Senarai Sayur Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas, Kaya Dengan Vitamin & Mampu Elak Sembelit

undefined

Sayur untuk bayi adalah penting bagi menyokong perkembangan si manja dan mengelakkan masalah sembelit. Ini antara beberapa jenis yang sesuai

Apabila bayi hampir berusia enam bulan, anda pasti tertanya-tanya sayur untuk bayi apa yang sesuai di makan sesuai dengan usia mereka.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Senarai sayur untuk bayi yang tinggi dengan vitamin, sesuai untuk si manja 6 bulan ke atas

Bila bayi mula makan makanan pepejal, penting untuk anda bekalkan mereka banyak sayuran untuk berikan mereka nutrisi yang cukup dan mengelakkan mereka menjadi picky eaters kelak.

Jom kita lihat panduan sayur untuk bayi mengikut umur ini untuk memberikan panduan tambahan kepada anda.

Senarai sayur untuk bayi yang tinggi dengan vitamin, sesuai untuk si manja 6 bulan ke atas

1. Ubi keledek

sayur untuk bayi, sayur untuk bayi 7 bulan, sayur untuk bayi 8 bulan, sayur untuk bayi 9 bulan, sayur untuk bayi 6 bulan, kanak-kanak suka sayur-sayuran, sayur dan kanak-kanak, sayur brokoli,

Salah satu sayur pertama yang terbaik untuk diberikan pada bayi adalah ubi keledek. Ia sangat lembut dan mudah untuk dihancurkan dan rasanya sangat manis!

Ubi keledek ada beta karotin dan vitamin C yang tinggi dan ia boleh membantu menguatkan sistem imunisasi mereka. Kandungan serat yang tinggi dalam ubi keledek juga membantu sistem pencernaan bayi.

2. Lobak merah

sayur untuk bayi, sayur untuk bayi 7 bulan, sayur untuk bayi 8 bulan, sayur untuk bayi 9 bulan, sayur untuk bayi 6 bulan, kanak-kanak suka sayur-sayuran, sayur dan kanak-kanak, sayur brokoli,

Lobak merah mengandungi vitamin A, B, C dan kalsium untuk menguatkan tulang mereka. Ia juga baik untuk perkembangan penglihatan anak dan menguatkan sistem imunisasi mereka untuk melawan penyakit.

Anda boleh beli makanan bayi yang sudah siap disediakan di pasaraya atau anda boleh buat sendiri dengan merebus atau mengukus lobak sehingga lembut dan melenyekkannya.

Jenis sayuran untuk bayi 7 bulan

3. Kacang buncis

Bila anda rasa bayi dah bersedia untuk makan sayuran hijau, kacang buncis adalah sayur yang bagus untuk mereka mulakan. Kacang buncis penuh dengan vitamin A dan K yang baik untuk sistem imunisasi mereka.

4. Kacang pis

Walaupun ramai tak suka dengan kacang pis, anak anda ada potensi untuk suka kacang pis ini juga anda kenalkan mereka dari awal kerana ia mempunyai rasa yang manis.

Selain itu, kacang pis juga tinggi protein dan serat untuk sistem penghadaman yang sihat. Ia juga tinggi vitamin A dan C. 

Tapi pastikan anda lenyekkan kacang pis dulu sebelum memberikannya pada bayi kerana bayi berisiko untuk tercekik jika anda berikan dalam bentuk biji.

5. Labu

sayur untuk bayi, sayur untuk bayi 7 bulan, sayur untuk bayi 8 bulan, sayur untuk bayi 9 bulan, sayur untuk bayi 6 bulan, kanak-kanak suka sayur-sayuran, sayur dan kanak-kanak, sayur brokoli,

Labu sangat tinggi dengan nutrisi dan ia sangat lembut untuk ditelan oleh bayi. Labu mengandungi kalsium, serat dan vitamin yang tinggi sesuai untuk bayi anda.

Sayuran untuk bayi 9 bulan dan ke atas

6. Brokoli

sayur untuk bayi, sayur untuk bayi 7 bulan, sayur untuk bayi 8 bulan, sayur untuk bayi 9 bulan, sayur untuk bayi 6 bulan, kanak-kanak suka sayur-sayuran, sayur dan kanak-kanak, sayur brokoli,

Brokoli adalah salah satu sayur hijau yang biasanya diberikan pada bayi ketika mereka berusia 8 ke 10 bulan.

Sayur ini mengandungi rasa yang kuat dan mereka dah boleh mula makan brokoli sebagai finger food. Anda boleh kukus brokoli ini dan berikan mereka makan seperti bentuk “pokok”.

Sayur ini tinggi kandungan serat dan vitamin C. Anda juga akan perasan najis bayi anda akan menjadi lebih lembut selepas makan brokoli.

7. Kubis bunga

Sayur ini tinggi dengan C dan K. Anda boleh kukus atau rebus kubis bunga untuk diberikan pada bayi anda dan si kecil pasti suka dengan rasanya!

8. Bayam

Bayam baik untuk bayi anda kerana ia penuh dengan nutrisi yang bagus untuk perkembangan kesihatan dan tumbesaran mereka.

Bayam mempunyai vitamin A, C, K, zat besi, kalsium, serat dan magnesium. Nutrisi-nutrisi ini baik untuk otak dan perkembangan sel darah mereka.

9. Tomato

Berikan tomato pada bayi ketika mereka berusia 10 bulan dan lihat reaksi asid pada bayi. Asid yang terdapat pada tomato tak sesuai diberikan untuk bayi yang berusia 10 bulan ke bawah kerana perut mereka masih belum matang.

Jika mereka boleh makan tomato tanpa ruam pada bahagian mulut atau sakit perut, anda boleh teruskan memberi tomato pada bayi.

Tapi, pastikan anda masak dulu tomato kerana tomato mentah mempunyai kandungan asid yang lebih tinggi.

Tip perkenalkan sayur untuk anak anda

  • Berikan sayur pada bayi anda ketika dia lapar. Jika bayi anda tak lapar sangat, mereka mungkin akan meludah balik sayur yang anda berikan. Jika bayi anda fussy kerana terlalu lapar, berikan beberapa suap susu dan cuba semula.
  • Masa makan boleh menjadi masa bermain. Bayi anda cepat belajar. Mereka akan terima makanan baru dengan mudah jika anda berikan mereka untuk sentuh dan main dengan makanan mereka.
  • Beli sayur organik. Jika boleh, beli sayuran organik yang bebas dari semburan. 
  • Masukkan makanan lebihan dalam peti sejuk. Sejurus selepas bayi anda habis makan, masukkan makanan lebih di dalam peti sejuk dan sebelum suapkan mereka makanan, periksa sama ada makanan tersebut masih baik.
  • Panaskan hanya sekali. Jangan panaskan makanan bayi lebih dari sekali. Apabila makanan dah dipanaskan, bakteria akan mula membiak. Sejukkan dan memanaskan semula makanan boleh menyebabkan makanan lebih cepat rosak.

Jika anda tak pasti sayur atau makanan apa yang sesuai untuk diberikan pada bayi anda, pastikan anda dapatkan nasihat doktor. Jangan lupa untuk melihat reaksi alahan pada setiap makanan baru yang anda berikan pada bayi anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 13 Jenis Sayur & Buah Yang BAHAYA Untuk Ekzema, Ibu Sila Take Noted Elak Jadi Teruk!

Baca juga: Cara Simpan Sayur Agar Tahan Lama & Kekal Segar, Wanita Ini Kongsi Kaedah Yang Betul

Baca juga: Pakar Tidak Galakkan Anda Basuh Sayur & Buah Guna Sabun, Ini Sebabnya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!