Tiap Kali Scan Bayi Selalu Sorokkan Jantina? Rahsianya Ibu Kena Minum Banyak Air Kosong!

undefined

Usia kehamilan makin bertambah, bakal ibu ayah pasti teruja melakukan scan untuk mengetahui jantina bayi kan? Cuba tips ini bagi mengelakkan anak menyorok!

Ketika ibu masih berada pada peringkat awal kehamilan, mungkin agak sukar untuk mendapatkan hasil scan jantina bayi dengan tepat. Hal ini kerana kebanyakan mesin imbasan tidaklah memiliki teknologi tinggi sehingga boleh menunjukkan jantina bayi secara lebih awal.

Untuk pengetahuan anda, jantina anak telah ditentukan secara genetiknya semasa proses persenyawaan. Memasuki usia 13 minggu, bayi akan berada dalam kedudukan mengerekot dan seolah-olah aksi akrobatik. Ini sekaligus menjadi tanda tanya kepada ibu ayah sama ada lelaki ke perempuan memandangkan sukar untuk melihat bahagian kemaluannya.

Tahap scan jantina bayi mengikut usia kandungan

scan jantina anak

foto: freepik

Ultrasound scan kini menjadi kaedah yang selamat, tepat dan menguntungkan. Banyak kajian klinikal mengenai penggunaan ultrasound untuk diagnosis telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal perubatan tidak menunjukkan kesan berbahaya terhadap sel-sel haiwan uji kaji serta manusia.

Dalam hal ini, tiada peraturan yang tetap seberapa banyak anda perlu melakukan imbasan semasa kehamilan. Antara yang dicadangkan ialah:

#1. Scan awal 

Ia dilakukan seawal antara minggu ke-6 dan minggu ke-10. Antara tujuannya adalah untuk menentukan kandungan dalam rahim dan bukan kehamilan luar rahim (ektopik) ataupun kehamilan molar. Selain itu, anda juga dapat mengetahui kehamilan ini tunggal mahupun kembar.

#2. Nuchal Translucency (NT Scan)

Nt scan ini dilakukan antara minggu ke-11 dan minggu ke-13. Ia mampu mengesan hampir 90 peratus penanda kecacatan bayi dengan mengukur ketebalan cecair di belakang leher, mengesan kehadiran tulang hidung, menentukan jangka tarikh lahir bayi dan mengukur panjang janin (CRL).

#3. Detail scan (anomaly scan in 2D)

Imbasan ini dilakukan antara minggu ke-18 dan minggu ke-24 kehamilan. Tujuannya adalah untuk mengesan 80 peratus fizikal keabnormalan yang serius seperti spina bifida, bibir sumbing, anencephaly, lubang di tengah jantung dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ia juga dilakukan untuk menilai tahap air ketuban serta kedudukan uri.

Akan tetapi, imbasan ini tidak dapat mengesan kecacatan kromosom seperti sindrom down. Hanya ujian amniosentesis ataupun CVS sahaja boleh mengesan kecacataan kelahiran kromosom secara lebih tepat.

#4. Growth scan

imbasan ultrasound

credit to sources

Ia dilakukan ketika kandungan berusia antara 24 dan 34 minggu. Tujuannya adalah untuk menilai perkembangan dan pembesaran bayi, menilai doppler pengaliran darah serta mengetahui kedudukan bayi.

#5. Presentation scan

Imbasan ini dilakukan antara minggu ke-35 sehingga proses kelahiran bayi. Tujuannya untuk menilai tahap air ketuban, menilai sama ada kedudukannya normal ataupun songsang dan mengukur perkembangan bayi.

#6. 3d atau 4d scan

Ia dilakukan antara 28 minggu sehingga 36 minggu. Ibu ayah pastinya lebih teruja kerana imej berwarna dalam imbasan 3d dan 4d ini jauh lebih cantik serta jelas kelihatan wajah bayi dalam kandungan.

Petua bagi mendapatkan hasil yang tepat ketika scan jantina bayi

Bagi memudahkan anda mengetahui jantina bayi dalam kandungan semasa melakukan imbasan, lakukan beberapa petua ini:

  1. Selalu memakai pakaian yang longgar dan selesa
  2. Memastikan usia kandungan bersesuaian dengan pakej yang ingin diambil
  3. Amalkan minum air kosong dengan kuantiti banyak
  4. Tingkatkan pengambilan gula 1 hingga 2 jam sebelum temu janji
  5. Fahami waktu terjaga dan tidur bayi
scan kehamilan

credit to sources

Justeru dalam mengetahui jantina bayi, ibu boleh melakukan imbasan seawal minggu ke-15 kehamilan. Namun ia kebiasaannya menjadi sukar dikesan dan amat ketara jika bayi masih kecil. Jadi minggu yang kami cadangkan adalah ke-22 dan ke atas.

Oleh hal demikian usahlah terlalu mengharapkan untuk memperoleh cahaya mata mengikut jantina yang anda inginkan. Tidak kisahlah sama ada lelaki ataupun perempuan, asalkan ia dapat dilahirkan dengan mudah dan sihat.

Ibu mengandung juga disarankan untuk mengamalkan pengambilan makanan penuh nutrisi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan terlalu ‘melayan’ perasaan mengidam terhadap makanan manis atau tinggi gula yang boleh mendatangkan komplikasi kehamilan.

Bukan itu sahaja, anda juga digalakkan untuk melakukan senaman ringan di rumah atau berjalan kaki di kawasan rumah bagi merangsang perkembangan janin dengan baik.

Sumber: Klinik Primer Lembah Sireh, Baby center

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combaju-ibu-mengandung

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!