X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Jangan Main Beli, Wanita Ini Kongsi Tips Pilih Design Baju Raya Mengikut Bentuk Badan

4 min bacaan
Jangan Main Beli, Wanita Ini Kongsi Tips Pilih Design Baju Raya Mengikut Bentuk Badan

Design baju raya yang pelbagai membuatkan ramai wanita keliru untuk memilih yang mana sesuai dengan bentuk tubuh badan.

Bagi golongan wanita memilih design baju raya adalah satu cabaran bagi mereka. Hal ini kerana kaum hawa lebih rumit dan teliti berbanding lelaki. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Tips pilih design baju raya yang sesuai dengan bentuk badan
  • Cara memilih baju raya mengikut bentuk badan

Sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Di samping menunaikan ibadah puasa, rata-rata masyarakat sudah mula melakukan persiapan untuk meraikan perayaan Aidilfitri ini. Salah satu persiapan yang sedang berlaku adalah mencari baju raya.

Tips pilih design baju raya yang sesuai dengan bentuk badan

 Tips penting bagi wanita yang masih tercari-cari untuk membeli baju raya adalah memilih design baju raya mengikut bentuk tubuh sendiri. Jika anda memilih baju yang kurang sesuai kemungkinan besar ianya akan “merosakkan” gaya anda di hari raya nanti. 

Contohnya, tidak semua wanita sesuai untuk memakai baju yang mempunyai dart di bahagian belakang. Begitu juga dengan kedudukan siluet dart baju di belakang, hanya sesetengah pemakai sahaja yang sesuai dan selesa dengan rekaan tersebut. 

Cara memilih baju raya mengikut bentuk badan

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, Wani Senan, beliau telah memuat naik panduan dalam memilih baju raya kepada kaum Hawa di luar sana. Ikuti tips ini dalam membantu anda membuat pilihan yang bijak dan tepat.

#1. Cutting duyung

Cutting duyung atau juga dikenali sebagai “mermaid cutting” sangat sesuai dipakai bagi wanita yang mempunyai bahu bidang.

Rekaannya yang fit tetapi kembang sedikit di bahagian bawah, terkenal di pakai di majlis-majlis yang besar atau hari perayaan. Dari segi material pula yang sesuai adalah jersey dan kapas.

Anda perlu elak dari memilih fabrik yang tebal kerana ia akan menyebabkan tubuh badan kelihatan lebih berisi. 

 

design baju raya

#2. Dart baju di depan

Bagi wanita yang mempunyai bentuk punggung yang besar tetapi dada kecil dan perut pula leper, rekaan baju dengan dart di hadapan akan menampakkan gaya yang lebih yakin dan elegant.

Anda juga akan mendapatkan potongan punggung yang tidak terlalu besar dan menonjol. Selain itu, tambahan bagi hiasan sulaman dan rekaan di bahagain tertentu seperti “neckline” baju juga akan mengalihkan perhatian dari bahagian pungung anda.

Material yang sesuai adalah jersey, kapas dan viscose.

design baju raya

#3. Dart baju di belakang

Berbeza bagi wanita yang mahukan bahagian punggungnya lebih terserlah, anda boleh memilih baju dengan gaya dart di bahagian belakang.

Hal ini kerana baju yang mempunyai dart di bahagian belakang amat sesuai digayakan oleh wanita yang berdada besar tetapi mempunyai punggung yang leper. Hasilnya punggung akan kelihatan bulat, menonjol, dan terbentuk sahaja. 

design baju raya

#4. Corak baju dan kain sama

Untuk wanita yang kecil pula, anda boleh mempertimbangkan untuk memakai baju yang mempunyai corak sepadan dengan kain. Trik ini berguna untuk anda tampak lebih tinggi dan bergaya. Disarankan anda memilih warna-warna yang cerah dan bercorak sederhana. 

design baju raya

#5. Pesak gantung

Baju kurung pesak gantung pula sesuai bagi wanita yang rendah tetapi mempunyai masalah perut buncit. Gaya pesak gantung membolehkan si pemakai menutup perut buncit dan seterusnya akan kelihatan lebih langsing dan kurus.

Pilih jenis fabrik dari kain kapas dan crepe. Tetapi elakkan membeli baju dari bahan kain yang ringan, lembut, dan licin seperti lycra dan jersey. Ini kerana material tersebut mudah melekap di badan dan seterusnya mengikut bentuk badan anda. 

design baju raya

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

#6. Kurung Pahang

Siapa yang tidak kenal dengan kurung Pahang yang sangat popular ini.

Tetapi tidak ramai yang tahu fungsinya sebagai salah satu cara untuk menampakkan tubuh badan yang kurus dan tinggi kelihatan lebih menarik. Rekaan dengan peplum atau ‘pleats’ di bahagian pinggang akan menambah kejelitaan si pemakai di hari raya.

Material yang sesuai adalah jersey, kapas, satin dan sutera.

design baju raya

Pemilihan baju yang sesuai mengikut gaya si pemakai dan bentuk badan membolehkan seseorang itu bertambah yakin dan berani untuk  kelihatan cantik sepanjang masa.

Tetapi ingat membeli biarlah berpada. Elakkan pembaziran dan rancang aktiviti beli-belah anda lebih awal agar tidak lari dari bajet yang diharapkan. 

Kredit foto: Farin Hashim

Twitter, Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik, Selesa dan Stylo! Jom Pilih Sekarang!

Baca juga:  Tips Cari Baju Raya Anak & Promosi Baju Poney Sempena Perayaan Ini!

Baca juga: Family Day: Design Baju T-shirts Untuk Keluarga Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Hannani Juhari

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Jangan Main Beli, Wanita Ini Kongsi Tips Pilih Design Baju Raya Mengikut Bentuk Badan
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham