Akibat Ikut Petua Letak Ubat Gigi, Tangan Melecur Mangsa Ini Jadi Lebih Teruk!
Gara-gara dengar cakap orang supaya sapu tangan melecur dengan ubat gigi, akhirnya dapat penyakit lain hingga tangan melepuh teruk!
Panas betul hati sebab gara-gara dengar cakap orang supaya sapu ubat gigi pada badan yang terkena minyak panas, akhirnya mangsa yang enggan dikenali mengalami melepuh teruk di bahagian tangannya.
Kalau ada yang berani bagi petua yang tak munasahah ini, tolong rujuk dan bertanya kesahihannya pada doktor atau mereka yang lebih arif. Jangan sampai kecederaan itu menyebabkan penyakit lain pula muncul.
Sapu ubat gigi boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk
Menurut Dr Kamarul Ariffin, petua meletakkan minyak gamat, ubat gigi, telur, kicap dan sebagainya pada anggota badan bagi mengurangkan lecuran boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk. Selain itu, ia meningkatkan lagi jangkitan pada kulit yang lebih parah.
Tiga tahap melecur pada kulit
Pertamanya, kulit jadi kemerahan dan individu yang melecur akan berasa sakit dalam tempoh masa tertentu.
Manakala di tahap kedua pula, kulit yang melecur akan menjadi kemerahan dan menggelembung macam ada cecair di dalamnya serta rasa sakit. Selain itu di tahap ketiga, kulit kelihatan putih tanpa rasa sakit kerana deria saraf telah rosak.
Cara kendali melecur di mana-mana bahagian anggota badan
- Jauhi diri atau individu daripada sumber api, air panas, elektrik dan lain-lain. Anda juga harus tenang dan jangan terlalu panik.
- Tanggalkan barang kemas, jam dan aksesori serta pakaian yang terbakar kecuali yang terkena lecuran.
- Siram air bersih dengan suhu bilik selama 15 ke 20 minit bagi hentikan lecuran tapi elakkan guna air sejuk atau ais.
- Jika ada gelembung jangan bagi ia pecah tapi tutup dengan kain bersih.
- Jumpa doktor jika lecuran lebih besar dari tapak tangan atau sakit yang tidak tertahan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: thereporter, Dr. Kamarul Ariffin
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: