Rendang, lemang dan ketupat menjadi kelaziman sewaktu sambutan hari raya malah, ia ibarat makanan wajib ada di rumah terbuka.
Namun jika berkunjung lima rumah dalam sehari dan dihidangkan menu yang sama, kadangkala timbul juga rasa jemu. Bayangkan jika sebulan aktiviti ziarah menziarahi serta terjumpa makanan sama setiap hari. Apa kata kita tukar menu dan hidangan yang jarang orang buat.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- 10 idea makanan rumah terbuka jarang orang buat
10 idea makanan rumah terbuka jarang orang buat
Seperti yang dikongsikan menerusi laman Daily Makan, ini 10 idea untuk menu bagi acara open house. Lupakan seketika rendang, lemang dan ketupat, mari cuba idea ini.
1- Nasi putih berlaukkan ikan goreng, budu dan ulam ulaman

Sekali sekala hidangkan tetamu anda dengan makanan lauk kampung yang biasa dimakan waktu tengah hari, pasti tetamu suka. Bertambah-tambah nasi dan mereka pulang ke rumah dengan hati gembira kerana perut pun kenyang.
2- Pulut ikan masin

Jarang dibuat orang untuk rumah terbuka, biasanya pulut beserta rendang tetapi ini dengan ikan masin. Hidangan ini boleh dijadikan sampingan pada acara open house.
3- Ubi kayu rebus sambal ikan bilis

Hidangan lain daripada yang lain, juga jarang dapat sewaktu rumah terbuka bahkan, boleh jadi tidak ada langsung.
4- Laksa siam

Ubah selera dengan menghidangkan laksa siam, makanan ini mempunyai tekstur yang berbeza termasuk rasanya. Laksa siam lebih lemak dan pekat berbanding laksa biasa.
5- Aiskrim kon

Kebiasaannya di majlis kahwin disediakan aiskrim kon. Kali ini kita buat di rumah terbuka dan pasti laku dengan keadaan cuaca panas, masing-masing berebut.
6- Sate ikan @ lokcing

Ini juga boleh dijadikan menu sampingan sewaktu rumah terbuka. Kalau hidangan sate daging dan ayam, memang biasa ada di majlis tersebut. Kali ini kita cuba tukar kepada sate ikan pula.
7- Colek buah

Dengan pelbagai jenis buah yang dihidangkan, menu ini boleh dijadikan sebagai pencuci mulut.
8- Teh beng

Cuaca panas dan dapat pula minum teh beng ais, alangkah sedapnya. Boleh sediakan sebalang air terus, jadi tak perlu bersusah-susah untuk menambah air.
9- Dadih

Ini juga makanan yang boleh dihidangkan kepada tetamu dan paling sedap apabila baru dikeluarkan daripada peti ais.
10- Yong tau foo

Biasa beli yong tau foo di pasar malam tetapi kali ini, apa kata hidangkan sewaktu rumah terbuka. Lain daripada yang lain, tetamu juga pasti menambah menu ini.
Sudahkah anda memilih menu manakah untuk acara open house pada hujung minggu nanti? Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resepi Cha Bang Ang Atau Aroikah Yang Mudah & Sedap, Minuman Viral Dari Thailand
Baca juga: Resepi Chicken Buttermilk Untuk Bayi 7 Bulan, Rasa Penuh Berkrim & Menyelerakan
Baca juga: Resepi Sweet Potato Untuk Bayi Yang Sedap & Berkhasiat, Bantu Pikat Selera Si Manja
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!