Resepi Ayam Telur Masin (Salted Egg Chicken) Mudah Sangat, Kecur Air Liur Memikirkannya!
Resepi ayam telur masin yang enak dimakan bersama nasi panas, anda wajib mencuba resepi ini!
Ini resepi ayam telur masin yang cukup enak bila dinikmati bersama sepinggan nasi panas. Malah ia merupakan hidangan yang cukup lazat dan sangat menyelerakan terutama bagi peminat telur masin!
Kini, anda tak perlu lagi makan di kedai tiap-tiap hari kerana anda boleh buat sendiri lauk ayam telur masin ini.
Bahan-bahan yang digunakan pun sangat mudah nak cari di pasar raya sekitar tempat tinggal anda saja. Jadi, tak ada alasan untuk anda bermalasan untuk memasak di rumah!
Apa tunggu lagi jom kita cuba resepi ayam telur masin yang dapat memenuhi selera anda!
Baca juga: 5 Resepi Perapan Ayam Bakar Untuk Ibu Berpantang! Boleh Dimakan Seisi Keluarga Juga Tau!
Resepi ayam telur masin
Bahan-bahan resepi ayam telur masin
- 1 Kg ayam fillet
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan minyak masak
- Garam secukupnya
- 1½ setengah bawang putih yang telah dicincang
- 1½ setengah sudu halia dicincang
- 1 cawan tepung roti
- 2 biji telur yang telah dikacau
- 5 biji kuning telur masin, dikukus dan ditumbuk halus
- 100 gram mentega
- Sedikit daun kari
Langkah demi langkah
- Potong ayam fillet menjadi beberapa bahagian kecil kemudian rendam dalam garam dan lada. Biarkan ia selama 10 minit.
- Dalam mangkuk berbeza, campurkan tepung beras dan tepung gandum kemudian tambah garam.
- Lumur potongan ayam dalam adunan tepung dan telur yang sudah dikacau tadi bersama tepung roti.
- Goreng selama satu minit tapi jangan terlampau garing, angkat dan asingkan ketepi.
- Bagi sos kuning telur masin, masukkan mentega di atas kuali panas kemudian tambah daun kari, bawang putih, halia dan kuning telur yang sudah disiapkan tadi.
- Masakkan ayam tadi dan biarkan hidangan bersalut dengan kuning telur sehingga warna keemasan. Masak hingga daun kari garing dan wangi.
- Siap untuk disajikan seisi keluarga!
Tip:
- Anda boleh menggunakan paha ayam tanpa tulang dan potong dadu jika ingin ganti fillet ayam.
- Jika anda sukakan pedas, bolah juga tambah cili dalam sos kuning telur itu.
Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar: Florence’s Home Cooking
Sumber: Penulis asal Devi Augustina dan artikel ini mendapat keizinan dari Nonilo Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga: Aneka Resepi Sotong Mudah & Sedap, Konfem Makan Nasi Sepinggan Tak Cukup!