TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Resepi Sambal Belacan Ikan Bilis Menu Untuk Berbuka Nanti Simple & Sedap! Kecur Air Liur Bila Teringat

4 min bacaan
Resepi Sambal Belacan Ikan Bilis Menu Untuk Berbuka Nanti Simple & Sedap! Kecur Air Liur Bila Teringat

Resepi sambal belacan ikan bilis yang super sedap. Anda memang patut cuba!

Pagi tadi semasa saya melayari laman facebook, saya terbaca post ini mengenai resipi sambal belacan ikan bilis yang mudah. Sebenarnya, gambar pada post itu yang telah menarik perhatian saya. Mulut terus meliur teringatkan rasa masam, masin, manis dan pedas, terfikir pula ini kalau jadi menu buka puasa nanti mesti ons!

Wajah saya kelihatan seperti cina, walaupun saya juga “banyak mix”(bak King Coco) dan saya memang gemar makanan Melayu. Masak lemak, masak tiga rasa, kari, tempoyak, ulam, semua saya suka.

Masa kerja kat KL dulu, orang akan selalu hairan tengok lauk pilihan saya. Lebih-lebih lagi kalau saya makan mengunakan tangan.

Tetapi kadang-kadang masakan melayu yang popular seperti kari and rendang sangat berlemak. Setelah banyak makanan yang berlemak, terasa pula nak makan makanan yang simple sahaja,  apatah lagi bulan puasa nanti mesti nak masak cepat-cepat lepas balik kerja! Janji membuka selera, enak dan mudah.

Resepi Sambal Belacan Ikan Bilis 

Bahan-bahan

  • bawang putih
  • bawang merah
  • cili padi
  • Ikan bilis
  • belacan
  • limau kasturi
  • Kicap lemak manis  ‘Cap Kipas Udang’

Langkah-Langkah Sambal Belacan Ikan Bilis Limau Kasturi

Bakar belacan dulu. Kalau bakar pakai pengepit bagus lagi. Janganlah direct sangat atas stove, mana tau tak bersih ke:

sambal belacan ikan bilis

sumber gambar: Daya, Naiem, Naqib, Hamzah

Masukan semua bahan-bahan ke dalam batu tumbuk, tumbuk semua sekali:

resepi sambal belacan ikan bilis

Perahkan beberapa limau kasturi dan masukan sedikit kicap lemak manis hingga secukup rasa:

resepi sambal belacan limau kasturi

Siap! Mudahkan?

Tinggal je makan bersama ulam sayur-sayuran seperti:

sambal belacan goreng ikan bilis

  • anak jagung rebus
  • kacang bendi rebus
  • ulam daun pegaga
  • ulam raja
  • ulam daun selom

Kalau nak lagi best makan bersama nasi putih yang tengah panas-panas tu. Fuh, memang boleh terangkat selera makan anda. Sebut pasal sambal ini, perut pun automatik berbunyi tanda lapar. 

Lagi resepi ikan bilis mudah dan sedap!

Untuk menjimatkan masa dan juga poket, ikuti sahaja resipi serunding halia ini kerana buat sendiri lebih sedap dan kebersihan terjamin!

Serunding halia ikan bilis ini adalah memang lain daripada yang lain. Proses memasaknya juga amat mudah. Perkara paling penting adalah anda boleh meletakkan kuantiti halia sebanyak mana dimahukan supaya dapat memanaskan tubuh badan dan mengeluarkan angin, maklumlah bulan puasa memang perut mudah masuk angin kan.

Bahan-bahan

  • Halia tua ditumbuk halus atau disagat
  • Sedikit bawang putih (ditumbuk bersama halia atau dihiris)
  • Ikan bilis (dibersihkan)
  • Sedikit garam dan perasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • Cara penyediaan

-Perah halia yang ditumbuk untuk mengeluarkan air. Anda perlu mengambil hampasnya sahaja.
serunding halia ikan bilis

-Panaskan kuali, masukkan minyak dalam kuantiti yang banyak dengan api yang besar. Masukkan halia dan goreng sehingga garing.
cara mudah serunding halia

-Angkat dan toskan minyak.
Kemudian dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
Tumbuk ikan bilis sehingga hancur atau separuh hancur mengikut citarasa anda.
serunding halia untuk berpantang

-Tabur garam dan serbuk perasa secukupnya ke dalam bekas berisi halia goreng. Masukkan ikan bilis tumbuk dan gaul sehingga ia rata.

-Simpan serunding halia di dalam bekas kedap udara untuk jadikannya lebih tahan lama.

Info chef:

Kuantiti sukatan bagi setiap bahan bergantung kemahuan masing-masing.
Jika mahukan rasa serunding yang lebih sedap, anda boleh tambahkan sedikit bawang goreng.

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Khasiat halia

Halia adalah rempah berakar yang tidak asing lagi dalam dunia masakan. Ia memiliki rasa yang sedikit pedas, ‘letar’ dan membangkitkan aura lebih segar. Jika makan secara terus, anda mungkin rasa kurang selesa.

Namun jangan pandang rendah khasiat halia ini, kerana ia memiliki pelbagai khasiat untuk badan malah juga ibu berpantang!

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba sambal belacan ikan bilis dan ikan bilis halia ini! 

Jangan lupa like Facebook page kami di theAsianparent Malaysia. 

Sumber: Nerina Elli

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Cara Buat Stok Ayam Untuk Bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resepi Sambal Belacan Ikan Bilis Menu Untuk Berbuka Nanti Simple & Sedap! Kecur Air Liur Bila Teringat
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham