X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Terliur Melihat Hidangan Raya Orang Dewasa? 7 Resepi Makanan Baby 6 Bulan Edisi Raya, Lengkap Dengan Nutrisi!

4 min bacaan
Bayi Terliur Melihat Hidangan Raya Orang Dewasa? 7 Resepi Makanan Baby 6 Bulan Edisi Raya, Lengkap Dengan Nutrisi!

Juadah hari raya yang boleh dihidangkan bagi makanan baby 6 bulan sudah semestinya tanpa garam dan gula, ini antara cadangan menu yang sihat

Sebelum memasuki usia 6 bulan, bayi yang sudah menunjukkan tanda-tanda bersedia untuk makan dibolehkan untuk memulakan makanan. Selain hidangan puree, ibu juga boleh pelbagaikan variasi menu makanan baby 6 bulan dengan hidangan raya supaya anak boleh merasa pelbagai rasa dan tekstur makanan.

Hidangan raya untuk makanan baby 6 bulan yang dikongsikan menerusi Iris Medina di Instagram, sesuai dihidangkan untuk bayi kerana lengkap dengan kelas makanan iaitu karbohidrat, protein dan fiber.

Ia akan menaikkan selera makan anak dan mengurangkan kecenderungan untuk anak jadi ‘picky eater’. Yang penting, kenalkan makanan yang sama pada anak mengikut teknik 4 days rule sebelum cuba 7 resepi ini.

4 days rule adalah teknik untuk kenalpasti sama ada anak mempunyai reaksi atau tindak balas terhadap sesuatu makanan apabila mula diperkenalkan. Kenalkan makanan yang sama selama 2-3 hari dan lihat reaksi mereka

Masak Lodeh

makanan baby 6 bulan

Bahan-bahan: 

  • Bawang merah (dikisar)
  • Kunyit
  • Ikan bilis
  • Hirisan Tempe
  • Hirisan Lobak Merah dan Sengkuang
  • 1 kiub mirepoix
  • Santan
  • Air

Cara Penyediaan: 

  1.  Kisar bawang besar, kunyit dan ikan bilis.
  2. Masak bahan yang telah dikisar bersama sedikit air, tunggu sehingga mendidih.
  3. Kemudian, masukkan tempe, lobak merah dan sengkuang.
  4. Setelah sayur empuk masukkan mirepoix dan santan dan tunggu sehingga masak.
  5. Akhir sekali, masukkan fucuk dan suhun
  6. Sedia untuk dihidang bersama nasi impit. 

Rendang

makanan baby 6 bulan

Bahan-bahan: 

  • Bawang putih (dikisar)
  • Bawang merah (dikisar)
  • Halia
  • Serai
  • 4tsp pes cili
  • 1 sudu besar kerisik 
  • 1 kiub mirepoix
  • Ayam atau daging (pilihan)
  • Air
  • Santan

Cara Penyediaan:

  1. Blend bawang putih, bawang merah dan serai. Tumiskan bahan yang telah dikisar hingga keperangan
  2. Masukkan cili padi, mirepoix.
  3. Masak hingga keperangan. Masukkan kerisik, daging lembu dan tunggu sehingga masak. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
  4. Akhir sekali masukkan santan dan masak hingga mendidih.
  5. Sedia untuk dihidang bersama nasi impit.

* Baki tambahan boleh dibekukan tanpa santan. Panaskan semula dan masukkan sedikit santan jika perlu.

Sup Ayam Cendawan

makanan baby 6 bulan

Bahan-bahan: 

  • 4 rempah sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
  • Bawang merah (dikisar)
  • Bawang putih (dikisar)
  • Ayam
  • Hirisan Cendawan
  • Kentang
  • Air

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan 4 rempah ratus hingga naik bau.
  2. Masukkan cendawan dan ayam, biarkan mendidih selama 15 minit.
  3. Kemudian, masukkan sedikit air secukupnya
  4. Masak sehingga daging empuk.
  5. Akhir sekali masukkan kentang.
  6. Biarkan mendidih sehingga masak.

