10 Resepi Ayam Yang Sering Menjadi Kegemaran Seisi Keluarga, Memang Sedap!

undefined

Resepi ayam merupakan antara resepi wajib untuk para isteri kerana apa-apa hidangan berkaitan ayam sudah sebati dalam kehidupan kita.

Resepi ayam adalah antara resepi yang para isteri perlu tahu! Tak dapat dinafikan resepi ayam sering menjadi pilihan hidangan untuk seisi keluarga kerana hidangan ayam telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Kali ini, kami kongsi 10 resepi ayam yang popular daripada Che Nom.

10 Resepi Ayam Yang Jadi Kegemaran Seisi Keluarga

1. Ayam Percik

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit perahan limau nipis
  • 2 biji bawang merah besar
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 3-4 biji buah keras
  • 1 mangkuk kecil minyak masak
  • 2 senduk cili kisar
  • 1 sb serbuk cili
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Gula melaka
  • 1 tin Susu Isian Sejat F&N
  • Sedikit bancuhan tepung jagung

Cara penyediaan:

  • Ayam:
  1. Kisar halus bawang besar, halia, lengkuas, bawang putih, kunyit hidup, serai buah keras dengan air separuh tenggelam.
  2. Gaul ayam dengan garam, gula, serbuk pati ayam, serbuk cili, sos tiram, separuh bahan kisar dan sedikit perahan limau nipis. Perap ayam selama 1/2 – 1 jam.
  3. Kukus ayam anggaran 15 minit.
  • Kuah:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus, cili kisar dan serbuk cili. Masak sampai pecah minyak.
  2. Masukkan sedikit air asam jawa, garam dan gula melaka. Sambung masak sampai kering kemudian tuang masuk kuah perapan ayam dan susu isian sejat F&N.
  3. Tambah air bencuhan tepung jagung, masak sampai kuah mendidih dan boleh tutup api.
  • Cara bakar:
  1. Bakar ayam kedua-dua belah (tanpa kuah percik).
  2. Celup ayam dalam kuah percik dan bakar lagi sekali kedua-dua belah. Tambah lagi kuah atas ayam masa bakar. Dah siap panggang, boleh angkat dan hidang.

2. Ayam Goreng Korea Cheese Bertali

Bahan-bahan:

  • Ayam goreng:
    • 700g ayam bahagian peha dan kepak
    • 1/2 inci halia
    • 1 ulas bawang putih
    • 1/2 sk lada hitam
    • 3 sb tepung goreng ayam segera original
    • Sedikit air
    • Tepung segera secukupnya (utk gaul)
  • Sos gochujang:
    • 3 sb  minyak masak
    • 1 ulas bawang putih
    • 3 sb pes gochujang
    • Sedikit air
    • 1/2 sb gula perang
    • 2 sb madu
    • 1 sb kicap manis
    • 1-2 sb bijan
    • 250g Anchor Extra Stretch Mozzarella Cheese

Cara penyediaan:

  • Ayam goreng:
  1. Gaul ayam dengan halia parut, bawang putih parut, lada hitam, tepung goreng segera original dan sedikit air. Perap dalam peti sejuk 15 minit.
  2. Salut ayam perap dengan tepung goreng segera. Goreng ayam sampai perang kemudian angkat dan toskan.
  3. Goreng ayam kali kedua sampai rangup dan ketepikan dulu (kalau tak nak goreng 2 kali, boleh goreng sekali sampai betul-betul rangup).
  • Sos salutan:
  1. Cincang kasar bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang putih itu.
  2. Masukkan pes gochujang, air sikit, gula perang, madu dan kicap manis. Masak sampai naik buih.
  3. Masukkan ayam goreng dan bijan sangai kemudian tos sebati.
  4. Cairkan Anchor Extra Stretch+ Mozzarella Cheese. Tarik  keju dan lilit disekeliling ayam.

