan intim saling berkaitan, menjangkakan seks kerana anda tidur dalam bilik yang sama adalah tidak baik untuk perkahwinan anda. Saya pasti anda tahu bagaimana perasaannya apabila anda benar-benar letih. Pasti tiada mood dan seks pasti menjadi perkara terakhir dalam fikiran anda. Ia adalah penting untuk anda menghormati pasangan anda jika dia memang tak larat.”

Itu kata Kurt Smith, ahli terapi yang pakar dalam kaunseling lelaki

Terdapat cara lain untuk mengekalkan keintiman antara suami isteri. Cuba tolong urutkan badan pasangan anda tanpa mengharapkan apa-apa.

Mana tahu mood itu boleh hidup balik? 

6 Posisi Seks Yang Buat Wanita Kelihatan Makin Seksi Dan Menarik

3. Anda membawa handphone masuk dalam bilik tidur.
7 Tabiat Yang Boleh Membinasakan Hubungan Dengan Pasangan Anda Sebelum Tidur

foto kredit: BBC

“Ramai di antara kita mempunyai tabiat buruk membawa handphone dan iPad masuk bilik tidur. Walaupun ia adalah menarik untuk membaca berita sosial terkini di Facebook atau media sosial yang lain sebelum mematikan lampu, ia lebih penting untuk menghabiskan masa dengan pasangan anda  sebelum tidur. “

Itu pula nasihat Linda Lipshutz, seorang psikoterapi dalam Palm Beach Gardens, Florida

4. Anda memberi tumpuan kepada anak-anak sepanjang malam.

Menjaga anak memang bukan tugas yang senang. Apabila siap beri anak makan, mandi, buat kerja rumah dan tidur, ibu bapa sudah menghabiskan tenaga yang banyak.

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Apabila anak sudah tidur, kedua-dua pasangan suami isteri sudah sangat penat. Semua tumpuan telah diberikan kepada anak sepanjang malam.

Tetapkan masa untuk pasangan anda dan masa untuk keluarga. 

7 Tabiat Yang Boleh Membinasakan Hubungan Dengan Pasangan Anda Sebelum Tidur

foto kredit : Huffington Post

5. Anda tidur di katil berasingan atau katil yang terlalu besar.

“Kuasa sentuhan boleh mewujudkan perasaan mesra dan intim, disebabkan rangsangan hormon oksitoksin.

Tempat tidur boleh menjadi tempat yang sesuai untuk bersentuhan. Hubungan tanpa sentuhan boleh menyebabkan perasaan kesepian.”- Alicia H. Clark, ahli psikologi di Washington, D.C.

6. Anda bercakap mengenai senarai tugasan anda untuk hari berikutnya.

Jangan bincang tentang tugas yang perlu dilakukan hari keesokannya sebelum tidur.

Buat orang hilang mood sahaja dan hanya akan menjejaskann suasana petang yang intim dan tenang.

7. Anda membincangkan topik-topik sensitif di tempat tidur.

Jangan bincang topik-topik yang rumit dan sensitif sebelum tidur! Ini kurang produktif dan lansung tak sensual ataupun seksi.

Perbincangan serius pada waktu tidur hanya akan menyebabkan suami dan isteri kehilangan rasa untuk tidur dan hilang peluang untuk seks. 

Sumber: Yahoo

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • 7 Tabiat Yang Boleh Membinasakan Hubungan Dengan Pasangan Anda Sebelum Tidur
Kongsikan:
  • Hentikan 3 Tabiat Buruk Ini SEKARANG Jika Anda Mahu 'Selamatkan' Duit Anda

    Hentikan 3 Tabiat Buruk Ini SEKARANG Jika Anda Mahu 'Selamatkan' Duit Anda

  • 3 Tabiat Buruk Ini Sebenarnya Ciri Anak Pintar Dan Bijaksana!

    3 Tabiat Buruk Ini Sebenarnya Ciri Anak Pintar Dan Bijaksana!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Hentikan 3 Tabiat Buruk Ini SEKARANG Jika Anda Mahu 'Selamatkan' Duit Anda

    Hentikan 3 Tabiat Buruk Ini SEKARANG Jika Anda Mahu 'Selamatkan' Duit Anda

  • 3 Tabiat Buruk Ini Sebenarnya Ciri Anak Pintar Dan Bijaksana!

    3 Tabiat Buruk Ini Sebenarnya Ciri Anak Pintar Dan Bijaksana!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.