Pasta Ayam Cendawan

makanan baby 6 bulan

Bahan-bahan: 

  • Pasta/Spaghetti (direbus)
  • Bawang putih (dikisar)
  • Susu penuh krim
  • Mentega tanpa garam
  • Hirisan cendawan
  • Stok kaki ayam
  • Keju berkrim
  • Herba campuran

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang putih dengan mentega tanpa garam.
  2. Masukkan cendawan dan stok kaki ayam, kacau rata.
  3. Tuangkan susu penuh krim dan keju krim. Masak hingga pekat.
  4. Taburkan beberapa herba campuran.
  5. Setelah sos pekat, masukkan pasta.
  6. Gaul sebati. Anda boleh bekukan lebihan sos pasta.
  7. Sedia untuk dihidang

Anda juga boleh pelbagaikan variasi makanan dengan pemberian makanan untuk bayi melalui teknik baby led weaning (BLW). Berikut cadangan resepi BLW untuk menaikkan selera anak: 

Eggless Donut (Donut Tanpa Telur)

makanan baby 6 bulan

Bahan-bahan: 

  • 1 cawan tepung tanpa gluten
  • 1/2 cawan air suam
  • 1 sudu besar mentega tanpa garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar keju krim *pilihan

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
  2. Uli doh sehingga tidak melekat lagi. Boleh tambah lagi tepung jika masih melekat
  3. Biarkan ia mengembang selama 15 minit-1 jam.
  4. Canai doh. Acuan mengikut bentuk yang dikehendaki. Biarkan ia naik semula selama 15 minit.
  5. Bekukan kumpulan tambahan dengan kertas pembakar untuk mengelakkan melekat semasa pembekuan.
  6. Goreng dengan sedikit minyak masak dengan api sederhana kecil

Banana Oat Pancake (Penkek Pisang Oat)

baby food

Bahan-bahan: 

  • 1 biji telur
  •  4 sudu besar Rolled Oat
  •  1 pisang
  • Puree madu/Kurma
  • 4 sudu besar susu penuh krim
  • 1 sudu besar mentega

Cara Penyediaan:

  1. Kisar semua bahan sehingga sebati.
  2. Masak dengan api perlahan sehingga masak
  3. Sedia untuk dihidangkan. Boleh disimpan sejuk beku dibalut dengan aluminium foil sehingga 3 bulan.
  4. Panaskan semula menggunakan pembakar roti atau airfryer.

Oat Chicken Nugget

makanan

Bahan-bahan: 

  • 1 cawan isi ayam (dikisar) 
  • 1biji telur
  • Sedikit serbuk bawang merah dan bawang putih
  • Sedikit paprika
  • Sayur (dikisar)

Bahan untuk salutan:

  • 1-2 sudu besar tepung jagung + 1- 2 sudu besar air
  • Serbuk roti

Cara Penyediaan:

  1. Kisar semua bahan kecuali bahan untuk salut sehingga sebati.
  2. Bentukkan nugget mengikut bentuk yang diingini. Sapukan dengan air tepung jagung dan kemudian serbuk roti.
  3. Goreng dalam minyak masak sehingga masak
  4. Atau, boleh bekukan separuh masak atau batch yang sudah bersalut.

Selamat mencuba!

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Instagram: Iris Medina

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Makanan Bayi 6 Bulan Yang Lazat Dan Cukup Nutrisi, Elak Masalah Sembelit

Baca juga: Jadual Makan Bayi 6 Bulan Mengikut Panduan KKM, Penting Untuk Ibu Rujuk

Baca juga: Bayi Dah Mula Makan Solid? Ini 7 Resepi Yang Boleh Ibu Cuba Beri Pada Si Manja!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Bayi Terliur Melihat Hidangan Raya Orang Dewasa? 7 Resepi Makanan Baby 6 Bulan Edisi Raya, Lengkap Dengan Nutrisi!
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham