Minggu Restoran Halal Korea 2019 Akan Tiba, Inilah Masa Terbaik Untuk Lawat Korea!
Seronoknya, dengan minggu restoran halal di Korea 2019 ini, pelancong dapat menikmati pelbagai diskaun menarik di restoran yang terjamin halal di Korea!
Minggu Restoran Halal Di Korea 2019 Menyambut Pelancong Beragama Islam
Korea Tourism Organization akan menyambut pelancong beragama Islam dengan “Minggu Restoran Halal Korea” ke-4. Seramai lebih 150 restoran mesra umat Islam mengambil bahagian dan menawarkan diskaun istimewa sepanjang berlangsungnya kempen ini.
Korea Tourism Organization menganjurkan “Minggu Restoran Halal Korea 2019,” ini untuk menarik pengunjung beragama Islam ke Korea, selama dua bulan mulai 1 September hingga 31 Oktober.
Promosi Minggu Restoran Halal Korea dimulakan sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan kesukaran berkaitan makanan, yang sering dihadapi oleh pelancong beragama Islam disebabkan oleh kekurangan restoran makanan Halal di Korea.
Malah, ia juga untuk meningkatkan infrastruktur pelancong Korea untuk memenuhi keperluan pelancong beragama Islam dengan lebih baik.
Melalui tinjauan tentang corak perjalanan pelancong beragama Islam semasa mereka berada di Korea, KTO menyatakan secara khusus isu makanan adalah masalah utama yang dialami oleh ramai pelancong beragama Islam kerana kekurangan restoran yang menghidangkan makanan Halal di Korea.
Promosi Minggu Restoran Halal di Korea ini diwujudkan untuk menyediakan pelancong beragama Islam dengan maklumat tentang tawaran Halal dan diskaun yang boleh dipercayai, seraya dapat mengukuhkan imej Korea sebagai destinasi pelancong yang mesra umat Islam.
Acara ini juga bertujuan untuk menggabungkan kecemerlangan hidangan makanan Korea dan kebolehsuaiannya dengan keperluan Halal.
Pengunjung-pengunjung ke Korea sepanjang tempoh ini, akan mendapat akses kepada diskaun dan faedah-faedah lain daripada “Restoran Mesra Umat Islam” yang ditetapkan KTO dan tapak pelancongan utama.
Pengunjung-pengunjung juga akan mendapat akses kepada buku kupon Minggu Restoran Halal Korea melalui pejabat-pejabat KTO di kawasan-kawasan pelancong beragama Islam utama (Singapura, Kuala Lumpur, Jakarta, Bangkok, New Delhi, Dubai, Istanbul, Almaty).
Buku kupon ini termasuk kupon diskaun yang boleh digunakan di restoran-restoran mesra umat Islam dengan nilai KRW 3,000 dan KRW 10,000 serta kupon untuk setiap tempat tarikan utama dan program pengalaman.
Selain itu, 54 buah restoran mesra umat Islam akan menawarkan menu set istimewa semasa tempoh promosi dan diskaun kupon sehingga KRW 10,000. Kupon boleh dimuat turun daripada platform mudah alih dan laman web rasmi acara ini (www.hrwkorea.or.kr).
KTO telah mengiktiraf kepentingan dan pengaruh sektor pelancongan umat Islam dan melaksanakan pelbagai usaha untuk menarik lebih ramai pelancong beragama Islam ke Korea.
Berusaha untuk terus meningkatkan bilangan restoran mesra umat Islam sejak tahun 2016 merupakan bahagian utama daripada usaha ini untuk menyelesaikan isu makanan, yang merupakan masalah paling penting yang dihadapi oleh pelancong beragama Islam di Korea.
Atas sebab itu, restoran-restoran umat Islam di seluruh negara dibahagikan kepada empat kategori – Diperakui Halal, Diperakui Sendiri, Mesra Umat Islam dan Tanpa Khinzir – bergantung pada kriteria terperinci seperti penggunaan bahan-bahan Halal dan khinzir, untuk ditetapkan sebagai restoran mesra umat Islam.
Bilangan restoran yang ditetapkan sebagai Restoran Mesra Umat Islam meningkat daripada 135 buah restoran pada tahun 2016 kepada 250 buah restoran menjelang akhir tahun 2018, lantas menyumbang kepada usaha untuk mengurangkan kesukaran yang sering dihadapi oleh pelancong beragama Islam dalam isu makanan.
Projek sokongan KTO juga termasuk penubuhan surau bergerak di kawasan pelancong di wilayah Jeju (“Tamnara Republic”) untuk kemudahan menunaikan sembahyang oleh umat Islam, berserta sejadah tambahan di surau yang terletak di tapak-tapak pelancong utama dan hotel-hotel.
Di samping itu, KTO berusaha untuk membangunkan pakej pelancong baharu yang dapat menampung pelancong beragama Islam dalam K-Wave dan lapangan lain selain pakej-pakej premium seperti pelancongan perubatan untuk menawarkan respons yang pelbagai kepada permintaan berbeza daripada pasaran umat Islam.
Usaha-usaha ini membawa kepada reputasi Korea yang semakin meningkat sebagai destinasi mesra umat Islam.
Menurut laporan GMTI (Indeks Perjalanan Umat Islam Global) 2019, Korea menduduki tempat ke-8 antara destinasi-destinasi bukan OIC. Melihatkan keadaan ini, bilangan pengunjung umat Islam tahunan ke Korea dijangka melebihi paras 1 juta buat julung kalinya pada tahun 2019.
- Laman Web Perjalanan Mesra Umat Islam KTO: https://english.visitkorea.or.kr/enu/ATR/muslim_intro.jsp
- Laman Sesawang Acara Minggu Restoran Halal: www.hrwkorea.or.kr
(Maklumat acara, kupon, senarai organisasi yang mengambil bahagian) - Facebook: www.facebook.com/halalrestaurantweekkorea
- Instagram: www.instagram.com/halal_restaurant_week
Kredit gambar: Halaltrip