Ruam Lampin Buat Bayi Meragam Tak Henti, Ini 7 Cara Anda Boleh Rawat Di Rumah

Ruam lampin bayi antara perkara yang sering buatkan bayi anda tidak selesa dan meragam tidak henti. Kami kongsikan cara kurangannya.

Ruam lampin bayi anda perkara yang memang tidak dapat dielakkan terutama bagi bayi yang mempunyai kulit sensitif.

Ada sesetengah bayi, jika dipakaikan krim ruam lampin, ia akan beransur pulih, tetapi ada juga bayi yang semakin teruk jadinya. Keadana itu menyebabkan mereka rasa tidak selesa dan akhirnya meragam tidak henti.

Apakah yang boleh ibu bapa lakukan untuk mengurangkan ruam lampin bayi ini?

Ruam lampin bayi buat dia tak selesa, parents boleh cuba cara ini kurangkan kesannya

Ruam lampin bayi

Kredit: filobaby

Geseran atau kerengsaan adalah penyebab biasa berlakunya ruam lampin bayi, yang mana pada bahagian di mana lampin tersebut bersentuh atau bergeser dengan kulit.

Lampin yang dipakaikan terlalu ketat atau dibiarkan terlalu lama juga menjadi ruam kerap terjadi di celah paha atau di bawah bahagian getah lampin.

Biasanya ruam ini mudah sembuh dengan penukaran lampin secara kerap dan mengeringkan kawasan tersebut. Tetapi ada juga bayi yang lampin sembuh ruam lampinnya.

Bagaimana ruam lampin terjadi?

Ruam ini kebanyakannya terjadi pada bahagian yang terdedah seperti bahagian punggung. Ia tidak melibatkan kawasan lipatan anggota atau kedutan kulit. Ia juga mungkin disebabkan oleh:

  • Kulit terdedah air kencing atau najis dalam jangkamasa yang lama
  • Alahan terhadap bahan kimia dan lampin pakai buang
  • Alahan kepada bahan pencuci yang digunakan untuk membasuh lampin kain
  • Permukaan lampin terlalu keras 

Apakah rawatan yang sesuai untuk ruam lampin bayi?

  • Rawatan terbaik ialah menukar lampin secara kerap dan juga penggunaan bahan pelindung kulit yang mengandungi zink oksida
  • Gunakan air suam untuk mencuci punggung bayi setiap kali selepas membuang air kecil atau besar
  • Tukar lampin bayi dengan kerap, dan biarkan mereka tanpa lampin apabila perlu untuk menggalakan pengudaraan dan mengeringkan kulit mati
  • Elakkan dari menggunakan tepung jagung kerana ia menggalakan pertumbuhan bakteria dan kulat
  • Elakkan dari menggunakan bedak talkum kerana ia boleh memasuki paru-paru bayi dan boleh menyebabkan masalah pernafasan

Ruam lampin boleh dicegah dengan cara ini

Perkara utama untuk mencegah dan mengelakkan ruam lampin adalah dengan memastikan kawasan lampin bayi anda sentiasa bersih, nyaman dan kering.

#1. Periksa lampin bayi anda secara kerap

Periksa lampin bayi secara kerap dan tukarkannya sebaik sahaja ia basah atau kotor. Jangan biarkan hingga lampin penuh baru anda tukar.

Ia akan menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi anda dan menyebabkannya menderita ruam lampin bayi.

#2. Gunakan air suam, sabun lembut

Berhati-hati membersihkan bahagian punggung bayi anda apabila menukar lampin. Gunakan air suam dengan atau tanpa sabun yang lembut

#3. Pastikan kulit bayi kering

Ruam lampin bayi

Kredit: majamja.co

Biarkan kulit bayi anda kering sepenuhnya sebelum memakaikannya semula dengan lampin lain. Jika kulitnya basah, ia akan menyebabkan permukaan lampin lembap.

#4. Krim ruam lampin zink oksida

Gunakan ubat sapu yang mengandungi zink oksida untuk melindungi kulit bayi anda sebelum anda pakaikan lampin.

#5. Elakkan penggunaan seluar plastik

Elak penggunaan seluar plastik dan kain lampin yang diikuti dengan penggunaan lampin plastik. Plastik tidak mempunyai ruang udara yang baik dan tiada pengaliran udara.

#6. Elak tisu basah beralkohol

Elakkan penggunaan tisu basah yang mengandungi alkohol

#7. Cuba tukar sabun, krim ruam lampin

Sekiranya ruam berterusan, tukarkan jenis sapuan lampin, lampin dan sabun yang digunakan. Bayi anda mungkin tidak sesuai dengan krim atau sabun yang digunakan. 

Dapatkan rawatan doktor jika…

  • Ruam lampin berlaku dalam jangka masa 6 minggu selepas kelahiran
  • Sekiranya ruam menjadi jerawat dan ulser kecil
  • Bayi anda demam
  • Bayi anda susut berat badan atau tidak makan seperti biasa
  • Wujudnya benjolan atau bintil-bintil
  • Ruam tersebut merebak ke bahagian lain seperti lengan, muka dan kulit kepala
  • Ruam tersebut tidak sembuh selepas mencuba rawatan-rawatan yang disyorkan dalam masa satu minggu

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: myhealth

Baca juga: Atasi Ruam Lampin Yang Buat Anak Anda Tak Selesa Dengan 4 Cara Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!