Makanan Bayi 6 Bulan: Resepi Bubur, Stok Ayam & Makanan Puri Yang Bagus

undefined

Dapatkan inspirasi dari 5 resepi makanan bayi 6 bulan ini yang pasti akan membuka selera si manja anda yang baru sahaja mula mengambil makanan pejal!

Sebelum kami kongsi dengan anda resepi makanan bayi 6 bulan, tahniah kami ucapkan kerana bayi anda sudah boleh mula makan makanan pejal!

Saya pasti ibu-ibu tak sabar melihat si manja mereka mencuba makanan untuk kali pertama pula!

Ibu-ibu sudah beli sudu dan mangkuk khas untuk si manja tak? Kalau belum, di bawah adalah beberapa tips yang boleh membantu ibu-ibu untuk membuat pilihan:

  1. Bayi belum pandai menjilat sudu dengan lidah lagi, jadi belikan sudu plastik yang kecil dan nipis supaya senang disuap dalam kuantiti yang sedikit ke dalam mulut.
  2. Sebagai langkah keselamatan, beli jenis yang bersalut silicon yang berubah warna apabila tersentuh makanan panas. Ini boleh mengelak mulut bayi melecur.
  3. Mangkuk yang sesuai pula bergantung dengan ibu. Ibu suka suap anak ke nak biarkan anak suap sendiri? Ada mangkuk yang dilengkapkan dengan pelekat silikon di bawah supaya mangkuk boleh lekat pada meja dan tidak senang bergerak.

Kalau sudah bersedia, mari kita lihat beberapa resepi makanan bayi 6 bulan yang senang di bawah: 

1 – Bubur Nasi (2 hidangan)

makanan bayi, makanan bayi usia 7 bulan, bayi resipi makanan bayi, menu makanan bayi, resepi makanan bayi 6 bulan

Resepi makanan bayi 6 bulan paling asas: bubur nasi

Hampir setiap keluarga akan mula dengan bubur nasi. Sesetengah ibu pula mungkin lebih suka beras perang buat si manja kerana kandungan nutrien yang lebih tinggi.

Bahan-Bahan:

1⁄4 cawan beras
1 3⁄4 cawan air

Cara memasak:

  1. Didihkan air. Masukkan beras, kacau dari semasa ke semasa.
  2. Reneh selama 10 minit dan teruskan mengacau.
  3. Ketepikan.

Sebelum diberi kepada si manja, bubur itu akan dikisar sehingga halus. Ada yang kisar beras dulu sebelum memasak, tapi saya lebih suka masak bubur seperti biasa kemudian kisarkan.

Tambahkan susu ibu sedikit sebelum diberi kepada bayi.

2 – Puri sayur-sayuran (2 hidangan)

makanan bayi, makanan bayi usia 7 bulan, bayi resipi makanan bayi, menu makanan bayi, resepi makanan bayi 6 bulan

Apabila menambahkan sayuran ke dalam resepi makanan bayi 6 bulan, labu dan lobak adalah pilihan popular kerana rasanya yang manis-manis.

Untuk memastikan si manja mendapat nutrien serta serat dari sayur-sayuran, ibu boleh kukus sayur pilihan kemudian purikannya.

Walaupun pilihan popular adalah lobak dan labu, ibu juga boleh membuat puri bayam, brokoli dan sayur-sayur lain.

Bahan-Bahan:

1⁄2 cawan lobak merah (atau sayur pilihan)
Air yang secukupnya untuk mengukus

Cara memasak:

  1. Masukkan lobak merah ke dalam pengukus dan letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga lembut.
  2. Kisar dengan sedikit air ataupun sup ayam yang secukupnya. Kalau cukup lembut, ibu juga boleh lenyekkan lobak merah sehingga ia menjadi puri.

Puri sayur-sayuran boleh diberi begitu sahaja pada mula-mula untuk mengikut “4 days wait rule” apabila memperkenalkan makanan baru kepada si manja.

Tetapi selepas itu, ibu bolehlah campur dengan sup ayam dan bubur nasi untuk memperkenalkan rasa yang lebih kompleks 

3 – Puri Buah-buahan (2 hidangan)

makanan bayi, makanan bayi usia 7 bulan, bayi resipi makanan bayi, menu makanan bayi, resepi makanan bayi 6 bulan

Resepi makanan bayi 6 bulan : Tahukah ibu bapa bahawa buah pir sangat bagus untuk anak yang sembelit?

Ibu juga boleh menggunakan epal, tembikai susu ataupun buah pic dan prun. Buah pir dan buah prun sangat bagus untuk anak yang sembelit.

Bahan-bahan:

1 biji epal merah, dibersihkan, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz kecil supaya ia cepat lembut.
1 cawan air

Cara memasak:

  1. Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
  2. Masukkan buah epal ke dalam periuk. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.
  3. Lenyek epal dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri ataupun ibu juga boleh kisarkan.

