X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Mencari Menu Jamuan Raya Yang Bajet? 6 Jenis Lauk Ayam Ini Boleh Dihidang Dengan Pelbagai Masakan

25 Apr, 2023
Mencari Menu Jamuan Raya Yang Bajet? 6 Jenis Lauk Ayam Ini Boleh Dihidang Dengan Pelbagai Masakan

Kos barangan mentah yang semakin naik membuatkan ramai memilih menu jamuan raya bajet, mudah disediakan dan enak dinikmati.

Bila dah nak masuk seminggu selepas raya ini, bermulalah aktiviti rumah terbuka atau open house untuk menjemput keluarga dan sahabat handai untuk datang beraya ke rumah masing-masing dengan menghidangkan pelbagai menu jamuan raya.

Namun kos barangan mentah yang semakin meningkat membuatkan masing-masing pening memikirkan bajet yang bakal dikeluarkan nanti. Kalau tak buat rasa tak lengkap hari raya, tapi kalau buat lari bajet pula.

Jangan risau, kami senaraikan beberapa menu jamuan raya paling murah berasaskan ayam, ia mudah disediakan, sedap dan ramai sukakannya! Tambahan pula lauk ayam boleh dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan seperti nasi impit, ketupat palas, lemang dan aneka jenis nasi.

Walaupun menu jamuan raya bajet, asalkan open house anda tetap meriah, tetamu juga berselera makan. Bajet yang kurang tidak bermakna anda tidak boleh menghidangkan menu terbaik buat tetamu.

Dibawah adalah enam menu jamuan raya berasaskan ayam yang anda boleh cuba;

Opor Ayam Kuning

menu jamuan raya

Bahan-bahan :

  • 1 kg ayam | potong sederhana
  • 500ml santan pekat
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu the serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 3cm lengkuas | titik
  • 2 helai daun salam
  • 2 batang serai |titik
  • 1 sudu makan gula perang
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam secukup rasa

Bahan kisar halus :

  • 10 ulas bawang merah
  • 3cm kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 biji buah keras

Cara memasak :

  1. Masukkan separuh santan dalam periuk, kemudian tambah ke dalamnya bahan kisar, serbuk ketumbar, jintan dan lada hitam.
  2. Kacau rata dan biarkan ia mendidih di atas api sederhana.
  3. Masukkan ayam kacau rata. Setelah ayam kecut, masukkan lebihan santan, asam gelugor, daun salam, lengkuas dan serai.
  4. Terus didihkan ayam hingga ayam empuk dan kuah pekat.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah cukup rasa dan masak, tutup api.
  7. Opor ayam sedia dihidangkan dengan nasi impit atau ketupat.

Ayam Palembang

menu jamuan raya

Bahan-bahan :

  • 1 kg ayam | potong kecil dan sederhana
  • 4 batang serai | titik
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 cawan kicap pekat manis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

Bahan kisar :

  • 15 tangkai cili kering | rebus dan tos
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm lengkuas
  • 2cm halia

Bahan rempah penumis :

  • 3cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Cara memasak :

  1. Gaulkan ayam dengan serdikit garam halus dan serbuk kunyit. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan rempas penumis hingga wangi.
  3. Seterusnya masukkan bahan kisar bersama serai hingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air dan masak atas api sederhana.
  5. Setelah ayam masak, masukkan kicap, kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api biarkan mereneh lebih kurang tiga minit.
  7. Tutup api dan ayam sedia dihidangkan.

Ayam Rendang Minang

menu jamuan raya

Bahan-bahan :

  • 1 kg ayam | potong sederhana
  • 500ml santan pekat
  • 2 sudu makan kerisik
  • 6 helai daun limau purut
  • 4 batang serai | titik
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

Bahan kisar :

  • 3 biji bawang besar | hiris
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 10 tangkai cili kering | rebus
  • 5 biji buah keras
  • 3cm lengkuas
  • 2cm halia
  • 3cm kunyit hidup

Cara memasak :

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama serai dan daun limau purut.
  2. Setelah timbul minyak dan wangi, masukkan ayam, kacau rata dan tutup seketika kuali.
  3. Selepas 2-3 minit buka penutup dan kacau rata lagi.
  4. Biarkan mereneh atas api sederhana hingga air ayam kering.
  5. Masukkan santan dan asam gelugor.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah kuah pekat, masukkan kerisik dan kacau lagi.
  8. Kecilkan api, biarkan ia mereneh lebih kurang lima minit lagi.
  9. Tutup api dan rendang sedia dihidangkan.

Ayam Sambal Daun Limau Purut

Mencari Menu Jamuan Raya Yang Bajet? 6 Jenis Lauk Ayam Ini Boleh Dihidang Dengan Pelbagai Masakan

Bahan-bahan :

  • 1kg ayam | potong sederhana dan bersihkan
  • 1 biji limau nipis | ambil airnya sahaja
  • 5 helai daun limau purut | hiris halus
  • 1 batang serai titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

Bahan kisar :

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 10 tangkai cili kering | rebus

Cara memasak :

  1. Gaulkan ayam bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bahan kisar bersama serai dan hirisan daun limau purut hingga wangi.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul rata dan perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis tadi.
  6. Kecilkan api dan biarkan mereneh seketika.
  7. Tutup api dan ayam sambal sedia dihidangkan.

Ayam Sambal Hijau

menu jamuan raya

Bahan-bahan :

  • 1kg ayam | potong sederhana
  • 1 biji limau nipis | ambil airnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

Bahan kisar :

  • 8 biji cili hijau
  • 10 biji cili padi hijau
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai

Cara memasak :

Stories Rakan Kongsi
Staying Healthy For Your Developing Child: 6 Nutritional Diet Hacks for Busy Mummies
Staying Healthy For Your Developing Child: 6 Nutritional Diet Hacks for Busy Mummies
Build Your Child's Immunity To Fight Infections
Build Your Child's Immunity To Fight Infections
Asthma and How it Affects Us Emotionally, What to Do Then?
Asthma and How it Affects Us Emotionally, What to Do Then?
How to Teach Your Child Good Eating Habits - So They Can Reach Their Optimal Growth!
How to Teach Your Child Good Eating Habits - So They Can Reach Their Optimal Growth!
  1. Gaulkan ayam dengan garam halus dan sedikit serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat dan toskan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  5. Masukkan ayam,goreng tadi gaul rata.
  6. Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkan api, renenhkan seketika baru tutup api.
  8. Sambal ayam sedia dihidangkan.

Ayam Rendang Kerutup 

menu jamuan raya

Bahan-bahan :

  • 1kg ayam | potong sederhana
  • 500ml santan
  • 2 sudu makan rempah kerutup
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 3 sudu makan kerisik
  • 4 batang serai | titik
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

Bahan kisar :

  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 3cm lengkuas

Bahan sangai dan kisar :

  • 2 sudu makan ketumbar biji
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih

Bahan rempah penumis :

  • 3cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih

Cara memasak :

  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar, pes cili kering dan serai,
  3. Kacau rata dan tambahkan rempah kerutup yang dibancuh dengan sedikit air.
  4. Setelah pecah minyak masukkan ayam, kacau rata supaya ayam sebati dengan bahan tumisan.
  5. Apabila ayam kecut dan air tumisan kering, masukkan santan dan asam gelugor.
  6. Biarkan rendang mereneh atas api sederhana hingga kuah pekat.
  7. Tambahkan kerisik, taburkan bahan sangai yang telah dikisar. Kacau lagi.
  8. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  9. Kecilkan api dan biarkan rendang mereneh seketika hingga pecah minyak.
  10. Tutup api, rendang sedia dihidangkan.

Rasa 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Perlu Idea Untuk Menu Menjamu Tetamu Raya Ini? Boleh Cuba Resepi Laksa Yang Pelbagai Variasi Ini

Baca juga : Bayi Terliur Melihat Hidangan Raya Orang Dewasa? 7 Resepi Makanan Baby 6 Bulan Edisi Raya, Lengkap Dengan Nutrisi!

Baca juga : Cocktail Buah Segar Dinikmati Pada Cuaca Panas, Wajib Disediakan Untuk Rumah Terbuka!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Mencari Menu Jamuan Raya Yang Bajet? 6 Jenis Lauk Ayam Ini Boleh Dihidang Dengan Pelbagai Masakan
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham