Rajuk Isteri Bukan Sebab Mengada Bila Suami Pulang Lewat, Tapi Sebab Isteri Penat & Kesunyian!

undefined

Inilah sebab mengapa isteri sakit hati dengan suami bila pulang ke rumah lambat dan kadang-kadang ada yang sampai ke malam. Memang boleh buat isteri rajuk!

Isteri pasti sakit hati dengan suami bila dapat mesej “sayang abang balik lambat”. Tentu terus tarik muka masam dan marah bila suami ada masa yang lama di luar. Sedangkan dirinya masih ‘tercongok’ duduk di rumah dengan anak-anak.

Mungkin ada isteri yang diam bila dapat mesej macam ni tapi tak kurang juga yang berleter dan merajuk dengan suami.

Kemudian mulalah label isteri kuat mengongkong dan langsung tak ada ruang untuk suami chill chill sekejap kat luar.

Tapi pada hakikatnya, isteri bukan nak mengongkong pun tapi sebenarnya mereka sukar nak meluahkan apa yang terbuku di hati terutama bila membabitkan beberapa perkara di bawah ini.

8 Sebab mengapa isteri sakit hati dengan suami bila balik lambat!

Ini antara sebab-sebabnya yang membuatkan isteri merajuk dan sakit hati dengan suami.

#1. Isteri keletihan membuat kerja rumah

sakit hati dengan suami

Perkara pertama yang membuatkan isteri merajuk dan marah bila suami pulang lambat adalah kerana mereka terlalu penat dengan urusan seharian di rumah terutama selepas menguruskan anak-anak.

Bayangkan setiap hari mereka perlu bangun awal untuk menyiapkan kerja rumah, anak-anak, membuat sarapan pagi dan sebagainya.

Jadi pekerjaan suri rumah ini sebenarnya bermula sesudah subuh dan akan berakhir menjelangnya waktu petang. Kemudian shift malam pula tiba di mana mereka perlu menyiapkan makan malam dan sebagainya. Penat, kan? jadi jangan tanya kenapa isteri merujuk bila suami pulang lewat.

#2. Tak pernah berenggang dengan anak-anak

Biasalah bila sedang membesarkan anak-anak yang masih kecil tentunya isteri menjadi individu yang paling busy sebab anak-anak tak boleh berenggang langsung dengan mereka.

Manakan tidak, seorang minta makan, kemudian datang seorang lagi anak, minta susu dan sebaaginya.

Selagi itulah mereka perlu hadap semua perkra ini seorang diri tatkala suami keluar bekerja. Bahkan ini adalah pekerjaan paling mencabar ibu-ibu semua yang bergelar suri rumah hatta yang bekerja sekalipun penatnya lebih berganda.

#3. Suami pulang awal dapatlah bernafas sedikit

Sebab yang seterusnya adalah bila suami pulang awal, isteri dapatlah bernafas sedikit sekaligus memenuhi keperluan dirinya pula.

Masa ni isteri adalah masa nak mandi, nak makan atau membuang air besar. Tidak perlu terkocoh-kocoh menyiapkan semuanya sebab suami boleh tolong tengokkan anak-anak.

#4. Isteri terasa kesunyian

sakit hati dengan suami

Ya memang ada anak-anak di sekeliling isteri tapi sebenarnya dia lebih memerlukan suami di sisi. Ini kerana, isteri memerlukan orang dewasa untuk meluahkan apa yang terpendam di hatinya dan berbincang mengenai anak-anak.

Sebab itu suami akan dengar isteri pot pet pot pet bila anda sampai di rumah. Itu bukan bermakna dia membebel yang bukan-bukan tapi ada isi disebalik penceritaannya itu terutama bila berkaitan dengan anak.

#5. Ada masak sesuatu yang istimewa untuk suami

Selain itu, antara sebab lain yang istei merajuk dan bermasam muka adalah kerana dia telah menyiapkan hidangan makan malam yang istimewa buat suaminya. Jadi dia akan berkecil hati bila suami pulang lambat bahkan sudah makan di luar dengan rakan-rakan.

Masa ni memang suami kena pujuklah atau mungkin anda perlu menjamah sedikit makanan yang telah dimasak oleh isteri tercinta.

#6. Kesiankan anak-anak

Anak ini kadang-kadang ada yang terlalu manja dengan ayahnya jadi bila ayah lambat pulang pasti mereka akan bertanyakan soalan bila ayah nak balik.

Masa itu isteri mesti bengang dan membebel dalam hati sebab suami pulang lambat dari kebiasaannya.

Terutama kalau balik lambat masa anak-anak dah tidur tentunya mereka kehilangan kasih sayang ayah pada hari tersebut.

Kalau jenis outstation memanjang, lagilah kesian seminggu tak dapat jumpa ayah!

Jadi kalau boleh lepas waktu bekerja, pulanglah terus ke rumah kerana ada insan lain yang menunggu kepulangan anda itu.

#7. Rasa diri tidak disayangi dan dihargai

Isteri memang suka rasa diri tidak dihargai terutama bila suami pulang lambat ke rumah dan dalam masa yang sama dia penat menguruskan anak-anak seharian.

Malah bayangkan isteri tidak mempunyai masa untuk melakukan sebarang aktiviti kerana terlalu sibuk menjaga anak. Berdandan sedikit di rumah pun kadang-kadang dirasakan tak perlu.

Jadi sebagai suami, masa pulang ke rumah itu bawalah sedikit hadiah atau buah tangan untuk isteri tercinta dan biar dia rasa sentiasa dihargai.

#8. Sentiasa ambil berat

merajuk

Sebenarnya kadang-kadang bukannya nak hadiah mahal atau mewah pun tapi cukup sekadar nampak keprihatinan dan ambil berat suami itu.

Jadi selalu bertanyakan kepada isteri sama ada dia sudah makan ke belum, atau apa saja soalan yang ada kaitan dengan dirinya.

Barulah dia tak rasa letih sangat melakukan pekerjaan yang sama tiap hari.

Malah nak merajuk atau marah pun langsung tak jadi!

Sumber : Sirap Limau 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comsikap-isteri-dibenci-suami

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!