Puri buah-buahan boleh diberi begitu sahaja ataupun dicampur dengan susu ibu. Terpulanglah kepada citarasa ibu.

4 – Sup Stok Ayam Dan Ikan Bilis

makanan bayi, makanan bayi usia 7 bulan, bayi resipi makanan bayi, menu makanan bayi, resepi makanan bayi 6 bulan

Apabila menyediakan resepi makanan bayi 6 bulan, sup stok ayam boleh ditambahkan sebagai perisa tambahan

Untuk menambah rasa kepada bubur atau makanan bayi, ibu boleh cuba sediakan stok ayam dan ikan bilis ini.

Bahan-bahan:

800 g tulang ayam bahagian dada
1 1⁄2 cawan ikan bilis
4 cawan air

Cara memasak:

  1. Bersihkan tulang ayam dan buangkan lemak, kulit dan darah beku. Buang kepala dan isi perut ikan bilis.
  2. Didihkan 4 cawan air dan masukkan tulang ayam dan ikan bilis. Sebaik sahaja mendidih, senduk keluar segala kotoran pada permukaan sup sehingga sup itu jernih. Reneh ayam selama 45 minit atau sehingga sup itu tinggal separuh daripada jumlah asal.
  3. Tapis dan biarkan sejuk.

Sup ayam ini boleh ditambahkan ke dalam bubur si manja. Kemudian baki sup ayam boleh disimpan dalam peti sejuk.

Stok ayam boleh disimpan dalam peti sejuk selama seminggu ataupun dibekukan sehingga sebulan. Tetapi sebelum membekukan stok ayam, asingkan mengikut jumlah yang diperlukan untuk setiap hidangan.

Satu cara yang bijak ialah untuk membekukan stok ayam dalam bekas ais ketul. Dengan melakukan ini, ibu hanya perlu menyahbekukan jumlah sup yang diperlukan.

5 – Serbuk ikan bilis

makanan bayi, makanan bayi usia 7 bulan, bayi resipi makanan bayi, menu makanan bayi, resepi makanan bayi 6 bulan

Satu cara lain untuk menambahkan rasa kepada resepi makanan bayi 6 bulan ialah untuk membuat serbuk ikan bilis di rumah.

Satu cara lain untuk menambah perisa kepada makanan bayi ialah untuk membuat serbuk ikan bilis di rumah.

Bahan-bahan:

1 cawan ikan bilis

Cara memasak:

  1. Buang kepala dan isi perut ikan bilis kemudian cuci dengan air. Rendam untuk 5 minit jika tidak mahu ikan bilis itu terlalu masin.
  2. Buang air rendaman dan perah ikan bilis itu untuk mengeluarkan lebihan air.
  3. Goreng hingga kering dan ranggup dalam kuali tanpa minyak. Ibu juga boleh menggunakan air fryer ataupun ketuhar untuk melakukan ini.
  4. Biar hingga sejuk, kemudian kisar sehingga menjadi serbuk.

Serbuk ikan bilis ini boleh dicampur bersama dengan bubur si manja. Tapi ingat, jangan guna terlalu banyak – kalau tidak direndam sebelum dimasak, ia mungkin terlalu masin.

Baki yang tidak digunakan boleh di simpan di dalam bekas kedap udara dan ke dalam peti sejuk sehingga habis digunakan.

Resepi untuk bayi 6 bulan – Puri Epal, Pic Kering dan Kurma

Makanan Bayi 6 Bulan: Resepi Bubur, Stok Ayam & Makanan Puri Yang Bagus

Bahan-bahan:

• 1 biji epal merah
• 4-5 pic kering
• 1 biji kurma

Cara memasak:

1. Potong dadu epal. 
2. Hiris kasar kurma dan pic kering. 
3. Masukkan semua bahan dalam periuk. Masukkan 4-6 sudu air. 
4. Renehkan semua bahan selama 10 minit sehingga lembut. 
5. Setelah lembut, kisar semua bahan hingga sebati di dalam mesin pengisar. 

Resepi untuk bayi 6 bulan – Puri Epal, Pir dan Kayu Manis

Makanan Bayi 6 Bulan: Resepi Bubur, Stok Ayam & Makanan Puri Yang Bagus

Bahan-bahan:

• 1 biji epal merah 
• 1 biji pir hijau
• Sebatang kayu manis
• 3-5 sudu air

Cara-cara memasak:

1. Potong dadu epal dan pir
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
3. Tutup periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah-buahan tadi lembut
4. Setelah lembut, keluarkan kayu manis dan kisar di dalam mesin pengisar sehingga sebati

Selamat mencuba ibu-ibu sekalian!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Makanan Pejal Pertama Bayi, Apa Yang Boleh Apa Yang Tidak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!