theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

Ramai Ibu Bapa Tidak Tidur Seharian Sebab Urus Anak! Ini 8 Tips Untuk Atasinya

5 min bacaan
Kongsikan:
•••
Ramai Ibu Bapa Tidak Tidur Seharian Sebab Urus Anak! Ini 8 Tips Untuk Atasinya

Bila anak ramai, pasti sukar bagi ibu bapa untuk mendapatkan rehat yang cukup.

Pernah tak anda tidak tidur seharian? 

Mungkin ada segelintir dari anda yang pernah tidak tidur seharian disebabkan sibuk bekerja, atau terlalu leka dengan aktiviti yang menyebabkan anda tidak sedar masa berlalu.

Malahan ada juga yang terlalu biasa dengan keadaan ini, dan hanya tidur beberapa jam sahaja dalam sehari!

Apabila seseorang terbiasa dengan rutin sebegini, ia mungkin kelihatan seolah tidak memberi kesan kepadanya. Namun hakikatnya, ia memberi kesan yang mungkin tidak kelihatan pada pandangan kasar, atau anda perasan pun kerana ia memakan masa!

Ramai Ibu Bapa Tidak Tidur Seharian Sebab Urus Anak! Ini 8 Tips Untuk Atasinya

Jangan ambil ringan masalah ini, kerana kesan akibat tidak tidur bukan sahaja mempengaruhi kesihatan, malah emosi dan hubungan bersama keluarga. 

Tidak Tidur Melebihi 5 Jam

Kami telah bertanyakan di poll pada pengguna komuniti di theAsianparent berkenaan hal ini, dan telah menerima 1987 respon. Berdasarkan undian poll, 54% pengguna tidur 5 hingga 7 jam sehari, dan hanya 19% pengguna tidur cukup 8 jam atau lebih.

Manakala 26% mengatakan mereka tidur kurang dari 5 jam setiap hari! Angka ini sudah cukup untuk menunjukkan betapa ramai yang mengabaikan kepentingan tidur yang mungkin disebabkan terlalu sibuk dengan aktiviti lain.

tidak tidur

Ada beberapa sebab yang menyebabkan keadaan ini berlaku selain sibuk bekerja. Khususnya bagi yang berkeluarga, mereka memberi alasan menguruskan anak sebagai faktor utama.

Seorang pengguna, Intan Roszaida Razali memberi komen,

Bby tdo pukul9/10pm. Slalunya bby bgn susu jam 4pg. Tdo trganggu sbb ada kakaknya skali ni ha. Kang mntk susu.Mama bru nak tdo,adik pulak nak susu.pastu kakaknya pulak.Kakaknya yg kerap mntk susu dr adiknya (4bulan) ?

 Aishah Othman, memberikan pendapat yang dia tidak tidur kerana anak-anaknya sibuk bermain dan tidak memberinya peluang untuk melelapkan mata!

"Teringin nk tdo puas2.. Skrg hmm susah nk tdo lg tp ank semua dh bermain sakan jam 5"

Hal ini kebiasaaannya memang berlaku pada golongan ibu bapa, khususnya yang masih mempunyai anak kecil. Namun hal ini sepatutnya boleh ditangani sekiranya setiap anak diberikan waktu tidur yang tetap setiap hari.

Berkaitan: Saya sukar tidur ketika hamil, bolehkah saya ambil pil tidur?

10 Cara Mengatasi Tidak Cukup Tidur Kerana Sibuk Menguruskan Anak-Anak

Ramai Ibu Bapa Tidak Tidur Seharian Sebab Urus Anak! Ini 8 Tips Untuk Atasinya

Apabila si kecil tidak tidur, anda pastinya tidak dapat tidur juga bukan? Apatah lagi jika mempunyai lebih dari seorang anak!

Iyalah, apabila seorang anak sudah dibuai mimpi, seorang lagi baru bangun tidur pula. Jadi bila si ibu dapat merehatkan badan kalau nak lelap mata sekejap pun dah ada tangan kecil yang kejutkan. Hihi.

Tidur membantu keupayaan kita untuk berfikir secara kritis, mengekalkan maklumat, menguruskan emosi, mengawal tingkah laku dan kekal sihat. Bagaimanakah anda dan anak mendapat lebih banyak tidur yang diperlukan? 

Jangan risau ya, mari kami bantu anda mendapatkan tidur yang cukup dengan tips-tips di bawah.

#1 Tahu Waktu Anda

Sebelum anda mula menyesuaikan rutin harian, anda sebaiknya mengetahui berapa jam istirahat yang diperlukan oleh setiap orang. Apabila anda sudah ketahui hal ini, sekurang-kurangnya ibu bapa boleh membezakan keperluan tidur anak-anak yang berbeza usia.

Bayi: 9- 10 jam pada waktu malam, ditambah 3 atau lebih jam tidur siang
Kanak-kanak: 9-10 jam pada waktu malam, ditambah 2-3 jam tidur siang
Murid sekolah: 9- 11 jam
Dewasa: 7-8 jam

#2 Keluarkan Peluh!

Senaman siang hari boleh membantu kanak-kanak dan orang dewasa tidur lebih mudah pada waktu malam.

Jika boleh, galakkan anak-anak berbasikal, berjalan kaki, mengikuti kelas karate atau kelas senaman selepas sekolah, waktu hujung minggu atau petang.

Dengan cara itu, mereka akan kurang cenderung untuk mengganggu waktu tidur malam anda.

#3 Keluar Rumah

Pada siang hari, tetapkan untuk berada bawah matahari sekurang-kurangnya setengah jam. Anda mungkin boleh bawa anak-anak berjalan sekitar taman perumahan.

Jika boleh, lakukan semasa cahaya matahari memancar terang kerana ini dapat membantu mengawal corak tidur. Pada waktu malam, matikan lampu sebelum tidur.

#4 Tidur Sekejap Waktu Siang

Napping boleh menjadi cara santai untuk memperbaiki mood anda dan mood anak-anak. Jika badan terlalu penat, ia boleh membawa stress atau masalah tidur pada waktu malam. Sebaiknya, bawa anak-anak nap pada masa yang sama ya dan kekalkan rutin sehingga usia mereka cukup untuk hentikan rutin ini.

#5 Tetapkan Jadual

Pilih waktu tidur dan bangun untuk setiap ahli keluarga. Tetaplah ia sebaik yang anda boleh-walaupun pada hujung minggu dan cuti.

#6 Tiada Gajet Waktu Malam

TV, telefon bimbit, komputer dan peranti elektronik lain boleh mengganggu tidur ya!. Cahaya dari elektronik ini boleh mengganggu pengeluaran hormon (melatonin) yang mengawal tidur dan terjaga. 

Pastikan anak-anak tidak bermain dengan gajet sekurang-kurangnya 2-3 jam sebelum tidur. Lakukan aktiviti lain bersama-sama, mungkin membaca buku atau bercerita?

#7 Keselesaan

Adakah katil mereka selesa? Adakah bilik cukup sejuk? Adakah baju tidur anak-anak anda sesuai dengan baik, tanpa sebarang kerengsaan? Persediaan tidur yang selesa menggalakkan tidur yang nyenyak.

#8 Minta Pertolongan

Jika anda atau anak anda secara konsisten mengalami masalah tidur, anda mungkin ingin berbincang dengan doktor anda. Pastikan anda membincangkan tentang ubat yang anda ambil.

Jika anak anda mengambil ubat untuk membantu dengan masalah perhatian, ubat itu mungkin boleh menyebabkan masalah tidur. Dapatkan nasihat doktor, atau mungkin minta untuk dapatkan ubat yang tidak mengganggu tidurnya.

Semoga bermanfaat ya! 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Ramai Ibu Bapa Tidak Tidur Seharian Sebab Urus Anak! Ini 8 Tips Untuk Atasinya

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: understood.org

Baca juga:

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Ramai Ibu Bapa Tidak Tidur Seharian Sebab Urus Anak! Ini 8 Tips Untuk Atasinya
Kongsikan:
•••
Artikel(Cerita)
  • Sukar Tidurkan Anak? Mungkin Anda Terlupa 10 Peraturan Penting Sebelum Tidur INI!

    Sukar Tidurkan Anak? Mungkin Anda Terlupa 10 Peraturan Penting Sebelum Tidur INI!

  • 5 tips untuk ibu bapa baru yang hadapi masalah tidak cukup tidur

    5 tips untuk ibu bapa baru yang hadapi masalah tidak cukup tidur

  • 4 benda yang merosakkan otak bayi dalam kandungan - ibu hamil JANGAN BUAT!

    4 benda yang merosakkan otak bayi dalam kandungan - ibu hamil JANGAN BUAT!

  • Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

    Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

app info
get app banner
  • Sukar Tidurkan Anak? Mungkin Anda Terlupa 10 Peraturan Penting Sebelum Tidur INI!

    Sukar Tidurkan Anak? Mungkin Anda Terlupa 10 Peraturan Penting Sebelum Tidur INI!

  • 5 tips untuk ibu bapa baru yang hadapi masalah tidak cukup tidur

    5 tips untuk ibu bapa baru yang hadapi masalah tidak cukup tidur

  • 4 benda yang merosakkan otak bayi dalam kandungan - ibu hamil JANGAN BUAT!

    4 benda yang merosakkan otak bayi dalam kandungan - ibu hamil JANGAN BUAT!

  • Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

    Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
Artikel
  • Komuniti
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • #MoneyParenting
  • Gaya Hidup
  • Beli-Belah
Alat
  • ?Komuniti Ibu-Ibu
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
  • Resipi
  • Makanan
  • Poll
  • VIP Parents
  • Pertandingan
  • Photobooth

Download aplikasi kami

Appstore
  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
  • Alat
  • Artikel
  • ?Feed
  • Poll
Buka di aplikasi