Cara Buat Resepi Nugget Ayam Buat Si Manja Tersayang, Tentu Dia Suka!

undefined

Bila anak menikmati resepi nugget ayam ini, tentunya dapat memikat seleranya yang mungkin ingin kelainan dalam setiap hidangan dari bonda tercinta!

Anak anda gilakan nugget ayam? Jangan risau, memanglah yang jual di pasaran itu kurang berkhasiat tapi sebenarnya anda boleh buat sendiri nugget ayam yang sedap lagi berkhasiat!

Resepi nugget ayam sebenarnya sangat mudah untuk dibuat, malah ia tidak memerlukan banyak bahan, dan juga bahan-bahannya cukup mudah dicari!

Kalau anak gemar makan sayur, anda boleh cuba buat resepi nugget ayam sayur yang semestinya sedap dan berkhasiat buat si kecil yang semakin membesar. 

Jom kita lihat resepi ini yang memang cukup ringkas dan pastinya lazat! 

Resepi nugget ayam buat si kecil 

#1. Resepi nugget ayam bawang

resepi nugget ayam, resepi nugget, resepi nugget ayam sayur, resepi nugget ayam bersayur, nugget, resepi nugget buat bayi, nugget untuk bayi, resepi nugget sedap, resepi nugget simple, resepi nugget mudah, resepi ringkas nugget, nugget ayam, nugget sayur, nugget untuk si kecil, nugget buat si manja

Kredit: Solusi ibu attack

Bahan-bahan: 

  • 400gm isi ayam / dada ayam yang dicincang
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 lobak 
  • 1/2 seleri (jika mahu) 
  • daun bawang ( Tak nak letak pun boleh)
  • 3 sudu tepung jagung
  • 2 sudu besar lada sulah
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 biji telur

Cara-cara membuat: 

  1. Kisar isi ayam dengan telur, lada sulah dan garam. Tambah air lebih kurang 1/4 cawan supaya mudahkan blender
  2. Campur bahan kisar tadi dengan tepung jagung dan gaul rata. Tambah air atau tepung untuk adunan yang tidak terlalu pekat atau cair.
  3. Sapu minyak zaitun pada loyang dan kukus adunan hingga masak. Ia ambil masa sekurang-kurangnya 10 ke 20 minit.
  4. Sejukkan adunan yang telah dikukus dan potong nugget ikut bentuk kesukaan. 
  5. Selepas itu, celup dalam telur dan golek dalam serbuk roti.
  6. Simpan untuk goreng pada hari lain atau buat stok daam peti ais. 
  7. Lapik plastik supaya tidak melekat.
  8. Jika ingin beri pada anak, cukup sekadar goreng bagi garing saja kerana ia sudah masak. 
  9. Selamat mencuba! 

#2. Resepi nugget ayam bersayur

resepi nugget ayam, resepi nugget, resepi nugget ayam sayur, resepi nugget ayam bersayur, nugget, resepi nugget buat bayi, nugget untuk bayi, resepi nugget sedap, resepi nugget simple, resepi nugget mudah, resepi ringkas nugget, nugget ayam, nugget sayur, nugget untuk si kecil, nugget buat si manja

Kredit : Dapur Kobe

Bahan-bahan: 

Bahan A:

  • 800 gram ayam yang telah dikisar (ambil bahagian isi sahaja)
  • 2 cawan tepung jagung 
  • Serbuk lada hitam 
  • Serbuk bawang putih
  • Daun sup
  • Daun ketumbar 
  • Sayur (boleh letak lobak, kubis, sawi, bayam, brokoli dan lain-lain) Kemudian hiris halus. 
  • Garam atau bahan perasa lain (terpulang kalau nak letak) 

Bahan B: 

  • 5 biji telur untuk disalut pada nugget 
  • Serbuk roti 

Cara-cara membuat: 

  1. Gaul semua bahan A hingga sebati. 
  2. Bila bahan A sudah digaul sebati. ambil sedikit demi sedikit dan buat bentuk yang anda suka mengikut kreativiti masing-masing. 
  3. Pecah telur dan golek dengan telur yang telah dibentuk tadi. 
  4. Ambil serbuk roti untuk salutan terakhir dan golek hingga rata. 
  5. Akhir sekali, simpan dan sejukkan supaya bentuknya lebih pejal.
  6. Siap untuk digoreng. 

Mudah bukan? Sepanjang ibu ayah WFH ini bolehlah sediakan untuk anak-anak. Sesungguhnya banyak khasiat nugget homemade berbanding dengan nugget beku yang dibeli dipasaran. Selain itu ketahui juga khasiat ayam untuk anak!

Khasiat ayam untuk anak kecil

resepi nugget ayam

Ketika si manja memasuki umur 6 bulan, mereka boleh diberikan kepada makanan pejal yang berkhasiat memandangkan sistem perutnya masih lagi terlalu muda. Apabila usia semakin bertambah, ibu-ibu juga perlu perkenalkan daging ayam sebagai sumber protein yang baik.

Antara kebaikan isi ayam dari segi kesihatan ialah:

#1. Menggalakkan perkembangan otot

Menurut Mom Junction, penyediaan 100 gram isi ayam memiliki sebanyak 18.6 gram protein bagi setiap hidangan. Dalam hal ini, protein adalah nutrisi penting yang perlu ada dalam setiap makanan bagi menyokong tumbesaran dan perkembangan otot si manja lebih sihat.

Bukan itu sahaja, ia diperoleh dari sumber haiwan adalah sangat bagus dan mudah dihadam oleh sistem pencernaan kanak-kanak.

#2. Merangsang perkembangan otak

Selain itu, daging ayam sangat kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C dan B12. Ia berfungsi dalam merangsang perkembangan otak si manja. Vitamin B12 turut dikenali sebagai Cobalamin iaitu kandungan penting dalam isi ayam yang membolehkan anak-anak lebih bijak.

#3. Melancarkan saluran darah

Isi ayam juga mempunyai kandungan iron yang tinggi bagi melancarkan dan memperbaiki sistem saluran darah. Di samping itu, ia turut membantu memperbanyakkan sel-sel darah mereka dan berfungsi dalam menstabilkan tekanan darah supaya ia dalam keadaan yang baik.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Pamapedia, Sirap Limau 

Baca juga: Resepi Pizza Tanpa Oven Ini Sangat Sedap, Cubalah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!