Bayi maut selepas doktor tak sengaja terpotong kepalanya ketika C-section
Tiada siapa yang menyangka risiko bersalin caesar seperti yang dialami ibu ini. Ibu hamil harus tahu risiko mana-mana kaedah bersalin untuk lebih bersedia.
Sama ada anda memilih nak bersalin normal atau melalui c-section, semua ibu bakal bersalin akan rasa gusar menanti saat-saat untuk akhirnya memegang si kecil ini. Bagi menghilangkan rasa gusar, anda sepatutnya menambah ilmu tentang risiko bersalin caesar atau risiko bersalin secara pembedahan.
Doktor terpotong kepala bayi – risiko bersalin caesar yang jarang berlaku
5 tahun lepas, seorang ibu yang tidak tahu tentang risiko bersalin caesar telah kehilangan bayinya buat selama-lamanya, dek pembedahan c-section itu.
Walaupun kes ini telah berlaku 5 tahun lalu, namun ia wajar dijadikan sebagai pengajaran yang berguna untuk kita.
Claire Smith yang menetap di United Kingdom baru saja menerima kenyataan maaf dari pihak hospital baru-baru ini. Namun, maaf itu tidak mengembalikan anaknya.
Dia bertarung hebat dengan kemurungan dan kesedihan kerana menganggap dia bersalah tidak dapat menyelamatkan anaknya itu.
Bayi lelaki tersebut, Carson Allen, maut selepas 3 jam dilahirkan melalui pembedahan czer secara kecemasan. Bayi tak bersalah itu maut kerana ada kesan potongan yang tak disengajakan di tengkorak kepalanya.
Kesan potongan yang tak disengajakan itu membuatkan bayi tersebut kehilangan banyak darah. Bayangkan apa perasaan Claire? Pasti memori itu pahit untuk ditelannya.
Claire dipetik mengatakan
“Keluarga saya tak pernah betul-betul “melepaskan” pemergiaan Carson.”
Risiko bersalin caesar – apa yang ibu hamil patut tahu?
Bersalin secara pembedahan caesarean adalah antara pilihan bagi kebanyakan doktor dan ibu-ibu baru yang terlalu berisiko untuk bersalin secara normal.
Ini mungkin kerana ibu tersebut menghidap ketidakseimbangan cephalopelvik atau masalah jantung.
Walaupun jarang berlaku, namun kecederaan ketika melahirkan anak melalui czer boleh berlaku. Selain kecederaan seperti ini, antara risiko bersalin caesar lain ialah:
Risiko bersalin caesar #1 Masalah pernafasan pada bayi
Masalah ini sering terjadi pada bayi yang memang sudah dirancang akan dilahirkan melalui cara pembedahan. Mereka mungkin akan sesak nafas kerana paru-paru tidak berkembang sepenuhnya.
Risiko bersalin caesar #2 Jangkitan pada rahim ibu
Ia juga dikenali sebagai endometritis yang menyebabkan keradangan atau jangkitan pada uterus. Ia membuatkan ibu demam panas, sakit di bahagian uterus dan mengeluarkan lendiran vagina yang tidak normal.
Risiko bersalin caesar #3 Pendarahan
Ibu yang bersalin secara pembedahan akan kehilangan lebih banyak darah berbanding ibu yang bersalin secara normal.
Risiko bersalin caesar #4 Tindak balas buruk terhadap ubat anestesia
Walaupun jarang berlaku, namun ada juga ibu-ibu yang mengalami tindak balas buruk terhadap ubat anestesia seperti epidural.
Risiko bersalin caesar #5 Darah berkumpul
Selepas pembedahan c-section, gumpalan darah boleh terbentuk di urat saraf bahagian kaki dan pelvik si ibu. Gumpalan darah ini amat berbahaya kerana ia boleh ke paru-paru dan membawa maut.
Keadaan ini dikenali sebagai pulmonary embolism.
Risiko bersalin caesar #6 Jangkitan kuman di kesan luka
Jangkitan kuman ini biasanya berlaku di kawasan luka potong atau di dalam uterus.
Risiko bersalin caesar #7 Kecederaan akibat pembedahan
Selain daripada kesan potongan yang tidak disengajakan di kulit bayi, risiko bersalin caesar juga termasuklah kerosakan atau kecederaan pada ibu bersalin.
Ini kerana wujudnya risiko organ berhampiran kandungan, seperti pundi kencing yang rosak.
Yang paling penting ibu-ibu kena tahu, pembedahan c-section juga mampu menambah risiko untuk kehamilan seterusnya.
Biasanya selepas c-section, ibu akan mengalami masalah plasenta atau rahim pecah.
Namun, ibu hamil juga boleh cuba untuk bersalin normal selepas pernah melalui c-section. Ia dikenali sebagai VBAC (vaginal birth after c-section).
Walau apapun kaedah bersalin yang anda pilih, kami di theAsianparent Malaysia berharap dan berdoa agar anda mendapat penjagaan selepas bersalin yang terbaik.
Jaga kesihatan anda ya ibu-ibu semua. Anak anda memerlukan ibunya!
Sumber rujukan: BBC news, Birth Injury Guide, Mayo Clinic
Artikel diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman the Asianparent Malaysia
Baca juga: