Tak sabarnya nak raya! Selalunya bila musim raya pasti pening kepala nak hidangkan menu untuk tetamu datang beraya nanti. Jangan risau, dikongsikan 20 menu open house raya yang mudah untuk dicuba.
Menu Open House Raya
Berikut menu open house raya untuk tetamu datang beraya:
1. Soto Ayam

Menu wajib kena ada kalau nak buat rumah terbuka. Hidangan ini kelihatan ringan tetapi cukup mengenyangkan kerana lengkap dengan hirisan ayam, begedil dan kacang. Sungguh enak bila dimakan dan dihirup kuahnya panas-panas.
2. Laksa

Menu open house raya ini antara yang paling ramai tetamu suka. Tidak kiralah sama ada laksa Johor, laksa Utara atau laksa Penang, semuanya mempunyai keunikan yang tersendiri.
Yang paling penting, kuah mesti pekat lawan pula dengan mee yang tebal dan kenyal. Ditambah dengan sedikit perahan air limau bersama hirisan timun, salad dan telur rebus yang memikat selera para tetamu.
3. Laksam

Menu open house raya seterusnya adalah laksam. Laksam merupakan antara makanan tradisi pantai timur dan selalunya dihidang untuk sarapan pagi.
Sekali sekala beri kejutan kepada tetamu yang belum pernah merasai keenakan laksam yang sangat lembut dan kuah berlemak yang pekat.
Pasti membuatkan mereka teringat-ingat!
4. Nasi Ayam

Nasi ayam juga menjadi salah satu menu open house raya. Bukan sahaja sedap, tetapi hidangan ini sesuai untuk semua peringkat umur termasuklah kanak-kanak. Masak dalam kuantiti yang banyak boleh hidang dari pagi hingga ke malam.
5. Bihun Goreng

Bila dah kering idea nak hidangkan menu untuk tetamu yang datang mengejut, boleh hidangkan bihun goreng yang paling ringkas. Bahan penyediaannya tidak banyak dan mudah didapati sekiranya betul-betul terdesak.
6. Mee Kari

Menu open house raya yang lain adalah mee kari.
Mee kari yang meriah dengan lauk-pauk memang sedap, jadi ketika jamuan rumah terbuka inilah sesuai dihidangkan untuk tetamu yang datang beraya.
7. Kuey Teow Goreng

Jika anda tercari menu rumah terbuka dengan bajet B40 boleh cuba hidangan ini. Mudah dan sedap!
8. Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis

Mesti ada di antara kita yang rindu nak makan nasi lemak setelah sebulan berpuasa. Jadi, tak pelik pun kalau anda masak nasi lemak sambal ikan bilis ketika jamuan raya nanti. Tetamu tentu gembira!
9. Nasi Dagang

Nasi dagang biasanya dimasak dengan menggunakan beras pulut dan santan. Kemudian, dihidangkan bersama kari ikan tongkol dan acar timun. Boleh buat perut saudara-mara atau jiran tetangga yang datang betul-betul kenyang!
10. Nasi Kerabu

Walaupun cara penyediaannya agak rumit tetapi berbaloi untuk menjadi menu raya kerana ia menjadikan open house anda nampak lain dari yang lain. Orang yang hadir pun tidak muak setelah dijamu dengan bermacam hidangan raya yang lain seperti lemang, rendang dan nasi impit.
11. Mee Hailam

Kalau buat rumah terbuka pun boleh buat mee hailam. Bahannya mudah dan tidak merenyahkan. Jangan lupa lebihkan sedikit kuah ya kerana hidangan ini sedap dimakan dengan kuah yang banyak dan pekat.
12. Satay

Mungkin tetamu yang bakal hadir sudah kenyang jadi tukar menu yang lebih ringan seperti satay. Menu ini memang selalunya cepat habis kalau dihidangkan untuk orang ramai.
13. Nasi Tomato

Selain itu, hidangan nasi tomato juga sesuai untuk juadah hari raya kerana sesuai dimakan untuk tengah hari atau petang. Kalau rindu nasi kenduri bolehlah cuba menu ini pula.
14. Bihun Singapore

Bila dah masuk minggu kedua raya pasti rasa buntu nak masak apa lagi. Bihun Singapore mungkin menjadi pilihan anda kerana sangat mudah dan boleh dimakan oleh sesiapa sahaja.
15. Lontong Kuah Lodeh

Sedapnya kalau dapat rasa lontong dengan kuah lodeh. Tak lengkap rasanya makan tanpa sambal ikan bilis yang padu dan pedas ini.
16. Spaghetti Carbonara

Bila dah jemu makan makanan biasa, hidangkan tetamu sajian pasta yang menjadi ‘favourite’ ramai tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak.
17. Nasi Ayam Penyet

Jika tetamu atau kenalan anda suka makan pedas, jangan teragak-agak untuk cuba hidangan ini yang pasti kena dengan selera mereka.
18. Mee Goreng Basah

Mee goreng masak menjadi pilihan makanan apabila makan di kedai mamak atau gerai tepi jalan, tapi kalau dapat buat sendiri baru seronok bila dapat melihat tetamu menikmati hidangan sepuasnya.
19. Roti Jala

Sedapnya roti jala! Anda juga boleh pelbagaikan juadah raya dengan hidangkan roti jala dengan kuah kari untuk jamuan hari raya. Walaupun nampak ringkas, tetapi tetap mengenyangkan!
20. Rojak

Jangan kata tidak pernah dibuat orang. Rojak juga menjadi salah satu menu raya kerana bahan-bahan yang mudah dan tak cepat basi. Tetamu boleh pilih nak banyak mana dan tuangkan kuah panas-panas apabila hendak makan sahaja.
21. Mee Bandung

Mee bandung antara menu mudah untuk dihidangkan sebagai menu open house raya sepanjang syawal nanti. Boleh variasikan antara daging dan udang yang pasti digemari oleh tetamu yang akan datang beraya nanti.
Jadi, anda boleh cuba 21 menu open house raya yang kami kongsikan untuk dijamu kepada tetamu yang hadir pada rumah terbuka sempena syawal nanti. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anda semua!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resipi Rendang Daging Sedap Untuk Hari Raya Ikut Cara Che Nom
Baca juga: Mencari Menu Jamuan Raya Yang Bajet? 6 Jenis Lauk Ayam Ini Boleh Dihidang Dengan Pelbagai Masakan
Baca juga: 7 Idea Menu Jamuan Raya Sekolah Yang Mudah & PALING Digemari Kanak-Kanak
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!