TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Dalam sekelip mata, anak ini melecur teruk akibat pembersih vakum!

3 min bacaan
Dalam sekelip mata, anak ini melecur teruk akibat pembersih vakum!

Ibu bapa perlulah memastikan keselamatan di rumah terutamanya apabila ada kanak-kanak kecil untuk mengelak kemalangan yang boleh menyebabkan anak melecur teruk seperti kes ini!

Seorang anak luka bakar serius selepas tangannya memegang pembersih vakum yang baru saja diguna oleh ibunya. Jade Bishop, ibu kepada anak lelaki berusia 16 bulan itu, kini memberi amaran kepada ibu bapa lain supaya berhati-hati agar rumah sentiasa selamat untuk anak-anak semua.

Pembersih vakum merupakan salah satu perkakas rumah yang berguna dan biasa digunakan. Tapi apabila tidak digunakan dengan berhati-hati, terutamanya apabila adanya anak kecil, perkakas seperti vakum juga boleh mengundang bahaya.

Anak luka bakar dan melecur teruk hingga tahap 4

anak luka bakar, luka bakar, keselamatan kanak-kanak di rumah, keselamatan kanak-kanak prasekolah, keselamatan anak, keselamatan rumah untuk kanak-kanak, keselamatan rumah untuk bayi

Rupa anak luka terbakar tahap keempat!

Dalam postingnya di Facebook, Jade menceritakan bagaimana pembersih vakum telah menyebabkan anak luka bakar serius pada jarinya hingga melecur tahap 4.

“Anak saya memang suka mengikut saya merata-rata di rumah apabila saya sedang menggunakan pembersih vakum,” tulisnya.

“Ketika itu saya sudahpun mematikan vakum itu dan baru saja berpaling untuk menanggalkannya dari soket pada dinding. Tapi tiba-tiba saya mendengar bunyi vakum hidup kembali.

Cepat-cepat saya berpaling dan pada masa yang sama, saya nampak Theo berdekatan dengan vakum sambil menjerit.

Saya matikan vakum dengan segera dan Theo berjaya menarik tangannya keluar dari bawah mesin vakum di mana tempat bulu vacuum cleaner sedang berputar dengan cepat.”

Semua ini terjadi dalam hanya 5 saat saja!

“Tolong jauhkan anak-anak dari mesin pembersih vakum kalau tidak mahu anak luka bakar!” tulisnya di dalam Facebook.

anak luka bakar, luka bakar, keselamatan kanak-kanak di rumah, keselamatan kanak-kanak prasekolah, keselamatan anak, keselamatan rumah untuk kanak-kanak, keselamatan rumah untuk bayi

post Jade Bishop apabila anaknya luka bakar akibat pembersih vakum

Pakar bedah plastik dan pakar luka bakar memberitahu Jade anaknya mungkin akan memerlukan graf kulit. Anaknya juga mungkin akan mengalami pergerakan terhad apabila dia semakin besar.

Walaupun anak luka bakar atau melecur, kesakitannya mungkin tidak begitu teruk kerana kerosakan saraf yang luas.

Keadaan Theo setahun selepas luka bakar dan melecur

Setelah setahun selepas kemalangan itu, theAsianparent berjaya menghubungi Jade Bishop untuk menegetahui keadaan Theo dan ibunya.

“Keadaannya baik sekali. Tapi lukanya mempunyai parut teruk kerana hampir setengah dari graf kulit yang dilakukan tidak berjaya,” kata Jade memberitahu theAsianparent.

Kini Theo sudah berumur 2 tahun. Kejadian itu mengingatkan ibunya untuk lebih berhati-hati dan memastikan keselamatan di rumah. 

“Selepas berkongsi pengalaman saya, saya mendapati rupa-rupanya banyak juga kes kemalangan yang sama di serata dunia.

Satu lagi punca luka bakar akibat geseran adalah kerana mesin treadmill!” katanya, “Ibu bapa mesti sentiasa berjaga-jaga apabila ada anak-anak kecil di rumah.”

Cara mengurangkan risiko anak luka bakar atau melecur

  • Mancis dan lighter baik dijauhkan dari kanak-kanak dan di simpan di tempat yang lebih tinggi atau dikunci.
  • Kalau boleh, jangan guna kain pelapik meja yang senang ditarik oleh kanak-kanak kecil. 
  • Jangan biar anak main di dapur apabila anda sedang memasak. Halakan pemegang periuk ke dalam jika ia ditinggalkan di atas dapur untuk mengelak anak luka bakar.
  • Pastikan anak bermain dalam playpen atau di bawah jagaan orang lain apabila anda sedang memasak. 
  • Guna termos yang ada penutup keselamatan kanak-kanak untuk mengelak ia dari tertumpah.
  • Bahan-bahan kimia pencuci rumah juga boleh menyebabkan anak luka bakar atau luka lecur. Pastikan semua ubat pencuci rumah disimpan dengan selamat.
  • Apabila menyeterika pakaian atau menggunakan saterika rambut, pastikan anak tidak berdekatan. Selepas menggunakan saterika, simpan di tempat yang tinggi dan selamat, jauh dari anak.
  • Apabila memandikan anak, jangan biar anak berdekatan dengan air yang masih panas.

Ingat semua langkah-langkah keselamatan ini ibu bapa! Kadang-kadang ibu bapa terlepas pandang barang serta perkakas rumah yang nampak selamat tetapi boleh memudaratkan anak.

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapura

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

11 Tip Pertolongan Cemas Yang Setiap Ibu Bapa Wajib Tahu

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Dalam sekelip mata, anak ini melecur teruk akibat pembersih vakum!
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham