6 Resepi Ikan SALMON Kaya Protein, Omega-3 Baik Untuk Otak Kanak-Kanak!

Ikan salmon antara ikan yang mengandungi tinggi omega-3 yang baik untuk otak anak. Dikongsikan di sini resepi ikan salmon yang boleh ibu cuba!

Ikan salmon terkenal dengan khasiatnya dan ia antara makanan yang sering ibu-ibu berikan kepada anak-anak. Pening memikirkan resepi ikan salmon untuk dihidangkan kepada anak?

Kami ada penyelesaian untuk anda. Resepi ini sesuai dimakan oleh kanak-kanak malah bayi juga. Ia juga boleh dimakan seisi keluarga jadi ibu tak perlulah pening-pening untuk masak banyak-banyak lauk lagi kan?

Salmon merupakan jenis ikan yang sangat terkenal dengan khasiatnya. Ia mempunyai kandungan protein, vitamin A dan omega 3 yang banyak. Tidak hairanlah ia menjadi makanan pilihan ibu untuk anak!

Baca juga: Kaya Omega-3 & Protein Lengkap, Bubur Salmon Brokoli Bantu Anak Menjadi Bijak!

Resepi ikan salmon untuk kanak-kanak

Resepi ini dikongsikan di saji.my. Ia mudah disediakan malah tidak mengambil masa yang lama untuk memasaknya. Cubalah!

#1. Blackened salmon with garlic sauce

Resepi ikan salmon

Bahan-bahan:

Bahan perapan:

Ikan salmon
Sos tiram
Serbuk kari
Sebuk lada hitam
Herba campuran
Garam dan perasa

Bahan kisar halus:

4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
150 ml susu segar
1 sudu kecil serbuk kari
Secubit serbuk lada hitam
Garam dan perasa secukup rasa

Bahan lain:

Keju
Mentega
Daun kari
Bancuhan air tepung jagung

Cara-cara:

  1. Perap ikan salmon dengan bahan perapan selama 5 minit.
  2. Menggunakan api sederhana, panggang ikan salmon yang diperap dengan mentega. Untuk mengelakkan air ikan cepat kering, tutup kuali semasa memanggang.
  3. Ketepikan ikan salmon setelah dipanggang.
  4. Menggunakan kuali berasingan, tumis bahan kisar halus menggunakan api sederhana.
  5. Tambah sekeping keju dan daun kari untuk aroma.
  6. Setelah keju cair, masukkan bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

#2. Rosemary and garlic roasted salmon

Resepi ikan salmon

Bahan-bahan :

2 ulas bawang putih
1 sudu besar rosemary
500 g – 800 g ikan salmon
¼ sudu kecil garam
¼ sudu kecil lada hitam

Cara-cara :

  1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 200°C
  2. Cincang halus bawang putih.
  3. Letakkan salmon di atas kertas minyak atau kerajang aluminium.
  4. Tabur bawang putih, rosemary, garam dan lada hitam.
  5. Masukkan ke dalamketuhar dan bakar selama 12 minit atau sehingga salmon sudah senang dicerai-cerai.

#3. Salmon panggang

Bahan-bahan:

Ikan salmon
Garam Himalaya
Lada hitam
Serbuk cili
Bawang putih (dicincang)
Sedikit minyak zaitun
Air untuk merebus
Bunga kobis (dipotong)
Brokoli (dipotong)
Lobak (dipotong)

Cara-cara:

  1. Perasakan ikan dengan sedikit garam Himalaya, lada hitam, serbuk cili, bawang putih yang dicincang dan sedikit minyak zaitun.
  2. Perapkan sekejap.
  3. Panggangkan ikan.
  4. Rebuskan sekejap air dan masukkan bawang putih, bunga kobis, brokoli dan lobak. Rebus sehingga separuh masak.
  5. Masukkan sedikit garam Himalaya.
  6. Panggangkan sayur bersama ikan yang sedang dipanggang tadi.
  7. Sedia untuk dihidang.

#4. Salmon panggang kuah lemon

Bahan-bahan:

1 biji lemon
3 sudu tepung gandum (dibancuh dengan air)
Mentega
2 sudu lada hitam
2 sudu lada putih/sulah
Sedikit garam
2 ulas bawang putih cincang

Cara-cara:

  1. Panaskan mentega.
  2. Masukkan bawang putih cincang.
  3. Masukkan bancuhan tepung gandum dan perahan lemon.
  4. Masukkan lada hitam, putih, garam dan kiub pati ayam.
  5. Sedia untuk dihidang.

#5. Salmon panggang bersama kuah putih

Bahan-bahan:

Ikan salmon
Garam
Lada hitam
Lemon
Mentega
Minyak zaitun
Bahan sos putih:

½ biji bawang besar (dipotong dadu)
2 sudu besar tepung gandum
250 ml susu segar @ 1 tin susu cair
Lada sulah
Parsley kering, oregano atau mixed herbs

Cara-cara:

  1. Setelah salmon sudah dibasuh, taburkan garam dan lada hitam yang ditumbuk kasar dan gaul rata.
  2. Perah sedikit lemon dan sapu mentega pada ikan.
  3. Perap semalaman.
  4. Menggunakan kuali non-stick, panggang ikan. Letakkan sedikit minyak zaitun dan pastikan panggang tidak terlalu lama.
  5. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar sehingga layu.
  6. Setelah bawang layu, masukan tepung gandum.
  7. Kacau sebati kemudian tuangkan susu segar/susu cair.
  8. Taburkan garam, lada hitam, lada sulah dan parsley/oregano/mixed herbs.
  9. Masukkan sedikit air untuk cairkan kuah.
  10. Sedia untuk dihidang.

#6. Bubur oat salmon

Resepi ikan salmon

Bahan-bahan:

Bawang putih
Bawang merah
Bilis (ditumbuk ) *optional
4 sudu oat
1½ cawan air
Telur (dibuat telur hancur)

Cara-cara:

  1. Tumbuk bilis bersama bawang putih dan bawang merah. Tumiskan.
  2. Masukkan sayur pilihan anda dan gorengkan.
  3. Tambahkan air.
  4. Masukkan oat.
  5. Tunggu mendidih dan pekat.
  6. Sedia untuk dihidang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: saji.my

Baca juga: Masak Bubur Bayi & Nasi Ikut Cara 2 DALAM 1 Ini, Mudah & Jimat Masa Ibu Di Dapur!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!