"Saya buat seks SETIAP MALAM selama 1 tahun - Ini apa yang saya tak sangka!"

undefined

Apa jadi ya kalau anda melakukan seks setiap hari? Ha... anda pasti takkan agak 3 kebaikan jika anda melakukan seks setiap hari ini! Nak cuba tak?

Berhubungan seks setiap hari mungkin benda yang normal bagi pengantin baru. Al maklumlah, baru kahwin kan? 

Rasa macam tak puas setiap hari memeluk dan mencium pasangan. Lebih-lebih pula kalau anda sentiasa ada masa terluang. Jadi, seks setiap hari bukanlah satu masalah.

Tapi, semakin menginjak tua, setiap pasangan suami isteri pasti akan melalui masalah ini – sibuk dengan kerja sampai keinginan seks diabaikan

Tambahan pula bila sudah ada anak. Ya Tuhan, apalah ertinya seks kalau anda kepenatan satu hari kerja, menjaga anak dan mengemas rumah lagi.

Jadi, anda akan pilih untuk melakukan seks pada hujung minggu atau pada hari cuti. Namun lama-lama, hubungan kalian pula rasa semakin hambar…

seks setiap hari, hubungan intim setiap hari, senggama setiap hari, senggama, hubungan intim, seks, seks suami isteri

Seks setiap hari bawa pelbagai kebaikan tanpa kita sedar

Rasanya semua pasangan suami isteri akan melalui situasi ini, kan?

Sebab itulah, seorang ibu dan penulis dari Amerika Syarikat, Brittany Gibbons mengambil keputusan untuk melakukan sedikit eksperimen.

Beliau akan melakukan hubungan seks setiap hari selama setahun untuk melihat hasilnya. Ini hasilnya yang akan buat anda terkejut!

3 kebaikan jika anda melakukan seks setiap hari

1. Keyakinan diri anda meningkat

seks setiap hari, hubungan intim setiap hari, senggama setiap hari, senggama, hubungan intim, seks, seks suami isteri

Jika anda kerap melakukan sesuatu, ia akan bertukar menjadi habit. Tapi, kalau seks jadi habit mesti membosankan pula, kan? 

Tapi inilah yang kita salah. Selepas eksperimen yang dilakukan Brittany, dia mendapati seks setiap hari membuatkan keyakinan dirinya meningkat!

Bagaimana?

Menurutnya, selepas melahirkan anak ketiga, dia memang tak selesa dan malu dengan badan sendiri.

“Saya akan tutup lampu setiap kali bersenggama. Saya sorok perut dan payudara saya dalam korset.  Saya juga tunggu suami keluar dari bilik kami, barulah saya yang lepas mandi ini akan masuk ke bilik untuk pakai baju!”

Melakukan hubungan intim setiap hari akan memaksa dirinya untuk “menerima badan sendiri”. Jadi lama-lama, dia mula selesa untuk berbogel dan disentuh oleh suaminya.

2. Anda akan ternanti-nanti…

Pasti semua wanita faham apa yang dirasai Brittany tadi kan? Kita selalu rasa tidak selesa dan kurang yakin dengan badan kita sendiri. 

Tapi tanpa kita tahu, kurang keyakinan diri itu akan menjejaskan hubungan seks kita!

Namun jika anda melakukan seks setiap hari, pasti anda akan excited dan ternanti-nanti nak melakukannya lagi.

3. Hubungan anda dan suami juga akan makin akrab

seks setiap hari, hubungan intim setiap hari, senggama setiap hari, senggama, hubungan intim, seks, seks suami isteri

Percaya tak jika kami kata – melakukan seks setiap hari akan buat anda suami isteri lebih rapat

Tak percaya, cubalah dulu! Menurut Brittany, kekerapan melakukan hubungan intim akan dibawa keluar dari bilik tidur juga.

Ini bermaksud, anda suami isteri akan lebih romantik, lebih suka bersentuhan walau di mana kalian berada, lebih menghargai ciuman dan tidak kekok. 

Adakah suami isteri perlu melakukan seks setiap hari?

Menurut kata pakar terapi, YA! Untuk pasangan yang rasa tawar hati dan hubungan semakiin hambar, cuba lakukan hubungan intim setiap hari.

Anda pasti akan rasa diri lebih berhubung dengan pasangan. Malah, keintiman kalian juga akan dibina semula. Ia akan buat kalian lebih yakin!

Malah, seks itu sendiri terbukti sebagai stress reliever dan membantu anda tidur. Jadi, kenapa tidak mahu mengambil kebaikan ini? 

Kalau tak mampu 365 hari, cubalah beberapa kali dalam masa seminggu. Itupun pasti sudah cukup, kan?

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini ditulis oleh Sarah Voon, dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

Rahsia Cara Cepat Hamil Dalam Sebulan, Berapa Kerap Anda Perlu "Bersama" Pasangan?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!