3. Ayam Masak Cabai Bersantan

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sk garam
  • 4 tangkai cili padi
  • 2-3 tangkai cili merah besar
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 2 cwn  santan sederhana cair
  • ATAU 1/2 kotak krim  santan
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 keping asam gelugor
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 2 sb  sos tiram
  • Garam
  • Gula
  • Perasa, jika suka

Cara penyediaan:

  1. Potong kasar cili besar, cili padi, bawang besar dan bawang putih dan hiris nipis daun kunyit.
  2. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
  3. Tumbuk kasar bahan potong tadi dengan sedikit belacan.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Bila dah separuh masak, boleh angkat dan ketepikan.
  5. Minyak goreng tadi keluarkan, tinggal anggaran ½ cwn. Kemudian tumis bahan tumbuk kasar sampai garing dan masukkan ayam goreng dan gaul biar sekata.
  6. Masukkan asam keping, santan dan serbuk kunyit kemudian masuk sos tiram, garam dan perasa.
  7. Perlahankan api dan masak sampai kuah pekat dan meresap dengan ayam anggaran 10 minit. Tabur hirisan daun kunyit dan tutup api.

4. Ayam Bawang Nasi Kandar

Bahan-bahan:

  • Bahan kisar halus:
    • 1 biji bawang merah besar
    • 3 biji bawang merah kecil
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
  • Ayam goreng:
    • 1 kilo  ayam
    • 2 sk garam
    • 2 sk serbuk kunyit
  • Bahan lain:
    • 3 biji bawang merah besar
    •  Rempah 4 sekawan(1 kayu manis, 2 bunga lawang, 5 biji pelaga, 3 cengkih)
    • 1 helai daun pandan
    • 1 tangkai daun kari
    • 2 sb serbuk cili
    • 1 sb serbuk kari  daging
    • 1 sk serbuk jintan manis
    • 1/2 sk serbuk jintan putih
    • 1/2 sb garam masala
    • 3 sb sos cili
    • 2 sb sos tomato
    • 2 sb sos tiram
    • 2-3 sb kicap manis
    • Sedikit air
    • Garam secukup rasa
    • 1/2-1 sb gula
    • Serbuk perasa, jika suka
    • Daun ketumbar

Cara penyediaan:

  1. Perap ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Potong kasar bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih dan halia. Kemudian kisar halus bahan potong kasar dengan sedikit air.
  3. Bawang merah besar, hiris nipis manakala daun ketumbar dipotong kasar.
  4. Goreng bawang merah besar sampai perang. Kemudian angkat dan tos minyak.
  5. Goreng ayam sampai garing. Angkat dan ketepikan.
  6. Tumis rempah 4 sekawan dan daun pandan sampai naik bau kemudian masuk daun kari dan bahan kisar halus. Kacau sampai kering.
  7. Masukkan rempah garam masala, serbuk kari  daging, serbuk cili, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih. Tambah air sikit beberapa kali dan tumis sampai rempah masak dan pecah minyak.
  8. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis dan perasakan dengan gula dan garam.
  9. Masukkan ayam goreng dan bawang goreng (masukkan separuh dulu bawang goreng). Salut biar sekata.
  10. Boleh tutup api dan tabur lagi dengan bawang goreng dan daun ketumbar untuk hiasan.

5. Ayam Pedas Ayam Johor

Bahan-bahan:

  • 1 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1-2 ketul kunyit
  • 1 inci halia
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2- 1 kuntum bunga kantan
  • 1 biji tomato
  • 5 batang bendi
  • 1 ikat daun Kesum
  • 15-20 biji cili kering
  • Air pati  asam jawa
  • 1/2 – 1 ekor ayam
  • 1.5 cwn minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • 1 sk serbuk perasa
  • Air, untuk  kuah

Cara Penyediaan:

  1. Potong dua serai dan ketuk kemudian hiris nipis lengkuas, halia, kunyit, bawang merah kecil dan bawang putih.
  2. Belah 2 bunga kantan dan tomato.
  3. Gunting cili kering dan rebus 5-8 minit.
  4. Rendam asam jawa dengan air panas dan ramas.
  5. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, cili kering dan air.
  6. Panaskan minyak dan tumis serai kemudian masukkan bahan kisar halus dan air.
  7. Masak sampai pecah minyak. Ulang 3 kali tambah air dan masak sampai kering.
  8. Masukkan ayam dan sambung masak sampai ayam kecut kemudian masukkan bunga kantan, daun kesum, air asam jawa, garam, serbuk seasoning dan air untuk lebih berkuah.
  9. Reneh sampai ayam masak dan kuah pekat. Selepas itu, masukkan tomato dan bendi. Kacau sekejap dan boleh tutup api.

resepi ayam, hidangan ayam, resepi mudah

6. Ayam Masak Sos Tiram Thai

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • 1/2 sk garam
  • 1 sb  kicap manis
  • 1 sb  sos tiram tiram
  • 1/2 cwn minyak masak
  • 8 ulas bawang putih
  • 3-4 tangkai cili merah besar
  • 6 tangkai cili padi
  • Daun ketumbar
  • 1 sb gula perang/gula Thai
  • 2 sb sos ikan
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 2 sb  sos tiram tiram
  • Garam secukup rasa
  • Limau nipis

Cara Penyediaan:

 
  1. Potong kasar bawang putih, cili merah besar dan cili padi.
  2. Daun ketumbar asingkan batang dan daun. potong kasar.
  3. Gaul ayam dengan serbuk kunyit, garam, kicap manis dan sos tiram. Perap 10 minit.
  4. Kisar kasar bawang putih, akar daun ketumbar, cili padi, cili besar merah dan batang ketumbar.
  5. Panaskan minyak dan goreng ayam sampai masak. Dah masak boleh angkat dan ketepikan dulu.
  6. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar kasar. Masukkan gula perang/ gula thai, sos ikan, daun limau purut, sos tiram tiram dan lebihan air perapan ayam tadi kemudian masak sampai pecah minyak dan pekat.
  7. Masuk ayam goreng dan gaul sekata. Masak sekejap biar kuah meresap ke dalam ayam.
  8. Akhir sekali perah dengan jus limau nipis dan tabir hirisan daun ketumbar.

7. Tomyam Ayam

Bahan-bahan:

  • 4-5 cwn air
  • 4 ketul / 500g ayam
  • 2 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 2 akar ketumbar
  • 1/2 ketul kiub ayam
  • 2-3 sb sos ikan
  • 3 sb pes tomyam
  • Sedikit garam
  • 1 senduk susu cair
  • 1/2 biji bawang holland
  • 4 tangkai cili kering
  • Kubis bunga
  • Tomato
  • Cendawan (jika suka)
  • 5-6 tangkai cili padi
  • Jus  limau nipis
  • Daun ketumbar

Cara Penyediaan:

 
  1. Potong 2 dan dan perah jus  limau nipis atas penapis. tomato pula belah 4 dan kobis bunga potong kecil-kecil. Saiz ikut suka nak besar mana. Cendawan trim bahagian akar.
  2. Che Nom guna cendawan jenis shimeji. Untuk pes tom yam Che Nom selalu guna pes cili thai jenama mae pranom.
  3. Lengkuas hiris nipis, serai hiris menyerong, bawang holland hiris kasar, daun limau purut carik dan buang tulang tengah.
  4. Daun ketumbar potong ambik akar, akar nanti kita akan guna untuk reneh kuah. Bahagian daun kita potong kasar untuk taburan nanti dan cili padi buang tangkai dan belah sikit dekat hujung.
  5. Ayam bahagian ketul besar, Che Nom potong kecil. Kalau untuk tomyam ayam, guna ayam bahagian ada tulang lagi sedap la.
  6. Cili kering, potong 2-3 kemudian bakar atas kuali tanpa minyak, nak bakar direct atas api pon boleh. Bila nampak kesan terbakar sikit boleh angkat dan ketepikan.
  7. Masuk air dalam periuk, tuang masuk lengkuas, serai, akar ketumbar dan daun limau purut. Kemudian didihkan selama 5 minit.
  8. Masukkan potongan ayam, kiub pati ayam, sos ikan dan pes cili thai dan masukkan gula dan garam secukup rasa.
  9. Bila kuah dah mereneh masukkan bawang holland, cili kering yang dibakar tadi, kobis bunga dan susu cair (atau santan / susu krim penuh), masukkan cendawan, tomato dan cili padi.
  10. Sebelum tutup api, renjiskan jus limau nipis dan tabur daun ketumbar untuk tambah wangi.

8. Ayam Masak Butter

Bahan-bahan:

  • Kuah butter:
    • 1/4 cawan mentega
    • 1/2 biji bawang holland
    • 1 tangkai daun kari
    • 2 ulas bawang putih
    • 3-4 tangkai cili padi
    • 1 cwn susu cair
    • 2 keping keju cheddar
    • 2/3 cwn tepung gandum
    • 2/3 cwn tepung jagung
    • 1 sk serbuk lada hitam
    • 1/2 sk serbuk lada putih
    • 1 sk garam
    • 1 sk serbuk seasoning
  • Ayam goreng:
    • 2 ketul besar dada ayam
    • 1 sb serbuk kari daging
    • 1/2 sk garam
    • 1/2 sk serbuk lada putih
    • 1 sk serbuk lada hitam
    • 1 biji telur
    • 1 1/2 sb tepung salutan

Cara Penyediaan:

 
  • Bahan:
    1. Potong dadu kecil bawang holland.
    2. Cincang halus bawang putih.
    3. Hiris nipis cili padi.
  • Ayam goreng:
    1. Campur tepung gandum, tepung jagung, serbuk lada hitam, garam, serbuk lada sulah dan serbuk perasa. Kacau biar bergaul sekata dan ketepikan.
    2. Gaul ayam dengan serbuk kari, serbuk lada putih, serbuk lada hitam dan telur. Kacau sebati kesemua bahan. Tambah tepung salutan dan sambung gaul sekejap. Boleh tambah air sikit kalau terlalu pekat.
    3. Kemudian perap ayam anggaran 1/2 jam. Selepas perap, salut ayam perap dengan tepung salutan tadi.
    4. Panaskan kuali kemudian goreng ayam sampai kuning keperangan dan rangup.
    5. Angkat ayam dan ketepikan.
  • Kuah:
    1. Cairkan mentega dan tumis bawang holland kemudian masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi.
    2. Tuang masuk susu cair (kalau nak ganti susu full cream pon boleh). Masukkan keju cheddar.
    3. Masak sampai kuah mendidih. Garam boleh adjust kalau nak lebih masin.
    4. Tuang masuk ayam goreng dan kacau sebati.
    5. Ayam masak butter sedia untuk dihidang.

9. Resepi Ayam KFC

Bahan-bahan:

  • Perap Ayam KFC:
    • 6 ketul ayam
    • 1/2 sk garam
    • 1 sk serbuk paprika
    • 1/2 sk serbuk garam bawang putih
    • 1/4 sk serbuk lada hitam
    • 1/2 sk serbuk halia
    • 1/2 cwn air
  • Salut Ayam KFC:
    • 2/3 sb garam
    • 1/2 sb taim
    • 1/2 sb daun selasih
    • 1/3 sb oregano
    • 1 sb garam saderi
    • 1 sb serbuk lada hitam
    • 1 sb serbuk biji sawi kuning
    • 4 sb serbuk paprika
    • 2 sb serbuk garam bawang putih
    • 1 sb serbuk halia
    • 3 sb serbuk lada putih
    • 2 cwn tepung gandum
    • 1 sb Ajinomoto

Cara Penyediaan:

