Bagaimana Mempunyai Kehidupan Seks Yang Sihat Dalam Perkahwinan, Suami Isteri Perlu Tahu

Kehidupan seks suami isteri penting untuk mengekalkan hubungan yang erat dan bahagia. Tanpanya, hubungan intim boleh menjadi hambar.

Kadangkala, seks suami isteri boleh jadi membosankan kerana rutin yang sama setiap kali bersama pasangan. Namun, ada cara untuk menghidupkan kembali hubungan intim kembali hangat dan menyeronokkan.

Tanda Hubungan Seksual Yang Sihat

Untuk mengekalkan hubungan yang sihat, kedua-dua pasangan perlu meluangkan masa dan usaha. Antara tanda yang menunjukkan hubungan seksual suami isteri yang sihat adalah seperti:

  • Terima kekurangan dan kelebihan masing-masing
  • Kerap luangkan masa bersama seperti ‘date nights’
  • Saling cinta dan tertarik secara fizikal
  • Komunikasi yang terbuka
  • Sentiasa ada masa berkualiti bersama

Cara Untuk Mengekalkan Hubungan Seks Suami Isteri

1. Komunikasi

Komunikasi adalah kunci kepada kehidupan seksual yang aktif dan sihat dalam hubungan jangka panjang.

Berbual mengenai perkara-perkara biasa memang menyeronokkan, tetapi jangan lupa untuk mendalami topik yang lebih intim.

Berkongsi perasaan dan pemikiran secara terbuka dapat meningkatkan keakraban dan menjadikan kehidupan seksual lebih memuaskan.

Ini termasuklah berkongsi apa yang anda suka, tidak suka, atau perkara yang ingin anda cuba bersama pasangan.

2. Luahkan Keinginan

Berbincang secara terbuka tentang keinginan anda di bilik tidur. Jangan kritik pasangan, sebaliknya kongsi apa yang anda mahukan di bilik tidur dan perkara yang membuatkan anda bahagia. Kalau ada harapan yang tak dipenuhi, bincang dengan cara baik.

3. Rancang Masa Bersama

Jadual yang sibuk tak bermaksud hubungan tak boleh jadi seronok. Rancang masa bersama dan buat persiapan awal. Contohnya, mulakan foreplay pada awal hari jika merancang untuk bersalam di malam hari atau hantar teks atau mesej manja sepanjang hari.

4. Mulakan Hubungan Lebih Kerap

Jangan tunggu pasangan saja yang mulakan setiap kali hubungan seks. Anda juga boleh mulakan! Pegang tangan, beri peluka atau rancang aktiviti seronok bersama.

Wanita biasanya perlukan rasa disayangi sebelum mereka betul-betul rasa berkeinginan, jadi ambil masa untuk tunjuk kasih sayang anda.

5. Jaga Kesihatan

Percaya atau tidak, kesihatan seksual anda berkait rapat dengan kesihatan fizikal, emosi dan mental.

Orang yang rasa bahagia dan sihat biasanya lebih berkeinginan. Jadi, bersenam secara berkala dan menjaga pemakanan juga boleh meningkatkan tenaga dan fleksibiliti serta memperbaiki keyakinan diri.

6. Fahami Pasangan Anda

Memahami apa yang pasangan anda suka dan tak suka adalah penting. Bukan hanya dalam hubungan seksual, tapi juga dalam hal lain yang buat mereka rasa disayangi dan dihargai.

Setiap orang ada cara berbeza untuk tunjukkan rasa cinta. Faham bahasa cinta pasangan anda boleh bantu kekalkan keintiman dalam perkahwinan.

7. Jangan Bandingkan

Jangan bandingkan kehidupan seksual anda dengan orang lain atau apa yang anda lihat di TV. Yang penting, anda dan pasangan puas hati.

Bila Boleh Mendapatkan Rawatan Doktor?

Jika ada masalah dalam kehidupan seksual, jangan malu dapatkan bantuan daripada pakar. Mereka boleh membantu memberikan rawatan yang sesuai.

  • Pertimbangkan kaunseling

 Terapi perkahwinan atau kaunseling pasangan boleh membantu anda dan pasangan lebih memahami antara satu sama lain, membuka ruang komunikasi, dan mencari cara untuk memperbaiki keintiman.

  • Dapatkan bantuan ahli terapi seks.

Terapi seks adalah sesi perbincangan, bukan terapi fizikal, yang bertujuan membantu individu atau pasangan mengatasi masalah seksual.

Kesimpulannya, hubungan seks yang sihat dan memuaskan antara suami isteri bukan sekadar tentang kepuasan fizikal, tetapi juga tentang keintiman emosi dan hubungan mendalam dengan pasangan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kekerapan Hubungan Seksual Suami Isteri Yang Ideal, Setiap Hari @ 3 Kali Seminggu?

Baca juga: Nafsu Seks Ketika Mengandung Naik & Turun, Ini Tips Puaskan Suami Ketika Di Ranjang

Baca juga: 10 Petua Cepat Mengandung Yang Terbukti BERKESAN, #7 Ramai Tak Tahu Nak Buat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!