Resepi Lontong Dan Kuah Lodeh Ikut Cara Che Nom, Mudah & Menjadi!

Resepi lontong dan kuah lodeh merupakan hidangan kegemaran ramai. Walaupun ringkas tetapi cukup mengenyangkan perut para tetamu yang hadir.

Hidangan lontong dan kuah lodeh bukan sahaja sesuai dihidangkan di pagi raya malah sesuai untuk jamuan rumah terbuka. Kami kongsikan resepi lontong dan kuah lodeh ikut cara Che Nom. Sangat mudah dan menjadi!

Resepi Lontong Dan Kuah Lodeh

Bahan-bahan:

  • 2 inci lengkuas, dititik
  • 2 batang serai, dititik
  • 500 gram udang
  • 1 kotak santan segera
  • ATAU santan dari 1/2 biji kelapa
  • 1 batang karot, potong panjang
  • 7-8 batang kacang panjang, potong
  • 1/2 biji sengkuang
  • 1 bungkus tempe, potong kiub
  • 3 ketul tauhu, potong kiub
  • 1 genggam suun
  • 3-4 keping fucuk, rendam lembut dan potong 1 inci panjang
  • sedikit kubis cincang (anggaran 1/4 bahagian)

Bahan untuk kisar halus:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 inci kunyit hidup
  • Atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar udang kering, rendam bersama air seketika

Bahan untuk dihidang bersama:

  • nasi impit, rebus
  • telur, rebus
  • tempe, hiris nipis dan goreng garing (optional)
  • ikan bilis kecil, goreng (optional)

Cara Penyediaan:

  •  
  1. Bersihkan udang, buang kepala dan kulit (jika suka).
  2. Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga kekuningan dan naik bau dan kemudian masukkan lenkuas dan serai yang dititik.
  3. Masukkan udang dan kacau seketika. Kemudian tuang santan cair dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan sayur karot, kacang panjang, sengkuang sehingga lembut.
  5. Masukkan pula tempe, tauhu, suun, fucuk dan kubis sehingga lembut.
  6. Setelah lembut masukkan pula santan pekat dan masak di atas api yang perlahan. Teruskan mengacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul. Tambahkan air yang secukupnya jika kuah terlalu pekat.
  7. Hidangkan bersama nasi impit, telur rebus, tempe goreng dan ikan bilis goreng.
  8. Sudukan sambal ikan bilis atau sambal sotong rendam untuk melengkapkan hidangan.

Disyorkan menggunakan kunyit hidup sebagai bahan utama kerana rasa dan aroma menambahkan lagi kesedapan kuah lodeh berbanding serbuk kunyit.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Kuah Kacang Paling Sedap Dan Mudah, Makan Dengan Nasi Impit Memang Perfect!

Baca juga: Resipi Rendang Daging Sedap Untuk Hari Raya Ikut Cara Che Nom

Baca juga: Cara Buat Ketupat Palas Lemak Yang Mudah & Lembut Untuk Raya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!