    1. Perap ayam dengan garam, serbuk paprika, serbuk garam bawang putih, sebuk lada hitam dan serbuk halia. Gaul sebati kesemua bahan. Tambah air dan perap selama beberapa jam.
    2. Masukkan kesemua rempah salutan seperti garam, thyme, basil, oregano, celery salt, serbuk lada hitam, serbuk mustard, serbuk paprika, serbuk garam bawang putih, serbuk halia, serbuk lada putih dan MSG dalam tepung gandum. Gaul sebati kesemua rempah dan tepung.
    3. Angkat ayam perap tadi dan toskan air.
    4. Salut ayam dalam adunan tepung dan rempah tadi. Angkat ayam dan ketuk-ketuk sikit kemudian celup dalam air sejuk (seeloknya celup ayam dalam penapis untuk senang angkat).
    5. Salut lagi sekali ayam dalam adunan rempah.
    6. Panaskan minyak anggara suhu 175⁰C dan goreng ayam (deep fry). Tutup rapat tudung periuk anggaran 5 minit sebab nak bagi ayam masak dalam dan isi jadi moist.
    7. Bila ayam dah garing boleh angkat dan toskan minyak.

10. Ayam Cili Padi

Bahan-bahan:

  • Ayam cili padi:
    • 1/2 ekor ayam
    • 1 biji kentang
    • Sedikit garam
    • 1/2 sb serbuk kunyit
    • 20-25 tangkai cili padi
    • 1 biji bawang besar
    • 6 ulas bawang putih
    • 1 batang serai
    • 2 biji tomato
    • 1 sb sos tiram
    • 3-4 helai daun limau purut
    • 1 biji bawang holland

Cara Penyediaan:

  1. Buang tangkai cili padi dan potong kasar dan potong kasar bawang putih dan bawang besar. Masukkan cili padi, bawang putih dan bawang besar dalam chopper dan kisar kasar.
  2. Potong kasar tomato. Kalau tomato kecil boleh letak 2 biji tomato. Kentang pula dipotong memanjang ala wedges.
  3. Bawang holland potong membulat. Kalau nak ganti dengan bawang Bombay pon boleh.
  4. Serai trim hujung (atas dan bawah) dan titik atau tumbuk kasar.
  5. Ayam potong kecil, kalau seekor boleh potong 16 bahagian. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Gaul kentang dengan sedikit garam.
  6. Panaskan minyak dan goreng kentang. Bila dah perang kedua-dua belah boleh angkat dan toskan minyak.
  7. Dalam minyak yang sama goreng pulak ayam sampai ¾ masak (kalau nak masak kesemuanya pon boleh tapi ayam akan keras la sikit). Bila dah masak boleh angkat dan ketepikan.
  8. Keluarkan sedikit minyak, tinggal anggaran 2 senduk. Tumis bahan kisar kasar sampai lembut. Kacau sebati.
  9. Masukkan serai dan kacau sampai bawang layu. Masukkan hirisan tomato dan terus kacau sampai tomato lembut dan sedikit hancur. Untuk penambah rasa masukkan sos tiram dan serbuk perasa kemudian kacau sebati
  10. Masukkan kesemua ayam goreng dan gaul sebati. Masukkan sikit dulu garam dan rasa, sebab ayam dan kentang goreng tadi dah ada garam. Masukkan sedikit air untuk lebih berkuah. Kacau sebati dan biarkan kuah reneh sekejap
  11. Masukkan kentang goreng dan daun limau purut. Gaul sebati kemudian masukkan cili padi dan hirisan bawang holland. Masak sekejap, sekadar lembut bawang holland.
  12. Tutup api dah sedia untuk dihidang.

Ini antara resepi ayam yang anda boleh sediakan di rumah. Walaupun kelihatan susah, namun jika anda suka memasak dan mahukan sesuatu yang baru untuk keluarga anda, cuba resepi Che Nom ini. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resipi Popia Nestum Ikut Cara Che Nom Rangup Dan Sedap, Menu Kudapan Paling Perfect!

Baca juga: Resipi Kerabu Kaki Ayam Ala Thai, Paling Bagus Untuk Kulit Sihat & Tegang

Baca juga: Resepi Nasi Minyak Terengganu Asli, Lengkap Dengan Lauk Kurma Daging Memang Sedap

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!