6 Tips Mudah & Berkesan Kurangkan Rasa Sakit Selepas Bersalin
Padsicles adalah antara cara termudah untuk atasi rasa sakit selepas bersalin. Mari ketahui lanjut cara untuk menyediakannya serta 5 kaedah lain lagi!
Kegembiraan menimang cahaya mata sudah pasti akan disusuli dengan rasa sakit selepas bersalin. Ia kerana keadaan badan ibu yang sebelum ini mengandung sembilan bulan sudah pasti akan adanya rasa tidak selesa terutama di bahagian perineum.
Mungkin banyak lagi kesan selepas bersalin yang tidak dibincangkan kepada umum. Namun sebenarnya dialami oleh ibu baru lepas bersalin.
Mungkin bagi ibu yang pernah ada pengalaman melahirkan anak mereka tidak rasa terlalu sakit, namun bagi ibu yang pertama kali melahirkan, mungkin mereka lebih rasa tidak selesa kesan selepas bersalin.
Berapa lama untuk pulih daripada rasa sakit selepas bersalin?
Rasa sakit selepas bersalin ini selalunya kurang dibincangkan secara terbuka. Tapi, tahukah ibu semua yang rasa sakit selepas bersalin boleh berlanjutan selama 6 minggu atau lebih?
Walaupun ia perkara yang sering terjadi, namun pengurusan rasa sakit selepas bersalin kurang diberi penekanan dalam bidang kajian klinikal.
Ia juga bergantung kepada penerimaan badan seseorang manusia. Tidak semua rasa kesakitan yang sama dalam tempoh yang sama. Ada ibu lepas bersalin yang baru dua minggu bersalin sudah boleh berjalan jauh, tetapi ada juga yang masih menanggung kesakitan.
Tetapi tempoh relevan kesan selepas bersalin adalah kira-kira enam minggu.
Perbezaan rasa sakit bersalin normal vs bersalin czer
Bersalin czer dan normal pasti ada perbezaannya. Mungkin bagi anda yang tidak pernah merasai kedua-duanya anda akan lebih mengatakan apa yang anda rasa sakit.
Jika anda pernah bersalin secara saesar sahaja, mungkin anda akan kata caesar sakit. Manakala bagi yang pernah bersalin normal2 pula, mungkin mereka akan kata bersalin normal lebih sakit.
Toleransi terhadap kesakitan berbeza bagi setiap orang, jadi ia adalah perkara yang sangat subjektif untuk ditentukan. Ada yang lebih memilih bersalin secara pembedahan kerana tidak mahu rasa sakit bersalin normal.
Namun, doktor di klinik pasti akan menggalakkan ibu-ibu untuk bersalin normal terlebih dulu jika tiada sebarang komplikasi dan sebagainya.
Kedua-dua cara bersalin sama ada normal atau caesar, datang dengan risiko dan kemungkinan berlakunya komplikasi. Wanita yang bersalin secara normal boleh mengalami koyakan perineum atau memerlukan episiotomi yang memerlukan jahitan dan beberapa minggu masa penyembuhan.
Selain itu, ramai wanita akan mengalami masalah dengan kawalan pundi kencing atau prolaps organ selepas kelahiran normal.
Sama juga bagi pembedahan, pembedahan caesar1 mempunyai potensi risiko dan komplikasi. Menurut ACOG, masalah boleh berlaku dengan jangkitan, kehilangan darah, pembekuan darah, kecederaan pada usus atau pundi kencing, dan tindak balas terhadap anestesia atau ubat.
6 tips untuk kurangkan rasa sakit atau ketidakselesaan selepas bersalin
Tapi, jangan panik. Anda boleh bersiap sedia untuk menangani isu rasa sakit atau ketidakselesaan selepas bersalin dengan tip di bawah ini:
#1. Padsicles untuk tangani rasa sakit selepas bersalin
Seorang ibu, Elisa Castellanos, ada berkongsi tip menarik di laman FBnya tentang cara untuk mengatasi rasa sakit selepas bersalin. Tip yang dikongsinya itu menggunakan padsicles.
Apakah itu padsicles? Elisa menggambarkan padsicles seolah-olah aiskrim pop untuk vagina anda. Elisa telah mencuba sendiri kaedah penggunaan padsicles dan mengakui yang ia membantu dirinya selepas melahirkan anak. Padsicles mengurangkan rasa sakit, malah ia mudah dan cepat untuk dibuat.
Buat padsicles anda sendiri dengan cara mudah ini:
- Krim Witch Hazel. Anda boleh mendapatkan krim Witch Hazel di farmasi atau secara online di Shopee atau Lazada.
- Gel Aloe Vera. Elisa mencadangkan produk Aloe Vera khas untuk mengebaskan bahagian vagina.
- Pad. Pilih pad yang bersaiz besar.
- Pati Minyak Lavender. Anda boleh memilih haruman lain yang anda minat.
7 langkah mudah untuk buat padsicles
- Buka pad
- Letak pembalutnya di tepi. Jangan dibuang kerana anda akan menggunakannya semula
- Campur semua ramuan dan sapukan pada pad menurut kadar berikut: 2 sudu krim witch hazel, 1 sudu gel aloe vera, beberapa titisan pati minyak lavender
- Lipat dua pad tersebut
- Balut semula menggunakan pembalut pad
- Simpan semua pad dalam beg freezer.
- Masukkan beg freezer tersebut ke dalam peti ais
Apabila tarikh bersalin anda semakin dekat, jangan lupa untuk masukkan padsicles ini dalam beg bersalin anda sebelum pergi ke hospital!
Selain daripada memakai padsicles, ada beberapa cara lain untuk menguruskan rasa sakit selepas bersalin. Antara caranya adalah:
#2. Makan ubat yang diberi doktor
Doktor selalunya akan memberikan beberapa ubat untuk membantu anda mengatasi rasa sakit selepas bersalin. Antara yang selalu dipreskripsikan adalah:
- Paracetamol. Berkesan untuk mengurangkan rasa sakit.
- Ibuprofen. Ubat bersifat anti-keradangan dan membantu mengurangkan bengkak dan rasa sakit.
- Oxycodone. Ia adalah ubat opioid yang berkesan untuk menangani rasa sakit yang sederhana hingga yang serius.
Anda perlu tahu yang ubat di atas ini mungkin akan memberikan kesan sampingan kepada anda. Jadi, pastikan anda mengikuti nasihat doktor dan mengambil mengikut ketetapan preskripsi.
#3. Guna pek ais untuk mengurangkan rasa sakit selepas bersalin
Anda juga boleh cuba untuk meletakkan pek ais pada bahagian yang sakit selama 10 ke 20 minit. Untuk mengelakkan sentuhan direct pada bahagian luka, lapik dengan kain nipis.
#4. Teknik bertenang dan menarik nafas
Salah satu lagi cara untuk mengatasi rasa sakit yang dialami selepas bersalin adalah dengan menggunakan kaedah bertenang dan menarik nafas.
Dengan teknik bertenang dan bernafas semasa melahirkan anak ini, ia turut membantu mengurangkan rasa pedih yang dialami selepas bersalin.
#5. Guna air suam
Menggunakan air suam untuk mencuci bahagian kemaluan turut membantu mengurangkan rasa sakit. Jika anda ada tab mandi, gunakan air suam dan berendam 3 kali sehari. Ia dapat memberikan kesan kelegaan.
#6. Cara untuk melegakan kesakitan perineal
- Untuk melegakan rasa sakit perineal, cari posisi yang sesuai untuk anda dan duduk menggunakan posisi tersebut, terutamanya ketika sedang mendukung si kecil
- Elak sering berjalan selepas baru bersalin. Minta pertolongan suami atau penjaga untuk mengambil apa yang anda perlukan
- Beri sokongan tambahan pada bahagian bawah anda ketika membuang air kecil, elakkannya daripada bergantung tanpa sokongan
- Pakai pakaian yang selesa dan tidak terlalu ketat
Rasa sakit selepas bersalin kadangkala amat memeritkan untuk sesetengah ibu. Dengan mengamalkan beberapa tip di atas, diharapkan anda dapat menikmati kelegaan dan rasa selesa.
Apa yang anda boleh jangka terjadi pada tubuh & minda selepas bersalin?
Ada beberapa perkara kesan selepas bersalin mungkin terjadi kepada ibu yang baru lepas melahirkan anak. Antaranya termasuklah:
#1. Sembelit
Adalah normal untuk ibu lepas bersalin mengalami sembelit. Wanita yang baru melahirkan anak, kerap mengalami masalah sembelit untuk beberapa hari. Selalunya ketika masih berada di hospital, doktor akan memberikan enema bagi mengurangkan masalah ini.
Enema adalah bahan selalunya berbentuk cecair yang dimasukkan ke dalam rectum (usus besar) untuk mengeluarkan najis. Jika semasa proses melahirkan anak, seorang wanita diberikan ubat tahan sakit atau suntikan bius pada tulang belakang, usus akan berfungsi dengan lebih perlahan dan ini menyebabkan lebih mudah mendapat masalah sembelit.
#2. Baby blues
80% ibu baru menghadapi baby blues, atau penurunan mood jangka pendek yang disebabkan oleh semua perubahan tubuh (terutama perubahan hormon) setelah melahirkan anak.
Keadaan baby blues mulai dirasakan oleh ibu baru pada hari ke-4 ke-5 hari selepas bersalin, namun akan pulih secara perlahan-lahan dan akan menjadi lebih baik seiring bayi menginjak usia 1 sampai 2 minggu.
Gejala baby blues juga dikategori lebih ringan dan lebih pendek jangka masanya dibandingkan meroyan selepas bersalin. Malah keadaan baby blues tidak menyebabkan seorang ibu hilang kemampuan mengasuh anaknya atau melakukan kegiatan seharian.
Namun, sekiranya gejala ini berlaku dalam masa yang lebih panjang, kemungkinan gejala gila meroyan pula yang sebenarnya sedang dialami ibu tersebut.
Ini kerana berlaku terlalu banyak perubahan secara mendadak terhadap kehidupan si ibu, sehingga menyebabkan gangguan tidur, dan emosi dari pengalaman bersalin itu sendiri yang akhirnya mempengaruhi kewujudan baby blues pada ibu.
#3. Bengkak susu
Anda mungkin akan alami bengkak susu sehingga boleh buatkan anda rasa demam. Payudara anda akan berdenyut dan rasa terlalu penuh.
Ketika ini apa yang perlu anda buat adalah berusaha mengeluarkan susu sama ada melalui hisapan bayi atau pam payudara. Biasanya selepas susu dikeluarkan, anda akan rasa lega.
Selain itu, pada mulanya payudara anda akan menghasilkan cecair kekuningan yang dipanggil kolostrum untuk bayi anda.
Pada hari ketiga atau keempat, mereka mungkin berasa ketat dan lembut apabila mereka mula mengeluarkan susu. Memakai nursing bra akan sangat membantu untuk menyokong payudara yang penuh itu.
Jika terlalu tidak selesa dan mendatangkan kemudaratan pada anda, eloklah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat selanjutnya.
#4. Berat badan lambat turun
Ada ibu baru lepas bersalin yang mengalami penurunan berat badan dengan cepat. Tetapi ada juga yang alami berat badan mereka lambat turun.
Disebabkan itu anda perlu fahami sendiri sistem badan anda dan kawal sendiri sekiranya perlu. Tapi jika anda jenis yang mudah naik berat badan, jangan pula takut untuk makan.
Ini kerana anda memerlukan banyak tenaga dan khasiat untuk pulih seperti sedia kala dan menjaga tenaga semula untuk kembali sihat.
#5. Perut menggelebeh
Selepas bersalin, perut3 anda mungkin masih lebih besar berbanding sebelum hamil. Ini sebahagiannya kerana otot anda telah meregang.
Jika anda mengambil diet seimbang dan melakukan senaman, bentuk anda akan beransur-ansur kembali. Penyusuan susu ibu membantu kerana ia membuatkan rahim anda mengecut. Anda mungkin merasakan kekejangan seperti haid yang agak menyakitkan semasa anda menyusu.
Bila perlu berjumpa doctor?
Selepas bersalin, anda mungkin alami beberapa perkara yang boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan anda. Lebih baik segera berjumpa doktor jika anda alami beberapa perkara ini:
#1. Demam mengejut
Apabila anda demam mengejut dengan suhu yang tinggi, anda mungkin alami jangkitan sama ada pada tempat jahitan dan sebagainya. Jadi jika anda alami demam berterusan ditambah pula dengan suhu tinggi atau badan menggigil, ada baiknya anda dapatkan rawatan doktor.
#2. Keluar darah banyak
Tumpah darah boleh juga berlaku selepas anda bersalin. Ada ibu yang rasa ia biasa dan menganggapnya darah nifas. Namun, jika terlalu banyak anda sepatutnya berjumpa dengan doktor kerana dikhuatiri anda akan kehilangan darah dengan sangat banyak.
#3. Jahitan terbuka
Jika rasa ketidakselesaan di bahagian jahitan sama ada jahitan caesar atau episiotomi, segeralah rujuk kepada doktor. Jangan tunggu hingga jahitan bernanah dan berbau.
#4. Kemurungan teruk
Jika baby blues mungkin tidak berlanjutan. Tetapi ada ibu lepas bersalin yang alami kemurungan hingga bertindak mencederakan bayi dan diri sendiri.
Jika ahli keluarga atau anda sendiri perasan akan perubahan ini, eloklah dapatkan bantuan doktor dan pakar.
- The American College of Obstetricians and Gynecologist (May, 2018). Cesarean Birth. www.acog.org/womens-health/faqs/cesarean-birth?utm_source=redirect&utm_medium=web&utm_campaign=int
- Mycleveland Clinic (January 1, 2018). Pregnancy: Types of Delivery. my.clevelandclinic.org/health/articles/9675-pregnancy-types-of-delivery
- NHS UKM (April 15, 2021). Your body after the birth. www.nhs.uk/pregnancy/labour-and-birth/after-the-birth/your-body/
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Batu Meriyan Punca Wanita Sedang Berpantang Senang Meroyan? Ini Yang Anda Perlu Tahu
Baca juga: Tak Mustahil Boleh Murung, Meroyan Jika Berpantang Sendiri Ketika PKP, 5 Tips Elak Ibu Tertekan
Baca juga: Waspada Gejala Meroyan Selepas Bersalin, Para Ibu Ambil Tahu 5 Tanda Bahaya Ini!