7 Idea Bubur Bayi Penuh Khasiat, Mudahkan Urusan Ibu Bekerja @ Work From Home

undefined

Bagi anda yang berdepan dengan kesuntukan masa kerana perlu menyiapkan tugasan harian, apa kata cuba aneka resepi bubur bayi yang mudah dan berkhasiat ini!

Ketika si manja anda melangkah usia 6 bulan, ibu ayah pastinya rasa teruja untuk memberikannya makanan pejal yang berkhasiat. Justeru, kami kongsikan beberapa resepi bubur bayi bagi memudahkan kerja para ibu khususnya yang bekerja di pejabat atau dari rumah.

Menurut Public Health Malaysia, sebagai permulaan dalam memberikan makanan selain susu ibu kepada bayi, anda hendaklah menghidangkan bubur nasi kosong tanpa tambahan garam dan gula. Perkara ini amat penting bagi membina deria rasa yang baik dan mengelakkan mereka menjadi ‘picky eater’.

Resepi bubur bayi yang mudah dan berkhasiat

Menerusi perkongsian seorang ibu, Nor Dahlia dia turut berdepan kekangan masa dan sama sibuk seperti ibu-ibu lain di seluruh dunia. Namun ia tidak membataskannya dari menyediakan makanan bayi berkhasiat untuk si manja tersayang.

Makanan bayi berkhasiat ini turut sesuai untuk dihantar kepada pengasuh kerana ia hanya perlu ditambah air panas atau dimasak atas dapur sekitar 4 hingga 5 minit sahaja.

#1. Bubur sayur kubis bunga

bubur bayi mudah

foto: 100comments

Bahan-bahan

  • Sedikit beras wangi
  • 2 sudu susu formula
  • Sayur kubis bunga
  • 3 biji kurma

Cara penyediaan

  1. Rebus beras terlebih dahulu. Masukkan kurma dan sayur bunga kubis. Apabila semua sudah empuk, biarkan ia sejuk seketika.
  2. Kisarkannya sehingga hancur. Kalau pekat sangat boleh tambah sedikit air

#2. Bubur nasi dan lobak merah

bubur bayi brkhasiat

credit to sources

Bubur nasi dan lobak merah juga antara resepi bubur bayi yang enak dan mudah untuk disediakan. Caranya adalah dengan:

  1. Goreng beras tanpa minyak dan kisarkannya sehingga hancur
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih bersama minyak zaitun sehingga naik bau.
  3. Kemudian tambahkan beras hancur tadi, lobak merah yang dipotong kecil dan sedikit air. Masak menggunakan api perlahan sehingga sempurna.

#3. Bubur nasi dan susu ibu

makanan bayi

Bahan-bahan

  • Beras
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Susu ibu

Cara penyediaan

  1. Sangai beras iaitu goreng tanpa minyak
  2. Kisar beras sehingga hancur
  3. Tumis bawang merah dan bawang putih menggunakan minyak zaitun sehingga kekuningan
  4. Masukkan beras, sedikit air dan susu ibu. Masak dengan api perlahan dan siap!

#4. Bubur nasi bersama ikan bilis

bubur bayi ikan bilis

Bahan-bahan

  • Sedikit beras
  • Ikan bilis dibuang tulangnya
  • Bawang putih
  • Bawang merah

Cara penyediaan

  1. Goreng beras tanpa minyak, kemudian kisarkannya sehingga hancur
  2. Seterusnya, kisarkan pula ikan bilis
  3. Tumiskan bawang putih dan merah bersama minyak zaitun sehingga kekuningan
  4. Masukkan beras, sedikit air dan serbuk ikan bilis. Masak dengan api perlahan sehingga siap

#5. Bubur bijirin oat

resepi bubur bayi mudah

Bagi anda yang ingin menukar selera makan anak, bolehlah cuba resepi bijirin oat ini pula. Teksturnya seakan-akan nestum, namun ia versi organik dan tidak mengandungi pengawet. Ibu disarankan beli oat organik di pasaraya kerana ia lebih sihat dan segar.

Bahan-bahan

  • 1 cawan organic rolled oat (jangan guna jenis instant)
  • 1 cawan air masak
  • 1 sudu tepung gandum
  • 1 sudu perahan lemon

Cara penyediaan

  1. Rendam semua bahan lebih kurang 12 jam. Boleh guna suhu bilik, tetapi lebih baik dibiarkan dalam peti sejuk.
  2. Toskan selama 12 jam (ia memang lama bagi membolehkan oat benar-benar kering untuk proses sangai)
  3. Goreng oat tanpa minyak sehingga ia benar-benar kering. Apabila sejuk, kisar menggunakan blender.
  4. Kemudia ayak seperti ibu mengayak tepung. Dah siap! bila nak bagi dekat bayi, anda hanya tambahkan sahaja air panas.

#6. Bubur nasi cheese

idea bubur bayi

Bahan-bahan

  • 2 sudu beras perang (buat lebih untuk stok ke rumah pengasuh) dibasuh bersih sambil selawat dan toskan sehingga kering
  • 2 gelas air masak
  • Sedikit sayur brokoli
  • Beberapa potong buah labu (optional) 
  • 250gram isi ayam
  • 1 ulas bawang putih, 1 biji bawang merah kecil
  • 1 sudu minyak zaitun
  • Sedikit unsalted cheese

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan merah sehingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam. Kacau sebentar dan masukkan 2 gelas air. Tutup periuk dan biarkan ia mendidih
  3. Tambahkan beras dan labu, kacau selalu supaya beras tidak melekat di bahagian bawah. Tunggu sehingga air sedikit kering, barulah ibu masukkan brokoli.
  4. Pastikan kesemua bahan masak dengan sempurna sebelum tutup api. Dah siap!

#7. Bubur nasi bersama ayam dan brokoli

bubur bayi

Bahan-bahan:

  • Beras 
  • Isi ayam
  • Sayur brokoli
  • Sedikit carrot

Cara memasak

  1. Basuh beras bersih-bersih, masukkan dalam bekas dan isikan sedikit air
  2. Simpan beras tersebut dan isi ayam dalam peti sejuk semalaman
  3. Kemudian panas air sehingga mendidih, masukkan sayur brokoli dan carrot.
  4. Tambah beras yang beku tadi dan masak selama 10 minit menggunakan api sederhana kecil.

Sumber: Bidadari, Rida Shafie, Nur Syafiqa 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combubur-salmon

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!